Jom Follow

Sabtu, 31 Julai 2010

Pandai Ikut.

CDM Kuyah cite perjalanan meniaganya sepanjang 7 tahun bersama hai-o. Tak ada niat pun nak berhenti malah sentiasa bersemangat nak berjaya dan jayakan semua rakan kongsinya. Tetap bernaung di bawah AT181.

Meniaga ini perlu pandai ikut. Bukan yang pandai-pandai buat. Bukan meniaga buat-buat pandai. Kalau ikut teori pun, kalau kita buat apa orang berjaya buat, kita juga akan berjaya seperti mereka juga. Buat tu mesti berkali-kali. Bukan sekali buat terus jadi. Buat, buat dan buat berkali-kali.

Meniaga ini meniaga yang diajar satu persatu. Diajar dari mula masuk sampai tak nak berniaga. Diajar dari A sampai Z. Diajar apa yang upline buat, diajar apa yang upline tahu dan diajar bagaimana berdemo terbaik. Diajar bagaimana nak jaga group. Diajar bagaimana nak menaja jarak jauh. Pendek kata tak ada ilmu yang tak diajar. 

Banyak yang dline dah ikut. Tapi banyak juga dline tak ikut. Upline terus buat, dline dah berhenti. Upline masih berdemo, dline dah bungkus. Upline tak suruh pun berhenti buat, kita je yang pandai-pandai berhenti. Dah tak percaya pada diri yang boleh capai, apa orang berjaya capai.

CCM Mahmud, contoh leader hebat dari Negeri Di Bawah Bayu. Masih berniaga besar dan masih yakin dengan perniagaan hai-o. Terus buat, buat, buat walaupun rakan kongsinya dah ada yang berhenti dan yang buat benda lain. Dulu sampai sekarang masih percaya dengan potensi yang ada dalam diri dan syarikat. Ikut uplinenya. upline masih buat, dia pun mesti buat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger