Jom Follow

Jumaat, 27 April 2012

KL-Sungai 2- Safira Club-KL- 25/4/2012

Lagi Safira Club. Aku, CDM Jai, Hafizi dan CDM Shila, bergerak satu kereta menuju Safira Club Seberang Jaya, Pulau Pinang. Kami bertolak dari rumah aku, naik kereta aku menuju Utara. Nak tengok kemeriahan kelas Taipan Warriors.

CDM Jai, ada rakan niaga nak datang. Hafizi nak hantar garam buluh kat sahabatnya dan akan cuba untuk sign up ahli dan bermula dengan sekurang-kurangnya RM5K. Baru ni dah jumpa, kali ini nak kukuhkan lagi. Nak ajak sekali ke Safira Club, kalau tak sibuk.

Selain hantar garam buluh, hafizi hadiahkan biozone food kat Maknya. Keluarga lebih selamat dan sihat lepas ni. Insyaalah. 

Perjalanan lancar je. Mula-mula aku yang drive tapi sampai kat Tanjung Malim saja. Tukar dengan CDM Jai. Mengantuk. Layan bola, malam sebelum tu. Tidur baru dua jam. Badan pun dah semacam. Batuk nak mari. Selsema dah tiba. Boleh tidur sejam lebih-lebih pun dah kira ok. Boleh buat bekal drive balik malam nanti.
Surau R & R Bukit Merah. Aku bersujud pada Mu, Ya Allah. Permudahkan segala urusan kami pada hari ini Ya Allah.

Singgah solat kat R & R Bukit Merah. Pekena nasi lemak dan roti canai kat situ. Alas perut. Tapi malangnya milo aisnya terlalu manis. Kat sini jam 5 kami sampai. Bertolak menuju destinasi pertama kami jam 5.30 petang.

Destinasi pertama Nibung Tebal. CDM Jai nak jumpa rakan niaganya. Tapi rakan niaganya nak turun Safira Club malam nanti. Itu pilihan terbaik Boleh tengok suasana kelas malam nanti. Lagi terpikat dan insyaalah lain kali akan datang lagi. Datang pula dengan seorang lagi kawan. Cantik. Malam nanti boleh demo dengan kawannya pula. Mana tahu, melekat dan meletop. 
Rumah orang tua Hafizi, di Sungai Dua. Nama tamannya aku tak ingat. Tahu cepat lupa tu catatlah kat mana-mana. 22/4/2012, CDM Roshila dah buat demo kat rumah ni. Ada juga yang berminat dengan keajaiban garam buluh.

Tak jadi singgah. Terus meluncur laju menuju ke Sungai Dua. Rumah Hafizi. Jam 6.30 petang sampai. Disambut oleh Ibu dan adiknya. Maknya seorang yang positif. Menyokong anaknya Hafizi buat Hai-O. Susah juga nak jumpa orang tua, terus support anak-anak buat MLM dari awal-awal meniaga. Tapi bila dah berjaya ramai yang support tu biasa.
CDM Jai, sedang cari ilmu dengan buku.
Mak dan adik Hafizi.
Kami dijamu dengan kuih dan air. Kuih hasil tangan ibu. Sedap...
Jam 7.30 petang, kami bergerak, menuju je rumah kawan Hafizi. Hantar garam buluh. 13 kotak. Isterinya yang ada kat rumah. Kawan Hafizi belum balik dari kerja. Dari situ menuju ke Safira Club.

Jam 11.30 malam. Habis kelas. Kami ke Sungai Dua sekali lagi. Tak jauh dari Safira Club. Jumpa kat restoran char kuey teow. Jumpa kawan Hafizi tadi. Dah convince, tapi kali ini nak serah borang AEON. Harap lulus dengan kadar segera dan sempat punch bulan ini serta dapat bergerak cergas awal bulan mei 2012 nanti. Aku dengan CDM Jai. Sembang meja lain. Sempat kutip ilmu dari CDM Jai. Banyak pengalaman yang dikongsi dengan aku malam tu. Terima kasih CDM.

Jam 12.30 pagi. Kami bertolak balik ke KL. Malam kereta tak banyak. Lancar. CDM Jai yang drive. Singgah kat R & R Tapah. Minum-minum dulu. Buang-buang dulu. Tambah oksigen dulu. Tambah bateri hp dulu. Kat sini samai jam 3 pagi. Setengah jam lepas tu baru sambung perjalanan. Aku pula yang drive. Isi petrol dulu. Shell jadi pilihan.

4.15 pagi sampai Sungai Way. Hantar CDM Jai. Lepas tu ke Puchong Hartamas. Hantar CDM Roshila dan Hafizi. 

Jam 5 pagi, baru sampai rumah aku. Melangkah masuk, disambut CDM Kartini yang sedang melayan bola. Aku pun sempat layan bola. Sempat tengok tendangan penalti.

Habis tu, tunggu solat subuh. Tidur sekejap. Jam 8 pagi bangun, hantar Baby ke sekolah. Lewat sikit. Sekolah swasta, tak ada hal sangat. Nak buat macamana. Tertidur. Ajak CDM Kartini, buat teman. Takut-takut tertidur semasa memandu. Bahaya. Balik. Sambung lagi tidur. Itulah sekelumit pengorbanan masa dan tenaga untuk capai kejayaan. Itu baru sikit, masih banyak lagi liku-liku yang bakal kami tempoh untuk kekalkan kejayaan.


Akademi Taipan181.

1 ulasan:

Powered By Blogger