Jom Follow

Khamis, 5 April 2012

Dah 2 Tahun Aku Berblog.

Aku; Kamarudin Mamat.

Wow!
Semalam rupa-rupanya dah 2 tahun aku berblog.
Syukur. Allah masih bagi aku kekuatan untuk teruskan aktiviti ini.
Buat catatan perjalanan aku bersama isteri sebagai Netwoker.
Perjalanan bina meniaga dan jayakan rakan niaga.
Tapi dalam mencatat itu, masih ada yang tertinggal.
Kadang-kadang terlupa buat catatan,
itu adalah kelemahan aku sebagai manusia.
Kadang-kadang penuh semangat.
Kadang-kadang aku dipukau kemalasan.
Masa rajin, banyak entri.
Ketika malas tak payah cakap.

Catatan ini adalah sejarah aku dan keluarga.
Aku pasti ianya akan menjadi begitu berharga sedikit masa lagi.
Sekarang, macam tak ada apa-apa keistimewaan.
5, 7, 10 tahun lagi akan aku pasti menjadi begitu berharga bagi aku sekeluarga.
Perjalanan menjalani perniagaan berbilang tingkat, di bawah syarikat Hai-O.

Ada entri pasal meniaga.
Ada entri pasal rakan niaga.
Ada entri pasal motivasi.
Ada entri pasal melancong.
Ada entri pasal kelas.
Ada entri pasal suka & duka.
Ada entri pasal aku.
Ada entri pasal isteri.
Ada entri pasal anak-anak.
Semuanya penting bagi aku untuk dikenang.
Syukur kerana semua entri tersebut ada yang sudi membaca.
Ada manfaat ambillah. Tak ada manfaat tinggalkanlah.
Berapa ramai yang ikuti blog ini penting,
tapi apa yang lebih penting lagi aku masih mampu terus menulis catatan.
Aku sangat-sangat takut tak dapat menyambung catatan ini.
Tak teruskan mencatat, akibat malas, akibat kesibukan dan akibat ketandusan idea.

Aku buat catatan bukan untuk tunjuk aku pandai.
Tapi sekadar berkongsi dengan pembaca semua.




Hit Counter
Kira ok la juga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger