Berkongsi suka duka yang ditemui sepanjang perjalanan menuju 'pulau impian', bersama Akademi Taipan181. Adakalanya menempuh jeram dan adakalanya melalui liku. Semuanya terangkum dalam catatan ini. Harap ada yang sudi membacanya.
Jom Follow
Rabu, 21 Julai 2010
perjalanan kami minggu lepas.
minggu lepas. khamis bertolak ke kelantan lebih kurang jam 4 pm. lambat buat keputusan. nak balik dengan flight ke dengan kereta. pikir punya pikir, balik dengan keta juga. nasib baik belum sesak di mrr2.
berhenti solat di petronas, highway pantai timur. solat asar dan makan dulu. bubur. dah masam. dari pagi tadi kot. terjumpa dengan rakan kongsi encik mat noor. nak ke kuantan. ada kerja. kami beli apa-apa yang patut. jeruk dan asam. nak drive sampai kelantan.
sambung perjalanan. jalan baru dari bentong ke raub, ada kemalangan. teruk dan baru lagi masa kami lalu. sampai raub, ikut felda sungai koyan. saja-saja. lama tak lalu. nak tengok perubahan. beraleh angin. tak banyak kereta.
solat maghrib di simpang nak keluar sungai koyan. tak ramai. orang berumur je ada. orang muda tak ada. malam jumaat. jemaah dok baca yaasin. amalan biasa rakyat malaysia.
isi minyak kat shell gua musang. perjalanan lancar. tak mengantuk. bereh. berhenti makan dulu di sungai bayu. gulai ayam kampung. biasa berhenti kat situ. wajib berhenti kalau buka. sepanjang perjalanan, ramai yang berjualan durian. rehat dan tidur sekejap di shell kuala kerai. mengantuk. 30 minit je.
sampai hotel jam 12 am. menginap di royal guest house. depan masjid muhammadi. check in dan rehat. cdm kartini sambung kerja. buat teks ucapan. esok nak berucap. dah lama tidur dalam perjalanan. tidur!!!
esoknya. hari jumaat. lepas makan nasi kerabu. cdm wan suryani yang bawa. majlis pelancaran akademi taipan kelantan diadakan. cukup meriah. ramai yang datang. belon, letupan dan pulut kuning. kelas pagi di tanah merah batal. petang di kb pun tak buat. semua datang ke pelancaran akademi. dari merapoh pun ada. hebat. teruja. cdm kl turun. cdm faridah, cdm dzul, cdm juliani, cdm kartini, cdm kamarudin.
lepas tu bertolak ke pasir putih. singgah dulu rumah. jumpa dengan keluarga dulu. makan nasi. rehat sekejap. gi pula ke tanah merah. beli barang dulu di market. singgah rumah jap. jumpa dengan orang tua. hantar BA rumah member di tanah merah, bersembang dulu. nampak berminat nak buat. takut lebih. macam-macam takut.
jam 8pa bertolak ke penang. solat maghrib di masjid ipoh tanah merah.
sampai penang jam 12 am. makan dulu di restoran pelita. makan sup kambing. pekat dan sedap. check in pearl view, seberang jaya.
sabtu. roadshow utara. penuh. lebih 400 peserta. nak belajar. nak ilmu. nak berjaya. nak kaya. lihat gambar.
dari kelantan pun ada. konvoi lepas jumaat. cdm faridah bertolak awal. cdm wan suryani pun ikut. padahal ahad nak kerja. semangat nak kaya punya pasal. ada seorang tu, semangat datang semasa pelancaran akademi taipan kelantan. terus buat keputusan ke penang.
warga taipan kl pun ramai yang turun. semangat punya pasal. ada yang jam 12am bertolak. ada yang jam3am bertolak. sampai sana terus ikuti roadshow. tak tidur. tak ngantuk. semangat membara. nak kutip ilmu. nak kaya.
jam 6.30 pm habis. makan mee udang sungai 2 dulu. jam 9 baru bertolak ke KL. jam 11.45pm sampai rumah. cdm ina tumpang balik.
ahad ada kelas di usj. orang pun ramai juga.cdm ramai tak ada. masih kat penang. alang-alang ke sana. demo dulu. cdm ada dah tak nak meniaga. rugi. ada pilihan lebih baik lagi. terserah. tak ada paksaan dalam meniaga ini. nak, buat. tak nak, tak ada yang marah. pikir masak-masak sebelum buat sesuatu keputusan. sesal kemudian dah tak guna.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan