Aiman fly ke KB. Petang semalam flight. Firefly punya pesawat terbang. Naik di airport Subang.Flight jam 5.10 petang. Aku hantar jam 3 petang. Kena awal, kena ambil baby balik sekolah, jam 4 petang. Balik KL hampir seminggu. Demam dan gatal-gatal.
Hari ni, sekolahnya tak belajar. Ada bekwoh. Kutip derma nak bina surau kat sekolahnya. Menteri Besar dijangka hadir. Jadi esok cuti, sampai sabtu. Kalau tahu gini, tak fly payah ke KB lagi la semalam. Tapi dah sampai sana baru tahu. Duduklah sana. Masih ada lagi kawan-kawan asrama yang tak balik. Buat ulangkaji, mana yang tertinggal hari tu.
Sebelum fly, singgah McD dulu. Alas perut. |
McD. Tak ada benda lain. Burger sajalah. Aiman yang beria-ria nak makan. Tapi tak habis pun burger. Aku yang tak apa-apa licin sebiji. hi!hi!hi! |
Belajar sungguh-sungguh. Jangan main. Jangan banyak tidur. Jangan banyak lepak. Lebihkan masa dengan belajar. Kejar balik mana subjek yang tertinggal. Dah 5 hari tak sekolah. Sekolah arab, ada banyak subjek. Tak boleh belajar last minit. Banyak yang kena hafal. Banyak yang kena ingat. Mana patut salin, salin semula.
Aiman memang pelajar bijak. Tapi kalau tak rajin belajar. Bijak tu, tak bermakna apa-apa. Bijak tak bermakna, jika kedudukan dalam kelas hujung-hujung. Buktikan Aiman anak bijak. Next peperiksaan mesti ada peningkatan. Mesti. Jangan terus merosot. Boleh buat. Tak boleh buat, kurang ulang kaji pelajaran. Orang lain tak buat ulangkaji, Aiman pun terikut-ikut tak buat ulang kaji. Jangan gitu bang. Masa inilah nak tunjukkan abang budak bijak. Abang boleh jadi seseorang suatu hari nanti.
Kerja abang belajar sahaja. Tak payah pikir lain. Duit Abah dan Mim yang cari. Tak payah pikir. Adalah rezeki tu. Rezeki di bumi Allah terlalu banyak. Jerih perih Abah & Mim kerja untuk abang dan adik-adik. Belajar rajin-rajin. Abang nak apa, insyaalah abah & mim akan usaha penuhinya. Nak balik 2 minggu sekali. Abah & Mim tak kisah. Bukan dengan bas balik bang, naik flight lagi. Orang lain, balik pada cuti penggal sahaja bang. Abang setiap 2 minggu. Locker abang teruk, abah & mim beli almari sebagai ganti. Abang panas, tak selesa nak tidur. Abah & Mim belikan kipas untuk abang. Nak jersi bola, beli. Nak bola, beli. nak bawa bola, abah & mim kasi.
Abang & baby dah ke Disneyland Tokyo. Dah ke Disneyland Hong Kong. Abang, dah bawa mengerjakan umrah. Akan ada lagi destinasi lain yang abah & mim akan bawa abang dan adik-adik.
Abang tuntut, nak ke Singapura. Insyaalah tahun ni kita gi. Kalau tak ke singapura pun kita akan bercuti di Gold Cost Australia. Tak payah risau. Abah & Mim akan tunaikan janji tersebut. Lepas Mim habis pantang ni, Abah & Mim, akan all out. Akan gile-gile punya meniaga. Akan kembalikan perniagaan hai-o, hingga tahap tertinggi. Income tertinggi. Kumpul duit untuk pendidikan abang. Lepas ni, nak belajar kat mana insyaalah abah & mim boleh support. Dalam negara atau luar negara. Tak payah pinjam duit PTPTN.
Akademi Taipan181.
Kasih abah & mim utk aiman..amin
BalasPadam