Jom Follow

Sabtu, 21 April 2012

Selepas Kelas Akademi Taipan181..


Presentasi Marketing Plan oleh CDM Kartini. Kena faham betul-betul MP baru senang buat kerja. Banyak yang perlu tahu. Bagaimana susun kaki yang terbaik dan terpantas. Bagaimana nak naik pangkat. Bagaimana nak lepas car fund. Bagaimana bonus wawasan bisa kita dapat. Kalau PV dah cukup, tapi pangkat tak naik-naik. Kena cari puncanya. Kalau tak, rakan kongsi boleh berhenti berniaga. Rugi kita. Ada sesetengah tu, mula-mula laju, tapi akhirnya slow dan berhenti terus. Mesti ada sebab. Kena cari sebab. Kadang-kadang mereka ni rasa tertipu.

Tekun. Serius. Salin. Penuh perhatian. Dengar presentasi MP oleh CDM Kartini. Jalan menuju kekayaan ada dalam MP. Gerak kerja mesti ikut MP. Segala action jangan lari dari MP. Ramai juga yang sangkut, bila tak betul-betul faham MP. Akibatnya incomenya tak besar. Rakan niaganya sangkut. Sukar naik pangkat.
Lepas kelas/meeting. Beginilah suasanya. Masing-masing berlonggok dengan upline. Kelihatan CDM Kuyah bersama groupnya. Titipkan pesanan untuk rakan niaganya, buat bekalan di gelanggang nanti. Next meeting bertemu kembali. Semak gerak kerja. Ok ke tak ok. Perlu perbaiki ke tak. Macam-macam hal diselesaikan pada pertemuan seperti ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger