Ahad. Boleh rehat. Boleh santai-santai. Boleh baca paper. Boleh sambung tidur. Boleh jogging. Boleh breakfast dengan keluarga. Boleh menonton TV. Boleh gi memancing. Boleh main futsal. Macam-macam boleh buat. Ikut suka. Tapi jangan menyusahkan orang lain sudah. Kelak lain jadinya.
Itu bagi yang kerja. Tapi lain pulak kisahnya bagi yang ada kerja part time. Part time sebagai agen insurans. Part time sebagai agen takaful. Part time unit teras. Hari minggu bagi mereka bukan hari rehat, tetapi hari tingkatkan sales. Hari pecutkan sales. Hari tambahkan ilmu. Dok gitu.
Ramai pulak gerai nasi lemak mak cik ni. Selalunya tak ramai. Rezeki meniaga pagi minggu. |
Hari lain kerja. Jadi petang, lepas kerja atau hari minggu sajalah masa buat sales. Lainlah kalau dah mantap dan dah terjun secara sepenuh masa. Bila-bila masa boleh buat sales. Hari minggu mungkin digunakan untuk jumpa dengan 'jerung-jerung atau 'helang'.
Teman-teman aku sepanjang hari ini. Harap-harap bisa habis semua. |
Aku. Dah full time. Full time buat MLM. Dibawah payung Hai-O. Hari minggu. Ada kelas. Wajib pi. Jarang sangat tak pi. Hari ini macamana? Mungkin tak pi. CDM Kartini, tak larat. Sedang sarat. Tak pernah CDM alami. Sejak anak pertama sehingga pregnant yang ini tak pernah alami sebegini. Pening tak serupo pening. Aku pun tak tahu nak cite macamana, apa yang CDM alami tu. Apa yang pasti dah 3 hari. Jadi hari ini, tak larat nak ke kelas. Sorry warga Akademi Taipan181.
Dah 1/4/2012. Begitu pantas masa berlalu. Mulakan langkah. Secepat mungkin. Kalau tak target bulanan tak capai. Nak tingkatkan sales sekurang-kurangnya sebanyak 20%. Boleh. Yakin boleh. Pasti boleh. Syarat kerja awal. Call bakap prospek, setkan appointment. Buka balik senarai nama. Tapis dan call mana yang rasa-rasanya berpotensi. Ikut penialaian anda. Lagi pun bulan ini, ada lagi trip melancong ke Holland dan Belgium. Berapa hari hilang tu. Berapa hari terlepas. Balik trip ada pula 'diamond night.' Perlukan masa juga nak siap-siap. Mudah je. Attend je. Lelaki memang attend je, tapi bagi kaum perempuan, mana boleh attend je. Nak pilih baju, nak pilih kasut, nak pilih handbag dan macam-macam lagi. Perlukan masan juga. Silap-silap, drop sales bulan ni. Drop sales, drop income. Oleh itu rancang awal-awal. Kalau tak nak kecewa.
Sibuk tapi berbaloi. Sibuk tapi income besar. Sibuk tapi poket berisi. Sibuk tapi senang berbelanja. Sibuk tapi kawan semakin ramai. Sibuk tapi jutawan. Tak jutawan lagi, tapi punyai potens untuk jadi jutawan mlm. Kita berada dalam syarikat yang terbukti telah melahirkan usahawan bertaraf jutawan. Oleh itu selagi kita tak berhenti buat, selagi itulah kita punyai potensi jadi jutawan ada.
Betul ke MLM, terutamanya Hai-O, ada potensi lahirkan pengedar Jutawan?
Akademi Taipan181.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan