Jom Follow

Khamis, 5 April 2012

Tetamu Lepas Maghrib.

Lepas Maghrib.
Aku didatangani 3 orang tetamu.
Tetamu dari Negara Thailand.

Dah 2 minggu datang Malaysia.
Tujuan datang sini, kutip derma.
Kutip derma untuk rumah anak yatim di kampungnya.
Dah 3 tahun rumah anak yatim tersebut beroperasi.
Belanja untuk setiap bulan lebih kurang RM17K.
Dari mana sumber kewangan?
Hasil dari derma orang ramai.

Penghuninya lebih 70 orang.
Cikgu-cikgu. 
Warden.
Driver.
Petrol.
Tukang masak.

Setelah 3 tahun beroperasi.
Baru dapat kelulusan kerajaan Thailand.
Insyaalah akan dapat bantuan dari kerajaan Thailand.
Tapi paham-paham la, rumah anak yatim orang islam.

Sepanjang beroperasi.
Petugas rumah anak yatim, bergilir-gilir datang ke Malaysia untuk kutip derma.
Mereka beroperasi sekitar Shah Alam.
Dah 3 tahun, penduduk Shah Alam dah biasa dengan kehadiran mereka.
Ada yang bagi derma setiap bulan.
Ada yang nak bayar zakat, tunggu mereka datang.
Masuk kedai-kedai, Masjid-masjid, Surau-surau, Pasar Malam.
Kerja tanpa gaji, hanya dapat makan.
Kerja semata-mata untuk kelangsungan rumah anak yatim.


 

 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger