Jom Follow

Rabu, 14 Julai 2010

Rabu1.

Kami jemput hari ini dengan doa, agar perjalanan meniaga kami terus menjadi-jadi dan tak ada halangan yang tak mampu kami hadapi. Kami mulai hari dengan penuh keceriaan. Mulai hari ini dengan penuh semangat. Mulai hari ini dengan membayangkan kami telah capai semua impain-impian kami sekeluarga. Alangkah indahnya.

Semalamkan kelas. Datang kelas, esoknya pasti berkobar-kobar. Tak sabar nak berbagi semangat dengan rakan kongsi dan berkongsi peluang dengan sesiapa sahaja yang kami jumpa. jumpa dengan sengaja tau tak sengaja. Sebelum tidur, selalu pikir/khayal alangkah bagusnya kalau esoknya ada appt.

siapa yang liat datang kelas. meniaganya pun liat, susah nak kembang dan lambat stabil. Datang kelas bila apa prospek. datang kelas bila dline bawa prospek. datang kelas bila ada acara-acara besar je. datang kelas untuk bangkitkan semangat. bila semangat memuncak, baru prospek akan datang. baru dline akan bawa prospek. ingat dalam MLM, semangat dulu, baru meniaga datang. semangat tak ada, meniaga suram. kelam.

Datang kelas pun jarang, tak pelik meniaga semput-semput je. "datang kelas pun tak besar meniaga juga" ada juga yang cakap begini. kalau datang kelas, meniaga semput, bagaimana pulak yang jarang-jarang datang. dahlah semput, tersungkur barangkali. tergolek pun boleh jadi.

Alasan gi jumpa prospek,sebab tu tak datang kelas. seboleh mungkin ajak prospek datang kelas, tengok sendiri kehebatan meniaga MLM. Biar suasana yang closingkan untuk kita. kalau prospek tak nak, buat appt hari lain. datang kelas dulu.

ada juga kelas ni musuh mereka. Subhanallah. benci sangat dengan kelas. sabar. mungkin anda ada tak puas hati dengan sape-sape kot.

Jam 8.30am dah jumpa prospek di BBB. Syukur, permulaan hari dengan positif. Berbagi peluang ubah kehidupan dengan orang lain. Mereka juga seperti kita, nak ubah kehidupan menjadi lebih baik lagi. Semua orang suka pada perubahan ekonomi. tak ada yang tak nak. percayalah. orang yang tak nak mungkin, dia dah ada pengalaman pahit dengan MLM atau MP kita tak berapa nak mantap.

Pengalaman pahit MLM ni pun 1 hal juga. kena tipu dengan pelaburan bukan MLM. masuk dan duduk saje dapat duit bulan demi bulan. Mana ada, macam tu. Ada penipuan je tu. Kadang syarikat MLM ok, tapi pengedar yang buat hal. buat dajal. buat tahi. buat tipu. Syarikat yang kena, padahal individu yang salah.

Seperti dalam harian metro. Dok ke kesian. Berhati-hati dengan peluang yang datang. Tanya dulu orang yang arif. Syarikat kukuh ke tak kukuh. Ke mulut je cakap kukuh. Dah berapa lama wujud.
jangan percaya mitos ' syarikat yang baru baru boleh kaya'. percaya pada mitos inilah ramai yang terlopong. duit hangus begitu saja. sesal pun tak guna. sepatutnya kalau nak buat MLM. pilih yang lama wujud, ada sistem dan ramai yang dah berjaya. bukan kita awal je yang akan berjaya. masuk dulu, nak kaya dulu. MLM masuk bila tak penting, usaha dan sistem paling penting.
bertemu anda di puncak kejayaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger