Jom Follow

Rabu, 11 April 2012

Sehari Sebuah Buku.

 Wow!
Menakjubkan.
Bisa habis sebuah buku.
Buku bahasa melayu memang cepat habis.
Lain la kalau BI, lambat sikit. Cepat-cepat kan tak berapa paham.
Sekarang ni, wife dalam pantang.
Tak keluar berniaga, jadi banyak masa free. Guna untuk membaca lebih banyak buku-buku.

Nafahat Al-Jumaah; Dr Yusuf Al-Qardawi.

Nafahat Al- Jumaah.
12 Peribadi Cemerlang Ibadurrahman.
Apa itu Ibadurrahman?
Ibadurrahman- ialah hamba-hamba yang layak mendapatkan rahmat Allah SWT
dan mereka selalu berada dalam naungan rahmat ini. Rahmat ini memagari mereka dari arah kanan, kiri, atas dan bawah.
Ibadurrahman- golongan yang menyerahkan diri hanya pada Allah SWT sahaja.
Ciri-cirinya disebutkan dalam surah Al- Fueqan dari ayat 63 hingga 77.
Ciri-ciri tersebut;
  1. Merendah diri.
  2. Murah hati.
  3. Mendirikan solat malam.
  4. Takut neraka.
  5. Sederhana membelanjakan harta.
  6. Bertauhid.
  7. Jauhi perbuatan membunuh dan menghormati kehidupan.
  8. Menjauhi zina.
  9. Taubat nasuha.
  10. Tidak bersumpah palsu dan meninggalkan perbuatan yang tidak bermanfaat.
  11. Menyelami ayat-ayat Allah.
  12. Memohon kebaikan bagi isteri dan keluarga.
Nak tahu dengan lebih jelas. Boleh baca buku tersebut.
Buku-buku hasil tangan Dr. Yusuf Al-Qardawiy menjadi pilihan ramai, termasuk aku.
Pantang jumpa bukunya, mesti beli. Tengok namanya tertera sebagai penulis sudah cukup bagi aku.


Akademi Taipan181.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger