Beli tiket, Aiman nak balik lusa.
Dah 3 minggu tak balik.
Rindu kat makbapa dan adik-adik.
Lagi pun duit belanja dah habis.
AirAsia atau Firefly.
Mana nak pilih.
Tentunya mana lebih murah.
Belanja kena berhemat.
Bukan ni je nak balik.
Setiap 2 atau 3 minggu Aiman akan balik KL.
Kali ini kami pilih AirAsia.
Rego tiketnya sikit lebih murah.
Murah-murah pun cecah RM400 juga.
Firefly lebih dari itu lagi.
Nak buat macamana.
Dah bergabung, tiket makin mahal.
Tak ada persaingan lagi.
![]() |
Nak beli tiket kena gi airport. kat giant ada, tapi agen. kena bayar perkhidmatannya lagi. |
![]() |
Tak payah tengok tulisan. dah tahu AirAsia. |
Dok pikir-pikir.
Mungkinkah naik teksi sendiri.
Atau Cik Mi yang hantar.
![]() |
Osaka pulok doh. Akan sampaikah aku ke sana? |
HQ Hai-O. Ada sedikit urusan. Perlu selesaikan segera.
Dari Kelang ke USJ, Stokis NG.
STokis NG, ambil anak kat sekolah.
CDM Zefry ada demo.
Sampai rumah, santai-santai.
Nak lena je kerjanya.
Maklumlah semalam dapat tidur 1 jam sahaja.
Bola punya pasal.
Malam ni pulak ada kelas.
Wajib pi malam ni.
Minggu lepas dah tak pi.
Cas semangat. Tambah ilmu. Bergabung dengan mereka yang bersemangat.
Harap-harap semangat mereka akan mengalir dalam tubuh aku juga.
Sama-sama bersemangat. MLM paling penting semangat bernyala-nyala.
Kalau setakat bara je, tak kemana meniaga. Income pun cukup-cukup makan.
Itu pun kalau cukup, selalunya tak cukup, kalau semangat macam bara sahaja.
Akademi Taipan181.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan