Jom Follow

Sabtu, 28 April 2012

CDM Jai & CDM Yati: Berjiwa Kental

Wow! Sedondong. Pasangan hebat. CDM Jai (36) dan CDM Haryati(34). Buat Hai-O sepenuh masa. CDM Haryati, Dua bulan join, terus terjun sepenuh masa. Tinggalkan kerja bank, berniaga network marketing, jadi pilihan. CDM Jai, lewat sikit. Anggota tentera bukan boleh lepas jawatan ikut suka hati. Kena ikut prosedur. Lama juga menanti untuk lepas bebas. 

Dah dua-dua CDM. Dah kembali dapat rentak. Cuba macam-macam cara. Sesekali datang frust. Tapi dah janji nak bina kekayaan dengan hai-O. Rentak dah dapat. Demo kembali rancak. Semakin sibuk. Tak menang tangan. Dapat pulak, geng muda-muda. Senang nak bimbing. Senang nak buat kerja. Tak banyak komitmen.
CDM Haryati sejak akhir-akhir ni, semakin hebat speechnya. Semakin banyak ayat-ayat power yang keluar. Semakin mengusik perasaan prospek.

Sentiasa bersedia bila-bila masa. Sentiasa bertugas di akademi, terutamanya kelas selasa malam dan ahad pagi. Kini dah mula menapak ke utara pulak. Kawasan tengah sedang kembang. Utara pula mula berpucuk. Sedikit masa lagi, network menjadi bertambah kukuh.

Sentiasa belajar. Sentiasa tambah ilmu. Sentiasa bertanya. Tak malu bertanya. Sentiasa praktik apa yang dipelajari. Sentiasa perturunkan ilmu pada rakan niaga. Semakin matang dalam setiap tindakan. Semakin bijak buat pertimbangan. Semakin kembang meniaga. Kekalkan dan tingkatkan. Kekalkan orang lama disamping tambah network baru. Baru network bertambah besar.

Kembang subur. Tsunami melanda. Ramai yang terkapar-kapar. Ramai juga yang terus tenggelam. Ramai juga yang tak mahu diselamatkan. Ramai juga yang sembunyi tangan, bila mereka hulur tangan nak membantu. Terduduk seketika. Tapi tak panik. Tetap tenang. Cari jalan keluar. Tak nak nak buat macamana. Cari network baru. Begitu positif CDM berdua. Rakan niaga baru dah muncul. Bertuah dapat bimbingan pasangan CDM hebat ini.
Sentiasa bersedia menyumbang tenaga pada akademi. Tak ponteng kelas dengan mudah.

Bukan terus dapat. 3,4 bulan juga mencari strategi terbaik. Bila dah dapat. Sikit-sikit kembang. Harap akan terus subur. Subur sesuburnya. Bila subur, ramai yang akan dapat tumpang.

Baru balik dari Vietnam. GuangZhou pulak menggamit. Dengar-dengar dah ada rakan niaganya dah layak dapat tiket. Sedang usaha untuk beberapa lagi dapat tiket. Utamakan rakan niaga.

Bukan itu saja. Awal-awal join dah layak terbang ke Korea Selatan. Dah banyak negara yang dah pi sejak bersama akademi...

Keluarga bahagia.
Masing-masing boleh buat demo. Masing-masing boleh bergerak sendiri. Masing-masing punyai kemahiran presentasi Marketing Plan. Mudah kerja mereka. Kalau kena gaya, cepat kembang networknya.  Upline dah beralih arah. Upline dah beralih angin. CDM berdua tetap setia dengan akademi. Tetap yakin dengan akademi. Mahu bina kejayaan dan kekayaan bersama akademi.

2007. Sahabat lama, ajak join. Teruja tengok income sahabat lama. Teringin juga nak merasa income seperti itu. Nekad nak join. CDM Jai, macam tak suka pada mulanya. Dana atas namanya. Tapi kena settle cepat. Hanya beberapa bulan je CDM Yati buat dan dah boleh settle dana tersebut. Itu yang CDM Jai, terus yakin. Inilah peluang buat duit telah terhidang depan mata.

Aku doakan CDM Jai dan CDM Haryati terus maju dalam persada MLM di Malaysia.

Kita sambung lagi kisah pasangan hebat ini. Semakin hari semakin bergetah kata orang. Jumpa prospek, mudah sangkut. Konfiden dah tinggi. Bukan senang nak capai tahap ini. Cuba tanya mereka. Puas cari idea, macamana nak cite supaya prospek sangkut. Berapa ramai prospek yang tak jadi. Sekarang dah dapat rentak. Meniaga semakin jadi. Semakin ramai rakan niaga baru.

Mereka benar-benar serius bina meniaga. Sentiasa datang kelas. Sentiasa positif terhadap kelas. Orang tak ramai mereka tetap hadir. Berapa lama CDM Haryati jadi emcee. Berapa bulan CDM Haryati jadi emcee. Berapa kali CDM Jai, bentangkan 7 faktor kenapa wajib pilih Hai-O sebagai platform kejayaan. Tak jemu. Tak give up.

Ketika 'Bonus Nite' bulan Jun 2012.
Puas lihat rakan niaga dapat cek dan jam.
Pasangan hebat. Pasangan bahagia. Duit semakin ada. Sentiasa bersama.
Dengar kata, CDM Jai berada kat Sibu semalam. Semakin ramai yang panggil. Semakin ramai yang nak dengar peluang. Semakin ramai yang nak jadi rakan niaga. Semakin mudah dapat prospek. Aku tengok foto dalam FB pun teruja. Sekali jumpa 4,5 orang warga Sibu yang nak sertai bisness Hai-O, di bawah mereka.

Rakan niaga barunya. Awal bulan join. Akhir bukan dah DSM. Wow! hebat. Tak berhenti berkongsi, itulah akibatnya. Jumpa orang yang nak buat gile-gile.
DSM bulan pertama!!
Bukan itu saja. Lihatlah foto ni. Penerima jam, ramai dari rakan niaganya. Orang lain pun boleh. Mereka sedang buat. Insyaalah sedikit masa lagi, semuanya akan menjadi-jadi.
Antara rakan niaga mereka yang terima jam pada bonus nite baru-baru ini..
Hi tea Akademi Taipan181. Pada 1 Julai 2012. Quality Hotel, Shah Alam.

CDM Jai  & CDM Haryati terima beg dan La Praise dari CDM Kuyah, sumbangan Hai-O. Pelancongan ke Guangzhou adala kali ke-2 pada tahun 2012. Tahniah. Semakin terserlah kehebatannya.
Upline dan downline. Aku sampai USJ 9 pagi tadi. Mereka dah ada. Awalnya mereka sampai. Awal sampai. Boleh sembang-sembang dulu. Boleh kongsi strategi. Kongsi semangat. Kongsi cerita. Sebelum kelas bermula.
CDM Hazrizal di Safira Club pada 4/7/2012.
Tahniah buat CDM Jai, saban minggu turun ke Safira Club.
Jayakan rakan kongsi serta berkongsi pengalaman dan ilmu dengan Taipan Warriors yang lain.
Tak kedekut ilmu. Seorang leader yang besar hati dan punyai masa depan cerah dalam dunia MLM.
Wow! CDM Jai bersama rakan niaganya. Serius ikuti kelas malam tadi. Jam 3 pm, turun dari KL. Ikuti kelas dan lepas kelas balik semula ke KL. Esoknya sambung gerak kerja lagi.
CDM Jai, CDM Kartini bersama Taipan Warriors. Semuanya ceria-ceria dan amat teruja.

Kelas USJ Taipan pada 7/7/2012.
CDM Jai bersama rakan kongsinya yang hadir kelas semalam. Ketika orang tak berapa ramai, rakan kongsinya tetap datang. Aam, Fazly, Mohd Ridwan dan ??(semalam dah tanya, macamana boleh lupa)
CDM Jai, bantu Kenny uruskan barang rakan niaganya semalam. Barang terus ambil. Dah ada yang nak. Tak payah, gi kelik, kalau ada orang nak barang.
CDM Yati & CDM Kartini; dok buat apa. Atur strategi LOPA terbaru ke.hi!hi!hi!

Bonus Nite.
10/7/12.
Selasa malam rabu.
Stokis Ng.
Pasangan ini memang mengaum habis.
Tak mengaum habis macamana.
Sebahagian besar penerima jam hasil tangannya.
Malah DSM bulan pertama tercipta.

Ramai yang datang, termotivasi 'gile'.
Pasangan ini boleh, mereka juga pasti boleh.
Taja, taja, taja dan terus taja.
Jaya, jaya, dan terus jayakan.
Share, share dan terus share.
Kelas, kelas, dan terus datang kelas.
Pasangan ini, setiap kali kelas pasti ada.
Bukan setakat ada, malah bawa rakan niaga sekali.
Ketika orang masing-masing, tak ada mereka tetap ada.
Malah bersedia berbakti pada Akademi.

Jadikan diri naga, baru jumpa naga.
Jadikan diri singa,baru jumpa singa.
Jadikan diri hebat,baru jumpa orang hebat.
Jadikan diri laju,baru jumpa orang laju.
CDM Hazrizal. Serius. Kenapa wajib pilih Akademi landasan kejayaan.

CDM Kartini bersama Network CDM Haryati & CDM Jai. Mereka nak, jadi mudah proses pimpin.

DSM ASP Lin. Bulan yang menakjubkan. Baru sebulan buat bersama Akademi dah capai income cukup-cukup mengiurkan siapa yang mendengar. Siapa kata rekod tak boleh dicipta lagi selepas CDM Roshila.

SSM Yus & DSM Lin. Sama-sama terjun. Itulah salah satu kunci kejayaan mereka. Senarai nama jadi panjang. Boleh tahan nak jumpa. Mereka nak bagi duit pada bakal prospek. Jadi mereka syook nak jumpa bakal prospek.

Malam bertuah. Dapat tap galaxy. Cecah target. Akademi tunai janji. Kata dikotakan. Next 'Bonus Nite' siapa pula dapat tap galaxy. Tungguuuuuuu.

Senyum puas. Dapat jayakan partner.

CDM Haryati & DSM Lin. GUCCI TU...
Ada lagi kisah-kisah hebat mereka akan aku kongsikan dalam blog ini. Jadikan kisah kejayaan mereka sebagai panduan untuk anda cipta kejayaan. Tak mudah, tapi bukan mustahil. Dah ada yang boleh, jadi hal tu memang boleh..

Hari Isnin lepas.
27/8/2012.
CDM Jai & CDM Yati datang beraya kat rumah.
Tak bersedia sangat, tapi sempat hidang beehun goreng, buah salak dan sedikit kuih yang ada.
Seronok juga ada orang datang rumah.
Sembang dengan pasangan hebat ini, aku banyak dapat belajar.
Mereka punyai daya tahan dan kreativiti untuk kembangkan biz ini.
Lagi pun mereka boleh tarik geng-geng muda join dan ikuti kelas ATM181.
Mesti ada sesuatu yang istimewa pada pasangan hebat ini.
Lagi satu, aku paling respect. Mereka tak pernah ponteng kelas.
Setia dengan kelas dan sentiasa beri komitmen 100%.
Tak musim kemarau bagi pasangan hebat. Apa yang ada musim hujan yang menyuburkan tanaman.
CDM jai & CDM Yati.

Lagi sambungan kisah CDM Jai & CDM Yati.
Semalam, Ahad. 2/9/2012.
Buat rumah terbuka raya.
Open khemah. Bukan main-main bro ni.
Macam-macam ada.
Jemput rakan kongsi ATM181.
Antara menu yang aku ralit membedal.
Mee sup. Ayam golek. Kuih.
Itu yang aku bedal.
Ada lagi yang aku tak bedal....
Tak payah cite, nanti jeles pulak yang tak dapat pi semalam.
Guna katering abang CDM Yati.
Banting yang sambut tetamu open khemah CDM Jai & CDM Yati semalam.

Add caption

Lagi kisah insan hebat ini.
8/9/2012.
Sabtu.
Majlis Anugerah SM & SSM.
Aku sempat sembang-sembang dengannya.
Ketika makan-makan.
Hampir siap sampai pula DDM Din & Geng.
Mereka dapat ilmu percuma dari CDM Jai.
Mereka dapat motivasi percuma dari CDM Jai.
Nak berjaya, mesti tekankan ilmu.
Ilmu nak dapat, mesti datang kelas.
Tak boleh ada alasan lagi.
Selain datang kelas, jumpa upline untuk dapatkan ilmu.
Kalau tak boleh juga, mesti call upline....
Kalau gagal, semak dulu.
Mesti liat datang kelas.
Mesti malas datang kelas.
Mesti culas datang kelas.
Kalau berterusan datang kelas.
Semangat sentiasa ada.
Dan tak akan give up.

CDM Jai.
Tak kedekut ilmu.
Ilmu yang dimiliki mesti dikongsi.
Dengan siap setiap warga ATM181.




Akademi Taipan181.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger