Jom Follow

Ahad, 15 April 2012

Medan!Medan!Medan! Kami Datang.

Jumaat.
13/4/2012.
Aku, CDM Roshila, Hafizi, terbang ke Medan, Sumatera.
Flight MAS, MH 860. Jam 8.50 pagi. Kami sampai KLIA, jam 6.15 dah sampai. Keluar awal, CDM Zefry nak hantar anak ke sekolah pula lepas tu. Jadi dari rumah, jam 5.40 pagi dah bertolak.

Lepas solat subuh. breakfast dulu di OldTown White Cafe buka 24 jam. Kena mee sup, alas perut. Lepak kat sini pun lama juga. Ada masa untuk berfb. Mana tahu ada customer yang oder Maharani ke, Lacto-lite ke, garam buluh ke atau Premium Beautiful ke. Ada yang tak nak makan. Diet katanya. Bagi aku diet ditentukan oleh result, bukannya dengan dok sebut-sebut diet. Perkataan diet dah beratus tahun wujud. 
Coway berdiri megah dalam balai berlepas. Strategi pemasaran yang hebat. Mana tahu, ada yang berminat dengan produk ini. Promosi pintar bersama MAB. Tapi pagi tersebut penapis udara tu sedang off.

Kami berlepas melalui pintu G8. Tak payah naik train.

Pesawat MAS yang akan terbangkan kami ke Medan. MH 860. Selain kami, Encik Zakril dan Liza juga ke Medan dengan pesawat yang sama. Jam 8.50 terbang ke Medan. Setelah berada kat udara lebih kurang 25 minit. Pesawat terpaksa patah balik ke KLIA kerana mengalami kerosakan teknikal. Setelah mendarat kat KLIA, kami diterbangkan semula ke Medan lebih kurang jam 10.30 pagi dengan pesawat lain. Nasib baik tak lama menunggu. Kalau tak boring sakan. Pesawat hari tu pun hampir penuh.
Setelah tiba kat Bandara Polinia. Setelah selesai urusan imigresen, kami dijemput oleh pihak Hotel Garuda Plaza. Tak payah cari teksi. Hotel Garuda Plaza menjadi tempat penginapan orang syarikat. Kami belum ada hotel lagi masa tu.

Di lobi hotel garuda plaza. SSM Yan, Liza dan Jun. Jun ni orang syarikat yang jaga Indonesia. Ingatkan nak check in kat sini tapi penuh. Kena cari hotel lain. Kat Medan hotel tak jadi masalah besar. Terlalu banyak hotel ada. Ikut kita punya bajet. Ini sedang tunggu Pak Supir aku datang. Nak gi cari hotel lain. Hotel ini, hotel kesukaan orang Malaysia. Penuh dengan orang kita. Lagi pun sebelah hotel tersebut ada bank CIMB. Senang nak cucuk duit.
Banyak-banyak hotel, hotel melati yang kami pilih. harganya sekitar RM70 semalam. Biliknya bagus, sesuai untuk kami yang balik hotel untuk tidur. Siang hari sibuk dengan pelbagai urusan perniagaan. Sibuk dok urusan bakal prospek dan belajar budaya meniaga orang tempatan. Hotel ini tak jauh dengan hotel garuda plaza. Tengok dari luar nampak kecik, tapi bila masuk wow! banyaknya bilik. Siang sunyi, bila malam penuh dengan orang ramai.
Lepas booking hotel. Kami ke Rumah Makan Spirok. Makan tengahari. Kat sini, hidangan sup sapi dengan 3 menu lain. Menu lain tu seperti ikan bilis goreng, daging goreng dan rebus pucuk ubi. Simple je menunya. Tak perlu pilih. Semua menu tu akan terhidang. Paling sedap sup sapi. Terangkat habis. Menambah sakan. 

Rumah makan ini, jadi pilihan aku setiap kali ke Bandar Medan. Pilihan Pak Supir aku memang tepat dan kena dengan selera aku. Dagingnya pun banyak. Bukan ciput. Masa kami sampai, penuh orang. Kena tunggu juga sekejap baru ada meja kosong. Keenakan menikmati makanan hingga terlupa nak snap foto. Mungkin CDM Roshila ada snap. Kita tunggu foto darinya.

Sebelum terlupa. Sebelum ke Hotel Melati tadi, kami singgah dulu di Gramedia Gajah Mada dulu. Cari teman baik aku. Dapatlah 2,3 buah buku. Cukup menarik. Buku ' Merry Riana'. Kisah bagaimana diusia 26 tahun telah memiliki penghasilan 1 juta USD. 

Selepas tu kami bergerak ke Langkat. Tak jauh dengan kampung SSM Yan, Stabat. Jalannya teruk. Kereta banyak. Itu yang melambatkan pergerakan.

Masjid tempat kami sujud pada Ilahi semasa perjalanan ke Langkat. Masa kami tiba, masih ada lagi 15 minit sebelum azan asar. orang kampung mula mendatangi masjid. terlalu banyak masjid di sepanjang-panjang jalan menuju ke Langkat.
Oleh kerana kami sampai awal. jadi sempat singgah dulu kat Lapangan Stabat. minum-minum dulu. SSM Yan, Liza, Jun dan Zakril naik mobil lain. kami dengan pak supir. dia sewa Toyota Unser untuk kami. Dulunya dia bawa teksi, kini taklagi. jadi kena sewa kereta. Nasib baik Toyota Unser taklah mahal sangat. Hanya 300K rupiah sahaja.
Siomay, kami makan di Lapangan Stabat. Licin aku belasah. Kat sini, tempat orang ramai santai-santai waktu petang. Ada pelbagai permainan, dan garai-gerai makan.
Kami ke Langkat. Rumah rakan kongsi SSM Yan. Kat rumah tersebut ada dikumpulkan kaum-kaum ibu. Sedikit perkongsian kehebatan garam buluh. Ada satu testimoni kat sini. Seorang ibu dah hampir pulih luka kakinya akibat diabetis.(sakit gula). Ibu ini akan dijadikan testimoni oleh PT Hai-O. PT Hai-O, sponsor garam buluh untuknya.

Antara foto-foto yang sempat aku snap kat situ.
 
Sedang tunggu kaum ibu datang.
SSM Yan bersama Pak Asminan Siregar tuan rumah acara petang tersebut.

Lepak. Hafizi, Zakril dan Pak Supir.
Sempat abadikan gambar bersama dengan Pak Asminan.
Selepas maghrib. Kami berangkat pulang ke Medan. Dah penat dan mengantuk. Dari jam 4 lagi dah bangun. Belum tidur-tidur lagi. Setelah aku sampai ke sana. Aku betul-betul kagum dengan SSM Yan. Bukannya dekat nak ke Bandar Medan Tapi SSM Yan tetap buat Hai-O. Bukan mudah nak pecah pasaran kat Medan. Bukan senang nak percayakan orang ramai. Orang ramai yang selalu kena tipu oleh syarikat MLM dari Malaysia. Ada sekejap, dan lepas tu lenyap. Aku yakin, kali ini pasaran Medan bakal dipecahkan. Kalau ada lebih ramai orang seperti SSM Yan, Medan bakal booom dengan Hai-O.

Balik ke Bandar Medan. Singgah makan dulu mee aceh. Wow! sedap. Kena sampai 2 pinggang. Lena tidur dibuatnya. Lena sampai pagi. Tidur tok kketek. Jumpa esok pagi. Jumpa esoknya. Jumpa pada 14/4/2012.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger