Jom Follow

Rabu, 21 Julai 2010

kutu


masa aku balik kampung minggu lepas. ada jiran aku. datang rumah. bayar duit kutu. rm 50. mak aku jadi ibu kutu.sempat aku tanya.
"berapa orang main?"
"30 orang"
terkejut aku. 2 tahun setengah baru habis. lambatnya dapat.
" itulah simpanan mereka"
"dah banyak tu"
tirulah mereka. menabung. hanya rm50 sebulan. lain-lain simpanan pun aku yakin ada. tapi sikit-sikit. main kutu dapat banyak sekali gus.

siapa dapat. undi setiap bulan. berkumpul sambil minum teh cicah biskut. tak semua datang. wakilkan pada yang datang je untuk cabut undi bagi pihak mereka. nasib baik dapat. nasib tak baik tunggu bulan depan pulak.

ada juga yang mintak. tak nak undi. nak pakai duit. nak kenduri. anak nak gi belajar U. terpulang pada suara ramai. biasa dapat. kalau 2,3 orang yang mintak. pandai-pandai ibu kutulah yang ejasnya.

anak kutu pun pilih-pilih juga. tak semua orang boleh main kutu. jenis liat nak bayar, alamak tak leh main. musim hujan, kadang-kadang tangguh dulu. ikut suara ramai. ada yang main sampai 3 nama.

sekolah aku dulu pun ada main kutu. dapat boleh bayar duit roadtax kereta. kadang-kadang aku kena main sampai 3 nama.nak cukupkan orang. tak apa, boleh bantu anak kutu dapat lebih sikit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger