Jom Follow

Ahad, 29 April 2012

Terima Kasih Baby; Solat Jangan Lupa.

27/4. Hari lahir aku. Dari tarikh tersebut. Dah 2 hari berlalu. Aku dah capai umur 39 tahun. Dah lama hidup. Dah dekat nak mati. Setiap hari Malaikat Maut menjenguk lebih 70 kali sehari. Dah cukup ke belum. Kalau cukup, tak dilewatkan walaupun sesaat. Kalau dah cukup tak dicepatkan walaupun sesaat. Aku bersedia ke. Tak bersedia ke. Itu bukan soalnya. Dah mati, baru menyesal. Tak cukup beramal. Bekalan bertemu Allah. 
Sebelum terlena tadi, sempat aku baca kad ucapan HB dari Khaleeda Ameerah. Terima kasih Baby. Papa doakan agar Baby menjadi anak yang soleh. Solat tak pernah tinggal. Bukan setakat tak pernah tinggal malah mengerjakannya diawal waktu.
Mati aku tak tahu bila. Sat lagi. Seminit lagi. Sejam lagi. Sehari lagi. Seminggu lagi. Sebulan lagi. Setahun lagi. Sepuluh tahun lagi. Bila mati, bukan persoalan yang besar. Persediaan mati itu yang paling besar dan terpenting dalam hidup. Solat, paling penting. Jangan tinggal solat. 
Happy Birthday Dad. Anak-anak zaman sekarang. Kecik-kecik dah pandai. Zaman aku membesar kat Becah Kelubi, tak ada orang sambut hari lahir. Aku sendiri, seingat aku tak pernah dengar orang ucap 'Selamat Hari lahir'. Lepas belajar dan kerja baru dengar ini semua. Dah ada anak lagi biasa. Jadi aku juga kena berubah. Membesarkan anak-anak kena ikut zamannya.
Solatlah pertama sekali akan dihisab di akhirat nanti. Lulus persoalan solat. Lain-lain tak dihisab lagi. Oleh itu anak-anak aku, jagalah solat-solat mu. Jangan sekali-kali anak-anak ku tinggal solat. Bapa mu ini tak pernah tinggal solat sejak bapa mu pandai bersolat.

Ketika bapa mu kecil. Masih tak tahu apa-apa bacaan dalam solat. Bapa mu telah pun solat. Masih segar dalam ingatan bapa mu ini. Apa yang bapa mu buat ialah, sebut nama orang-orang kampung Becah Kelubi yang bapa mu kena. Pok Cik Nawi, Pak Ngoh Kadir, Pok Tengah Cik Mat, Abe Cikyo, Pok Tengah Samad serta ramai lagi. Tak kira ketika rukuk, sujud...
Terima kasih Baby. Baby ingat hari lahir papa. Ingatlah sampai bila-bila. Bila papa/mama dah tak ada nanti pun sentiasa sedeqahlah untuk papa/mama. Baca al-quran untuk papa mama. Anak solehah. Pencen alam kubur papa/mama. 
Kalau diingat balik, lucu pun ada. Tapi itulah hakikat yang aku kena terima. Nak suruh kekal solat, perlukan pendidikan sejak kecil lagi. Tak boleh dah besar baru nak suruh. Kalau tak suruh, tak buat. Susah nanti. Kat rumah solat. Keluar rumah, tak solat. Kat rumah solat. Kat asrama, jarang-jarang solat. 

Tapi apa-apa pun, solat wajib buat. Jangan sesekali tinggal solat. Solatlah diawal waktu. Solatlah ditempat azan diazankan.


Akademi Taipan181.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger