Malam-malam pun melantak lagi. Memboyot. Kasi lagi banyak lemak. Bukan dekat. Dari Kinrara ke Jalan Kapar. Ramai Tom Yam restoran pilihan. Cari ikan siakap masak stim. Paling sedap yang pernah aku jumpa. hi!hi!hi!
Siakap Stim. Tak macam selalu. Dah tak sesedap biasa. Aku punya rasa dah berubah @ memang dah tak sedap. |
Lama dah tak ke sana. Entah kenapa, malam ni kami ke sana. Tak tahu kenapa. Siakap Stim malam ni tak macam selalu. Lain macam je. Dah tak sedap lagi. Dah habis bahan-bahan ke. Itu aku tak pasti. Apa yang pasti, dah tak sedap lagi. Masa aku bayar. Sempat aku tanya. Tukang masak baru ke?
Dulu-dulu, kami selalu promote. Nak makan ikan stim, sila ke Ramai Tom Yam. Selalu belanja kawan-kawan kat sini. Tapi kalau ginilah kualitinya sekarang. Nak promote pun malas. Tapi tadi aku melantak juga, tapi tak banyak. Cukup satu pinggang nasi je. Biasanya lebih...hi!hi!hi!
Ada jualan amal. Persembahan nasyid. |
Tapi kali ini ada sedikit kelainan. Ada jualan amal. Siap buka table lagi. Ada nasyid lagi. Menghiburkan pelanggang, sambil minta derma ikhlas untuk bantuan sekolah mereka. Ni first time aku tengok mereka buat begini. Biasa kita jumpa, minta derma@ suruh beli barang.
Aku ingat mereka ni yang betul punya. Siap ada no telefon orang yang bertanggungjawab lagi. Ada alamat sekolah lagi. Boleh dipercayai. Rata-rata orang makan kat situ akan bagi derma. Sikit @banyak je.
ALAMAT ASRAMA & PEJABAT.
(ASRAMA LELAKI MENENGAH)
DESA FAHMI
LOT 2503 A, 43483
JALAN BAKTI OFF JALAN KAPAR.
(ASRAMA PEREMPUAN)
NO 34, JALAN SRI SARAWAK 10,
TAMAN SRI ANDALAS.
WWW.FACEBOOK.COM/PAGES/WAKAF-DESA-FAHMI.
Akademi Taipan181.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan