Jom Follow

Isnin, 26 Julai 2010

Aksi menarik anugerah semalam


Jejaka hebat taipan bersama dengan CDM Otai, CDM Ah Hock. Banyak tips dapat tu. Gunakan untuk meniaga lagi besar dan lama. Bantu buat pilihan tindakan yang tepat dalam meniaga.
Di belakang pentas, bilik persalinan. Anggung bergaya para CDM Taipan tu.

Semangat dan bagus bila bersama dengan Akademi Taipan. Jauh pun datang. Ambil semangat dan terus meniaga. Tak berjaya lagi tak bererti tak boleh jadi sampai sudah.


Semangat Encik Tan Kai Hee wajar diikuti oleh warga Taipan. Berjuang selagi terdaya. Berjaya dan kaya serta dermawan. Peluang yang diberi seharusnya kita ambil dan buat sampai jadi. Jangan ada istilah give up dalam minda kita semua. Berapa umur, tak jadi hal. Berkongsi dengan yang memerlukan.

Pantang jumpa; kongsi tips kejayaan dan bagaimana nak lebih berjaya lagi. CDM Haryati, CDM Siti  Rozana bersama warga taipan. tanya,tanya,tanya? bagaimana nak jadi macam mereka. Tiru apa yang mereka buat. Kita pun akan berjaya seperti mereka. Sekali tiru mungkin belum jadi. Buat sampai 7 kali baru berjaya.
CDM Tok Din dan CDM Rema, kemana-mana mesti bersama, sebab tu berjaya dan tak berhenti belajar. Pasangan yang mempunyai matlamat yang jelas apa yang mereka mahu. Cuma tunggu masa nak meletup sahaja. Kami doakan agar Allah permudahkan usaha mereka.
 
CDM Zulko bersama Encik Kamaruzaman Yaakob, penasihat hai-o.

CDM Kartini bersama rakan kongsinya. Jangan terkejut. Dah lama, orang baru mesti cari juga, baru berniaga bertahan lebih lama lagi. Semangat orang baru akan mengalir kepada kita juga. Jadi lebih bersemangat lagi. Seolah-olah baru bermula semula. Hari-hari demo,demo,demo.

Sempat bergambar dengan orang kuat syarikat sebaik selesai majlis semalam. Bos baru;Teoh Nee Siang dan Penasihat Syarikat; Encik Kamaruzaman Yaakob.

CDM Indawati menjadi tumpuan semalam. Ramai yang nak merakam kenangan bersamanya.

CDM-CDM Taipan anggung bergaya. dok depan lagi. Bagaikan mengetuai majlis semalam. Tahniah, CDM semua layak memimpin kami warga Taipan semua. Teruskan usaha murni anda semua. Ramai lagi warga akademi memerlukan bimbingan anda. Ramai lagi warga akademi Taipan memerlukan suntikan semangat dari anda. Harap CDM semua jangan jemu bimbing kami. Jangan give up dengan karenah kami, terutamanya kami ni anak-anak nakal.


CDM Norita bersama 2 permata dalam pembikinan. Digilap, dipahat, dibakar baru berkilau. Masa akan menentukan. 

DDM Ustaz Yus. Mana ada majlis, dia mesti ada. Nak berjaya. Siapa tak nak berjaya? Usaha mesti buat kalau mahu berjaya. Setakat nak sahaja tak jadi apa satu.

Siap sedia menggempur; CDM Amran, CDM Nizam dan CDM Wan Mahathir

Apa yang ditunjuk tu.

Saat yang dinantikan oleh semua orang. Menyanyi lagu 'pikirkan boleh' dan melaungkan go go go taipan.

Apa yang dok cari-cari tu.

Kami hanya menggambarkan majlis ini dari sudut Akademi Taipan. Tanpa kami perkecilkan group-group lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger