Jom Follow

Ahad, 15 April 2012

Kaya Untuk Bahagiakan Ibubapa.

Nak kaya dan berjaya, biarlah di usia muda. Usia muda, kita boleh menikmati kekayaan tersebut. Lagi pun bila usia kita muda, usia orang tua kita pun tak terlalu tua. Mereka juga masih boleh menikmati kekayaan tersebut.

Bagaimana menikmati kekayaan tersebut? Bebas berbelanja. Tak tersekat-sekat. Tak ketat perbelanjaannya. Bagi orang tua, boleh memakai barang kemas yang cantik-cantik. Bila anda kalungkan seutas rantai emas pada ibu anda, pasti ibu anda suka dan ketika usianya sekitar 50-an, Rantai emas itu amat berharga, tetapi kalau anda hadiahkan pada usianya 70 tahun. Adakah sama keseronokannya. Mesti berbeza bukan. Lebih suka dapat di usia sekitar 50-an dari dapat usia 70-an. 

Anda hantar ibubapa ke Mekah pada usia mereka 70-an. Adakah masih bertenaga mereka nak mengerjakan umrah atau haji. Adalah lebih bagus, sekiranya anda hantar ke sana ketika usianya 50-an. Lebih bertenaga dan lebih sihat. Malah boleh hantar mereka setiap tahun. Tentu ibubapa anda teramat seronok. Oleh itu, jadi kaya usia muda, lebih seronok kita menikmatinya. Ibubapa lebih banyak mereka boleh menikmatinya.

Kaya untuk membahagiakan orang tua. Adalah lebih malang, bukan kita yang membantu mereka, kita pula yang menyusahkan mereka. Minta duit pencen mereka. Nak bayar d/p rumah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger