Jumpa kawan, di kedainya. Kawan lama. Kakitangan kerajaan. Isterinya usahawan. Dah maju setapak lagi. Dah memiliki kedai. Dah ada pekerja. Semakin banyak produk. Semakin meluas pasaran. Langkahan semakin luas. Semakin ramai yang tahu kewujudan produknya. Semakin ramai yang menjadi pengguna.
Jual apa. Bermula dengan bengkung baby. Dah masuk Mydin. Sekarang tambah beberapa produk lagi. Semakin banyak produk. Semakin banyak masyuk. Semakin senang hidup. Tapi kena ingat, nak tambah produk, kena tambah modal juga. Kena tambah pekerja juga.
|
Maaf. Gelap. Snap malam. Kamera cap ayam. 'Amaniqa Supplies'. |
|
Dari tak ada apa-apa, kini dah memiliki beberapa mesin dengan beberapa pekerja. wow! cerah masa depan. lagi pun umur masih muda. masih panjang perjalanan dalam dunia meniaga. |
|
Setor. Simpan stok. Bila-bila masa nak, barang ada. Banyak atau sikit. Mampu supply. |
|
Cantik. Bakul. |
|
Bendung baby. |
|
Bengkung baby. Produk pertama. Semakin hangat dipasaran. Kualitinya setanding dengan jenama terkenal. Tapi harganya lebih murah. |
|
Set ibu bersalin. Sangat laku. Dibuat oleh bidan tersohor kelate. |
|
Ni pun jual. Tungku elektrik. |
|
Inilah aku punya kawan tu. Samhan. Kawan sama-sama belajar kat UPM. Semakin bersemangat, besarkan perniagaan. Nak kaya mesti berniaga. 9/10 punca rezeki dari perniagaan. |
Teruja lihat kawan sedang bangunkan empayar perniagaan. Aku yakin dalam masa 10 tahun lagi. Produk keluaran syarikatnya akan berada di seluruh negara. Produknya akan meniti dibibir ibu-ibu di Malaysia. Dia dengan meniaganya. Aku dengan meniaga aku. Sama-sama mahu keluar dari zon kemiskinan. Sama-sama mahu kaya. Sama-sama mahu capai tahap jutawan. Isnyaalah sama-sama akan capai tahap tersebut.
Tak ajak buat Hai-O. Dah ajak. Dah buat. Dah capai DSM. Tapi dia lebih berminat dengan meniaga yang dia ceburi sekarang. Terpulang pada pilihan masing-masing. Paling penting tak melarikan diri bila diajak bertemu. Dah tahu, meniaga masing-masing. Dah tahu kekuatan meniaga masing-masing.
Akademi Taipan181.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan