Terima kasih kerana sabar menunggu sambungan catatan ini. Bahasanya pun tak berapa elok tapi cukup untuk anda nak berjaya. Cukup untuk bakar semangat juang. Cukup sebagai panduan nak lama berniaga. Cukup nak dapat sikit ilmu nak lawan kemalasan diri. Cukup untuk tolak tepi pikiran-pikiran negatif. Kami sendiri pun tambah semangat setiap kali habis mencatat. Maklumlah kami dulu dapat bacanya. Sebab itulah semangat sentiasa naik. Semangat sentiasa maksimum. Semangat sentiasa......
Kenapa tak jadi. Kenapa susah nak jadi, tak seperti awal-awal masuk dulu. Sebenarnya dah lama dok pendam nak tulis pasal benda ni. Semakin lama semakin ramai yang dok tanya. Kenapa terjadi? Kenapa tak jadi?
Sebenarnya bergantung kepada individu tersebut. Selalu je dok rasa negatif. Selalu dok pikir benda-benda negatif. Suka baca cite-cite negatif. Mimpi pun hal-hal negatif. Cakap dengan diri sendiri pun negatif.
Kenapa terjadi? Cuba renung seketika. Pejam mata. Ingat semula. Apa yang kita buat dulu, kini dah tak buat lagi. Apa amalan yang kita buat dulu, kini dah tak buat lagi. cuba ingat semula. Adakah;
- Dulu kita ternanti-nanti nak pergi kelas, tapi kini dah menyampah nak datang kelas. Asyik,asyik kelas.
- Dulu setiap kali lepas kelas, tak lena tidur. Ternanti-nanti nak jumpa prospek. Kini asyik terlena je. Gi kelas pun tak rasa apa-apa pun. Sama je gi dan tak gi kelas.
- Dulu datang kelas kerana nak ilmu berniaga, tapi kini datang kelas pun malu pada upline je.
- Dulu nak datang kelas, kerah, sms habis-habisan pada rakan kongsi. Kini tak buat lagi. kot-kot dline nak datang, kita terpaksa gi kelas.
- Dulu pagi-pagi dah call upline, dapat suntikan semangat tapi kini tak lagi. Malah tengok dengar suara upline dah nak termuntah.
- Dulu solat awal waktu, kini dah nak habis baru solat.
- Dulu doa penuh tertib kini dah tak buat, kalau buat pun asal buat.
- Dulu hormat, ikut cakap upline/idola upline/sayang upline kini dah tak lagi, menyumpah je upline. Padahal upline tak buat salah pun pada kita.
- Dulu sehari tak jumpa upline dah rindu sangat-sangat, kini kalau boleh tak ada upline lagi baik. Upline belum panggil dah datang, kini ada apa lagi nak jumpa niii. menyampah.
- Dulu mentornya si A, kini dah ada mentor B.
- Masa awal-awal dulu selalu sedeqah, sekarang dah kurang.
- Dulu kelas jauh pun terasa dekat, kini kelas depan rumah pun tak sampai.
- Dulu sebelum keluar berniaga, suruh pasangan dan anak-anak doa untuk kita, kini dah tak lagi, dah mahir, dah pandai dan dah banyak tahu.
- Dulu selalu minta ibubapa doa kejayaan kita, kini dah jarang-jarang.
- Dulu sms pada dline, kini tak buat lagi.
- dulu datang kelas bersama dengan prospek, kini datang kelas sorang diri je.
- dulu setiap hari/bulan/tahun ada target, kini dah tak ada lagi.
- dulu amat yakin boleh capai impian melalui taipan, kini dah hilang keyakinan pada diri.
- dulu yakin pada diri sendiri, kini keyakinan itu dah hilang.
- dulu minat pada meniaga, kini minat dah hilang.
- dulu tanpa kereta pun boleh closing, kini kereta dah tunjuk pun tak jadi-jadi. masa belum ada kereta, cite MP sungguh-sungguh, kini biasa-biasa je. bukti dah ada.
Salam kpd semua...Setuju juga dengan fakta tersebut, semuanya adalah kerana punca daripada diri sendiri..Tapi bagaimana kisahnya klu dapat upline mcm pisang goreng. Mula2 je panas, lama2 jadi sejuk..Dulu masa nak ajak join, rajin push up kita downline, rajin hantar sms apa2 info berkaitan program Taipan....tapi lama2 upline plak tiba2 senyap seketika...tiada lagi sms, tiada lagi tanya pesal prospek...tiada lg khabar berita...Jika ini berlaku,tinggallah downline yg masih baru dlm bisnes terkapai2, tak close2....modal dah puluhan ribu dah kluar...Pilih Syarikat di landasan betul dah,tapi tersilap pilih upline...upline yg mcm pisang goreng panas....beruntunglah dwline dpat upline yg betul2 komited dan bertanggungjwb kpd org bawah....Tahniah kpd anda...Hai O My Choice For Life......
BalasPadamtak apa. akademi taipan ada. guna sepenuhnya ruang-ruang yang ada. kami di akademi taipan sedia membantu.
BalasPadam