Jom Follow

Selasa, 17 April 2012

JPN Putrajaya: Muhammad Khaleel Amza

Hari ini, lepas hantar baby ke sekolah. 
Aku langsung ke Putrajaya. 
Destinasi pertama precint 16. 
Breakfast dulu. 

Lepas tu ke Precint 2. 
Jabatan Pendaftaran Negara. 
Daftar Muhammad Khaleel Amza. 
Terus dipanggil. 
Tak payah tunggu. 
Kaunter banyak.
 Orang belum ramai lagi. 
Tunggu sejam, terus dapat MyKid.
 
Berbeza dengan Jabatan Pendaftaran Puchong. 
Penuh sesak. Kena tunggu lama. 
Dahla panas. Walaupun dah ada a/c, apa salahnya letak kipas sekali.
Aku dah ke sana minggu lepas. Tak jadi nak buat.
Jadi sape-sape nak urusan daftar lahir dan i/c.
Lebih bagus kalau berurusan di Putrajaya.

Daftar kelahiran di tingkat 3. Pegawainya mesra. Mudah senyum. Tak mengada-gada. Tak macam kat Puchong. Mengada-gada. Menyusahkan bukan menyenangkan urusan. Aku dah malas nak berurusan dengan Jabatan Pendaftaran Puchong. Staffnya stress. Mungkin layan ramai orang kot.

Jam 11 dah settle semua. Siap sekali dengan MyKid.
Menunggu  kat sana pun ok. Selesa. Tak bising. Boleh menelaah buku dengan tenang.


Akademi Taipan181.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable