Malam ni sekali lagi aku menemani isteri di hospital colombia asia. bukan malam sahaja. Sepanjang siang tadi pun aku dah menemaninya kat situ. Sambil baca paper, tengok tv serta sembang-sembang dengan isteri. Lain pada sembang tidur-tidur ayam. ha!ha!ha!
Malam ni pulak. Sembang sambil tonton bola. Itu pun kalau CDM Kartini tak nak tengok Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Kalau terjadi gitu, melepak kat kedai mamak gamoknya. 2 game pulak tu. 2 2 best 'giler'. Aku pasti ramai yang menanti-nanti result malam ni.
Semalam sembang sekejap. Terus tidur. Tak berapa sihat. Selsema. Tadi pun banyak tidur pada jaga. Jaga masa melantak. hi!hi!hi! Hinggakan mertua dan geng sampai pun tak sedar. Hujung-hujung baru terjaga. Kena ubat selsema. Mengantuk.
Ini balik rumah sekejap. Mandi-mandi. Masuk opis sekejap. Dah banyak hari tak masuk opis. Rindu pulak set-set mamak. Minum teh cina 2 gelas pun dah cukup. Kalau makan pun kena roti telur.
Joni @ Norwajunizam bin Abdul Wahab. Pemilik Syarikat Percetakan Damai Sdn. Bhd. |
Sebelum balik tadi. Semasa sibuk-sibuk pindah bilik. Ada rakan niaga datang melawat. Dah jadi usahawan rupa-rupannya. Patutla lama tak nampak. Sibuk kukuhkan syarikat percetakannya. Baru nak menapak, kerja lebih masa sikit. Promosi kena lebih. Baru dapat projek. Sekarang ni sibuk cetak novel. Nak jual semasa pameran buku KL. Lama juga sembang. Tajuk menarik. Usahawan. Dah ikuti kelas-kelas motivasi Dr Azizan. Positif dan beri impak pada gerak kerja.
Lepas kelas Akademi Taipan181. CDM Yati dan CDM Hasmidar sempat datang walaupun sering dihimpit kesibukan meniaga. |
ooo! Sebelum terlupa. Tadi juga CDM yati, CDM Jai, CDM Hasmidar dan suami. Datang melawat. Lepas kelas kat USJ 9. Hanpir 40 minit juga mereka melawat. CDM Kartini lebih bersemangat. Dengar kisah-kisah meniaga rakan niaga. Sana close. Sini close. Sana call. Sini call. Nak tanya. Nak order. Nak repeat oder. Nak dengar peluang meniaga. Nak melancong percuma ke Guangzhou. Sinar semakin bercahaya. Bawa manfaat kepada siapa yang tak jemu-jemu buat. Mereka ini, pulun sakan. Alang-alang dah merasai kemewahan sejak bersama Akademi Taipan181, apa salahnya mereka nak terus menerus merasai kenikmati kemewahan tersebut. Tak ada yang mustahil, jika mereka tak berhenti buat. Kami sendiri dah cecah 12 tahun, tak mustahil akan cecah 10 tahun lagi.
Apa kisah menarik. Bola malam ni, topik hangat bagi kaum lelaki. |
Akademi Taipan181.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan