Jom Follow

Khamis, 26 April 2012

Detik Cemas Safira Club.

Gambar yang menjadi kenangan Safira Club malam tadi. Suasana cemas. Suasana kalut. Nasib baik tak ada yang parah. Masing-masing berebut tempat duduk. Masing-masing nak duduk, tak nak berdiri. Kerusi tak berapa cukup. Nasib baik, tindakan pantas beberapa leader, bawa kerusi dari luar. Agar semua yang hadir kelas malam tadi boleh ikuti kelas dengan selesa.

Aura 'diamond night' punya pasal. Ditambahkan lagi dengan minggu akhir fight ke GuangZhou. Nak tengok video pakej pelancongan Holland & Belgium. Nak bertemu mata dengan leader hebat dari KL, seperti CDM jai, CDM Faridah, CDM Shila. Disamping  bertemu mata, boleh kutip sedikit ilmu dari mereka. Itulah antara faktor suasana cemas terjadi malam tadi.

Jam 8.10 malam. Keadaan bilik Melati ketika kami tiba. Hanya kami je yang ada. Aku terdetik, pindah bilik ke malam ini. Ada kelas ke malam ini?
8.30 malam. Mula terisi. Sedikit lega. Tapi masih banyak kerusi kosong. Boleh penuh ke malam ni?
Beberapa minit sebelum acara bermula. Semakin ramai yang isi kerusi kosong. Masih ada kerusi kosong. Ramai yang sampai, lepak kat luar kejap. Jumpa upline, tunggu prospek.
Bila emcee, DDM Syukri, mulakan majlis. Kelas berubah wajah. Dah tak ada kerusi kosong lagi. Malah kerusi tambahan kena bawa masuk. Kalau tak ramai yang kena dera berdiri. Sape suruh datang lambat. Lain kali datang awal, tempah kerusi.
Nyayian lagu penutup Akademi. Wow! memang berbaloi, sape yang hadir malam tadi. Aku pasti ramai yang tak lena tidur sampai pagi. Dok pejam mata, paksa untuk tidur. Lambatnya siang, nak share dengan prospek.
Dari mana mereka datang. Sape yang bawa. Orang baru ke. Orang lama ke? Dah sign up? Jengok peluang. Segalanya amat bermakna malam ini. Bila begini, suasananya CDM Roshila, CDM Fitri, CDM Faridah, DDM Syukri. Lain macam je semangat mereka.


Akademi Taipan181.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger