Jom Follow

Rabu, 4 April 2012

Semangat Cikgu Dan Mentor Taipan181.

Wow!
Api bernyala-nyala.
Semangat nak berjaya.
Semangat yang tak pernah padam.
Kecuali aku yang padam.

Sebelum kelas bermula semalam. Aku menapak ke USJ 10. Sebelah USJ 9. Seberang jalan je. Walaupun seberang jalan. Aku tak pernah sampai. Nak buat apa ke situ, kalau tak ada hal yang nak dibuat. 

Semalam, aku ke sana. Nak cari bateri remote a/c. Bateri dah tak ada power. Bila tak ada power. Ada bateri pun tak ada guna. Tak boleh dipakai. hi!hi!hi!

Malam-malam, kat USJ 9 tak ada kedai buka. USJ 9, lebih banyak opis. Jadi kedai-kedai tak banyak. Jadi aku ke USJ 10. Wow! terkejut aku. Tak sangka. Tak terpikir aku. USJ 10 begitu meriah. Begitu hidup suasana malamnya. Kedai-kedai masih lagi buka. Tak payah nak cari bateri AAA. Masuk farmasi pun ada.

Setentang dengan farmasi tu, ada kedai buku. Aku ke sana. Tak boleh tengok kedai buku. Teruja nak masuk. Boleh tahan juga luasnya. Buku-buku pun banyak. Boleh tahan nak pilih. Aku dah ada destinasi terbaru.....
Lambat jumpa. Itulah akibatnya malas nak ronda-ronda. Lain kali tu, pusing-pusing sekali sekala. Tengok pemandangan baru. Asyik dok kat USJ 9 saja. Tengok benda sama.Tapi meniaga tak puas. Makin lama makin seronok. Makin lama, tapi semangat macam masih baru. Itu yang membuatkan kami bertahan selama 12 tahun.

Dah masuk. Tak kan keluar kosong. Pilih-pilih buku. Ada yang berkenan. Bukan satu, tapi 4 buah. Pikir-pikir punya pikir. Beli satu dulu. Habis baca , aku beli lagi. Lain kali tak beli sini. Beli kat Popular la pulak. Dapat diskaun. Paling kurang 10%. Kalau kena harinya dapat sehingga 25% diskaun.
Ini menjadi milik aku semalam. Belum mula baca lagi. Aku sekarang dok baca 2 buah buku. Masuk yang ini 3. Insyaalah dalam sehari 2 lagi akan habis ke 3 3 buku tersebut.
Kelas semalam?
Ok. Macam biasa. Orang sikit kurang. Hujan. Orang malas nak keluar rumah. Tapi kelas tetap panas. Kelas tetap meletop-letop. Mentor-mentornya tetap bersemangat. Tak tergugat dengan sikit atau ramainya orang yang datang. Itu yang hebatnya Cikgu Dan Mentor yang dimiliki oleh Akademi Taipan181. Bertuah siapa yang terus menerus bagi masa untuk kutip ilmu dan pengalaman dari Cikgu Dan Mentor. Aku seronok jumpa dengan mereka. Dapat tambah ilmu dan cas semangat. Agar semangat kekal tinggi.


Akademi Taipan181.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable