Jom Follow

Jumaat, 27 April 2012

Safira Club: PKL 181.



Gambar ni ambil kat mana?
Hebatnya no platnya.
Mesti mahal.
No plat dah mahal, keretanya lagi mahal.

Terhangat.
Terbaru.
Teruja.Siapa punya?
Siapa pemiliknya?
Orangnya staro mano?
Kerja apa?
Umur dah berapa?
Honda Accord 2.0. Sekali tengok pemiliknya orang biasa-biasa. Macam tak mampu je memiliki kereta hebat ini, usianya secara relatif masih muda. Tapi bila join akademi, dibimbing, dibantu dan dipimpin serta dimotivasikan. Menjadi seorang netwokeryang hebat, sehingga memiliki keyakinan dan kemampuan memiliki kereta hebat ini. Sesetengah orang MLM, kata belum hebat lagi, tapi percayalah, sedikit masa lagi akan menjalar kereta yang lebih gah lagi. Insyaalah.
Kereta ini, bakal menjalar di seluruh pelusuk Utara, bawa pemiliknya, berkongsi peluang perniagaan dan keistimewaan yang dimiliki oleh akademi. Serta keistimewaan produk-produk seperti Premium Beautiful, Bio Aura, dan banyak lagi. Pemiliknya punyai ketekunan dan keghairahan nak berjaya. Kerjaya dah ada, tapi belum puas dengan pendapatan yang dimiliki. Maklumlah hidup kat Penang, segalanya mahal. Nak tambah pendapatan dengan sertai akademi. Pendapatan mula bertambah, syukur kerana dipertemukan dengan akademi. Kalau tak masih mengharapkan gaji semata-mata. Tapi kini selain dari gaji, bonus perniagaan sentiasa dapat setiap bulan.
Kejayaan hadir, setelah berani buat keputusan, join akademi. Kejayaan hadir bila percaya pada potensi diri yang dimiliki. Kejayaan hadir bila buat tindakan. Terjun ke medan. Bertemu dengan bakal-bakal prospek. Bertemu dengan cacian. Turun ke medan bererti bertemu dengan penolakan. Turun ke medan, bererti bertemu dengan sindirian-sindirian tajam. Turun ke medan bererti bertemu dengan halangan-halangan. Turun ke medan seolah-olah mencari penolakan. Di sebalik pertemuan dengan jeram dan liku tersebut, terselitnya kejayaan semanis madu. Manis selepas pahit. Ramai yang merasai manis, seolah-olah tiada pahit. Dah berjaya, lopak-lopak dah dilupai kerana indahnya kejayaan yang dimiliki.
Elli dan Kay serta bakal prospek mereka. Mereka sentiasa hadir ke Safira Club, asah bakat dan potensi diri yang mereka miliki. Suatu hari nanti, kita boleh tengok singa keluar dari mereka.


Akademi Taipan181.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger