Nak tambah pendapatan. Bukan nak tambah, tapi wajib tambah. Mesti tambah pendapatan. Gaji sebagai kakitangan kerajaan tak cukup. Walaupun dua-dua kerja. Mungkin cara kami urus duit tak berapa bagus. Asyik tiris. Hujung bulan, masih berbaki. Tapi terlalu sedikit. Mungkin cara belanja kami yang menyebabkan kami hampir putus RM. Anda boleh tengok, cara kami makan. Mesti cari yang best-best. Harga tolak tepi. Itu dari dulu lagi. Sebelum kami buat Hai-O lagi. Bukan sekarang je kamu buat lagu tu. Sebab itu, kami banyak tahu mana tempat makan yang best-best. Tak semua restoran best-best dalan tangan kami. Tapi lebih banyak tahu dari kawan-kawan. Pantang orang cakap, ada restoran best. Kami akan cari sampai dapat. Pantang keluar paper, restoran best. Dari gerai tepi jalan kepada hotel-hotel. Kami akan pergi. Kalau dah best, harganya juga mesti tinggi. Kadang-kadang dekat. Kadang-kadang jauh. Asalkan sedap. Asalkan berbaloi. Itu sebabnya kami berniaga. Senang nak Jalan-jalan Cari Makan. Senang cakap nak 'makan sedap'.
Sebab-sebab lain no 2. Nak beli rumah. Tapi tak terdesak sangat. Masa tu masih muda. Dok menyewa flat. Sewa pun murah. Masih kami ingat TV pun kami sewa, masa mula-mula kahwin dulu. Tak jadi hal. Katil tak ada, hanya tilam. Sofa jauh sekali. Hanya tikar getah. Kini pun kami tetap, kurang kisah dengan rumah. Tapi dah ada sikit-sikit perabut. Itu pun tak mahal sangat. Simple je hidup, tapi tang makan mengganas habis. Kalau masak pun mesti yang best-best punya.
Tak kecukupan duit akibat suka makan sedap-sedap. Kami tak boleh tahan, kami punya kesukaan. Kami tak boleh sekat, kami punya minat. Kos makan kami, memang tinggi. Jadi kami mesti cari alternatif lain. Tambah duit masuk. Mesti tambah duit masuk. Mesti.Mesti.
Mula-mula ajar tuisyen. Tak cukup banyak dapat. Mesti berniaga. Apa kemahiran CDM Kartini ada. Memasak. Nasi kerabu. Nasi belauk. Itu yang kami jual. Hantar ke KOOP UPM. Sape-sape yang beli nasi kerabu kat KOOP UPM sekitar tahun 1999, itu hasil tangan CDM Kartini. Selain itu jual brooch. Ambil kat Siam dan Plaza Campbell. Meniaga di Car Booth Sales Shah Alam. Meniaga Lorong TAR, semasa bulan puasa. Semuanya dapat duit. Dapat menampung minat kami dengan Jalan-Jalan Cari Makan, tapi kami rasa kami mesti dapat lagi banyak RM.
Bila dapat peluang Hai-O. Tujuan kami tetap sama. Jalan-jalan cari makan juga jadi penyebab nombor satu kami.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan