Salam. Salam 1Malaysia.
4 Tahap kekayaan;
- Stabil kewangan. Tahap paling asas. Kita dapat capai tahap ini bila, duit/ aset cair /simpanan yang kita ada mencukupi untuk menyara kehidupan kita selama sekurang-kurangnya 6 bulan dan ada insurans kesihatan.
- Jaminan kewangan. Aset yang kita miliki mampu menghasilkan pasif income, mencukupi untuk perbelanjaan paling asas kita. Perbelanjaan asas ialah pinjaman rumah, kereta, makanan dan minuman, semua loan serta premium insurans.
- Kebebasan kewangan. Aset yang kita miliki, mampu menghasilkan pendapatan yang mencukupi bagi membiayai kos cara hidup yang kita lalui sekarang.
- Kekayaan yang melimpah ruah. Aset yang kita miliki mampu menghasilkan pendapatan pasif yang mencukupi bagi menyara cara hidup yang diimpikan.
4 tahap ni saya kutip dari buku 'bagaimana saya boleh menjadi jutawan'. perlu berkongsi dengan anda semua. tahap pertama pun saya rasa tak ramai yang lepas. apatah lagi nak capai tahap-tahap seterusnya. Tapi tak mustahil. Dah ramai yang mencapainya. Cuma perlukan masa dan mesti buat perancangan kewangan dengan teliti. Ikuti perancangan tersebut dengan penuh disiplin. mesti lakukan pengorbanan masa tenaga dan wang ringgit nak capai ke tahap tersebut. Serta sanggup tahan nafsu nak mewah segera. Nak enjoy cepat.
saya yakin selagi kita menekuni meniaga ini, kita mampu mencapai tahap tertinggi. mesti yakin dan mulakan usaha ke arah tersebut. meniaga ini mesti tunjukkan bukti. bagi saya, memiliki kereta mewah dah cukup untuk menyakinkan prospek, group dan masyarakat yang meniaga ini ada masa depan. boleh membawa kita ke planet jutawan. boleh hidup seperti mana kita impikan. bukannya menjalani hidup yang kita tak suka. menjalani hidup yang kita elakkan.
semua orang tahu, syarikat ini menawarkan pelan pemasaran menarik dan membolehkan pengedarnya memperolehi bonus yang besar. malah ramai yang telah capai lebih RM100K sebulan. tak kurang juga yang memperolehi bonus RM 10K- 20K sebulan.
langkah pertama menuju tahap pertama. menabung sekurang-kurangnya 10% dari bonus anda. lepas tu bolehlah guna. jangan guna dulu, lebih tu baru nak menyimpan. kalau ini kita buat, alamak tak menyimpanlah kita godaan terlalu hebat diluar sana.
habit menabung perlu dipupuk. menabung ni bukan pasal income besar tapi habit. dapat sikit, menabung sikit. dapat banyak, menabung banyak. kalau tak ada habit menabung, dapat banyak sekalipun tak menabung jugak.
beli aset lain seperti rumah kedai, unit trust dan sebagainya. cuba bayangkan kalau kita ada 5 rumah kedai dan sewaan bulanan mencecah RM15K sebulan. dok ke senang.
kita kerja giler-giler sekarang ni, nak bersenang-senang di kemudian hari. bila dah cukup aset kita, dah tak payah kerja lagi. kita kerja masa tu pun bukan pasal duit tak cukup tapi pasal minat dan kesukaan. boleh pilih nak kerja berapa hari seminggu.
pada warga muda tu, buatlah meniaga ini. 4,5 tahun ke depan anda mencapai tahap kebebasan kewangan. dok ke seronok. masa muda inilah nak buat aset banyak-banyak.
pilihan di tangan kita.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan