Jom Follow

Khamis, 12 April 2012

Khamis Malam Jumaat.

Khamis, malam jumaat.
Panas. Pasang kipas tetap panas. Pasang A/c pun panas. Hidup mesti diteruskan. Panas ke, hujan ke. Kerja tetap kerja. Meniaga tetap meniaga. Sharing tetap sharing. Harapkan 100% terhadap gaji kerja hakiki tak berapa nak cukup. Kalau cukup pun, terlalu ketat perbelanjaannya.

Malam ini, warga Akademi Taipan181, akan terbang ke Seminar Seberang Laut Holland dan Belgium. Hebatkan. Dah beberapa kali tahun ini, Hai-O menganjurkan Seminar Seberang Lautnya. Vietnam sudah, Holland dan Belgium. Dua bulan dari sekarang Seminar Seberang Laut, Guangzhou pulak. Kerja, kerja, kerja, berseminar sambil makan angin keluar negara. Wow! seronok.

Aku dua-dua tak pi. CDM Kartini sedang sarat dan kini dalam pantang. Insyaalah Seminar Seberang Laut Guanzhou akan ikuti. Dah dua kali tak fly bersama rakan niaga. Rugi rasanya. Tak apa, dah dapat zuriat ke-4.

Malam ni, sepatutnya aku ke KLIA tapi tak sempat. Ada beberapa hal yang kena selesaikan. Aku minta maaf. Esok pagi-pagi akan terbang ke Medan. Ada kelas, meniaga kat sana. Lebarkan sayap ke negara jiran pulak. Jangan salah paham, hanya temankan rakan niaga. Aku punya direct belum ada lagi. Mana tahu suatu hari nanti, tertegaknya Akademi Taipan181 kat Medan pula.

Urusan pendaftaran nama anak. Dah gi tapi terlalu ramai. Jadi isnin aku akan ke putrajaya. lagi cepat dan banyak kaunter buka. Urusan tukar duit. Nak tukar kat airport orang kata rugi. betul kot. aku sebenarnya tak biasa tukar-tukar duit. selalu tukar duit ni cdm kartini.

Wow! dah botak. dah licin. first time amar tengok aku botak, takut dia.

Selepas tukar duit. singgah sekejap kat popular ioi. cari bekalan.
Wak Long teman aku minum petang.
Dengan berniaga baru boleh kaya. Kalau makan gaji, mana boleh kaya. Kalau gaji kita lebih RM50K sebulan. Makan gaji pun bisa kaya. Tapi berapa ramai yang mampu capai gaji sebanyak itu. Kalau ada pun hanya beberapa kerat sahaja. Itu gaji, belum potong lain lagi. Bersihnya tinggal berapa?

Buat MLM. Senang. Produk dah tersedia. Marketing Plan dah tersedia. Pemandu arah tersedia. Jalan tersedia. Kita cuma ikut jejak langkah orang dah berjaya sahaja. Tak payah susah-susah cari jalan baru.

MLM boleh kaya. Bukan cepat kaya. Kena ikut step-step juga. hari ini masuk, esok kaya. bukan begitu. 


Akademi Taipan181.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger