Jom Follow

Isnin, 26 Julai 2010

Anugerah SM&SSM pada 25/7/2010(ahad)

Salam. Salam 1Malaysia. Salam kemenangan. Salam pemenang. Salam jutawan.

Majlis Anugerah SM&SSM semalam yang diadakan di Menara PGRM, Cheras, berlangsung dengan meriahnya dengan kehadiran Warga Hai-O melebihi 3000 orang. Pelajar Akademi Taipan pun tak kurang ramai. Hampir 1000 orang. Datang dari seluruh Lembah Kelang. Ada juga dari luar Lembah Kelang, seperti Melaka, N9, Penang, Kedah, Perak, Pahang, Sarawak dan Sabah. Datang untuk menyokong Akademi Taipan dan menyuntik semangat juang masing-masing. Disamping itu juga, ambil peluang berguru dengan mentor masing-masing. ada yang sampai KL sehari awal, hadiri kelas dan bertemu cdm-cdm untuk dapatkan tips nak berjaya dan kaya..


Majlis tersebut, sekali lagi akademi menampilkan speaker terhebatnya. CDM Indawati. Kecik molek tapi ngaumannya semalam menenggelamkan speaker-speake lain. Bagaikan dipukau oleh ucapannya. Ramai yang tak percaya, dia boleh bercakap sehebat itu. Pada majlis Akademi Taipan, biasa-biasa je ucapannya. Semalam bagaikan dibantu semangat luar. Tapi apa-apa pun tahniah dari kami, warga Taipan semua.Kami yakin Warga Taipan yang datang amat berbangga berada di bawah bimbingan Akademi Taipan. Tenaga pengajarnya berpengalaman dan berilmu serta merendah diri.

cdm indawati; sempat lagi memandang kamera, sebelum bagi talk semalam.


Ucapannya menyentuh perasaan, siapa yang mendengar dengan hati. Ada yang teruja, memulakan usaha diawal 20an, ketika rakan-rakan sebaya masih tak keruan. cdm dah memulakan langkah pertama menjadi jutawan, dengan menyertai Hai-o. Bukan senang nak yakinkan prospek pada peluang yang dibawanya. Bawa impian dan harapan. Tak ada bukti nak tunjuk masa itu. Bergerak dengan bas, teksi dan komuter sahaja. berkat usaha, doa dan kerja kuatnya. CDM jadi dakapannya setelah 2 tahun berjuang dan berada di bawah bimbingan Akademi Taipan serta sentuhan dari uplinenya. Mampu memandu kereta mercedes dan memiliki rumah di kawasan idaman ramai.  Bersuami yang memahami dan berjuang bersama-sama dalam meniaga ini.

Walaupun sebagai speaker k3, kemeriahan warga Taipan menyanyi 'pikirkan boleh'. Inilah saat yang dinantikan oleh setiap warga Taipan. Naik pentas dan menyanyi lagu 'pikirkan boleh' sekuat tenaga. Ada yang serak suara lepas itu.
Pasangan Ideal; berjuang dan berjaya bersama-sama. tak ada yang mudah, tapi semuanya dilalui dengan penuh ketabahan dan kesyukuran.

go go go taipan

Go go Taipan. go go go Taipan.

bagaikan hidup kembali semangat warga Taipan. dah lama tak ada majlis syarikat. yang lama tak nampak muka, muncul kembali. semangat hidup kembali. tambahan syarikat telah dapat lesen 5 tahun. kerja,kerja, kerja. jangan pikir lain.

bertemu di puncak kejayaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger