Jom Follow

Isnin, 23 April 2012

hITUNGLAH kESYUKURAN BUKAN kESUKARAN.

Seorang budak ditemui sedang menangis oleh seorang lelaki tua. Lelaki tua tersebut bertanya kepada budak tersebut;"Mengapa kamu menangis?"
Budak itu menjawab: "Duit saya hilang."
"Berapa jumlah duit kamu yang hilang?" orang tua itu bertanya lagi.
"50 sen," anak itu menjawab sambil menangis teresak-esak.

Kerana kasihan melihat budak itu terus menangis, lelaki tua tersebut meyeluk poketnya dan memberikan syiling 50 sen kepada budak tersebut.
"Nah, ini sebagai ganti duit kamu yang hilang! Sudah, jangan menangis lagi." Lelaki tersebut memujuk budak itu.

Namun, lelaki tua itu berasa aneh apabila mendengar tangisan budak itu semakin kuat.

"Apa pula kali ini? Bukankah duitmu telah pakcik ganti?" lelaki itu bertanya.
"Kerana itulah saya menangis. Sekiranya duit saya tidak hilang tadi, tentu saya ada seringgit sekarang. Tapi, kini cuma ada 50 sen saja," jawabnya dan terus menangis....

-SOLUSI ISU 43.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger