Jom Follow

Khamis, 1 Julai 2010

kenapa pilih MLM?



kenapa buat MLM?
nak bantu diri sendiri buat duit. nak dapat duit lebih. nak beli rumah yang lebih luas dan selesa, keta boleh masuk dalam. nak buat kenduri senang. nak beli keta baru dan lebih selesa untuk anak-anak balik kampung atau gi jalan-jalan. anak-anak boleh gi tuisyen. anak-anak masuk U, tak payah guna loan PTPTN. kenduri-kendara anak tak payah wat loan. anak nak berniaga, boleh bagi modal. nak bagi duit pada orang tua lebih lagi. rm 500 sebulan. nak hantar orang tua ke mekah. kalau boleh nak gi jalan-jalan tengok tempat orang. nak bantu orang lain sama. buat apa yang kita buat.bagi jenis duit tak jadi masalah, lain pulak. buat MLM, nak dapat kebebasan masa. orang buat MLM, pendapatannya 5,6 angka. senang je hidupnya. tak ada opis, tak payah gi opis, tak terikat dengan siapa-siapa. hanya terikat dengan impian je. tak payah tumbuk rusuk nak dapatkan projek. banyak yang senang.

tapi ramai yang tak paham. ingatkan MLM seperti skim cepat kaya. hari ini masuk, dok 2,3 hari dah kaya, atau dok goyang kaki dapat duit tiap-tiap bulan. kadang-kadang ada yang kita jumpa, duit aku tak ada masalah. aku bagi duit kau yang running untuk aku. duit tak tumbuh diumbi pokok. duit tak berterbangan di udara. duit tak ada kaki datang menyembah kita. usaha,usaha, terus usaha. MLM pun sama dengan meniaga lain juga. kena buat, kena usaha, kena tekun, kena rajin, kena sabar, kena,kena..... MLM boleh bina pasif income, bila group dah stabil dan kukuh. nak bagi kukuh, kita kena buat betul-betul. kena ada ilmu baru boleh jadi. ilmu kena cari dan sentiasa kena tambah. kalau meniaga kita lama dok statik, cuba tambah ilmu dan guna ilmu baru. pasti akan ada peningkatan. sekarang dah banyak seminar-seminar yang boleh kita ikuti untuk tambah ilmu dan semangat. ajak ramai-ramai rakan kongsi ikuti seminar seumpamanya

ada juga yang tak paham, buat mlm ni proses transisi dari makan gaji kepada pemilik bisness. dari pekerja menjadi bos. dari pekerja jadi tokey sendiri. dulu buat sesuatu ikut arahan. deadline bos yang tentukan. segala perancangan syarikat bos yang buat. siapa kena gi kursus bos yang pilih. kursus apa, bos yang tentukan. kita gi je. nak cuti, mintak dengan bos. nak keluar, bos yang lulus dulu. salah bos yang tanggung. rugi bos yang pikul.
bila wat MLM. dah jadi bos. dah jadi tokey. kena ubah cara berfikir. kena unbah cara bertindak. tak boleh macam dulu. kena bertanggungjawab sendiri, pada diri dan rakan kongsi. kena buat pilihan sendiri. kan dah jadi bos. berapa bonus yang mahu? nak gi kelas ke tak. seramai mana nak jumpa prospek. nak ikuti seminar group atau seminar oleh pakar luar atau tak nak gi mana-mana seminar. nak ada mentor atau tak. siapa mentor kita. strategi mana nak buat.segalanya kena t/jawab sendiri. bonus besar atas diri sendiri. bonus kecil pun atas diri sendiri. group hidup, atas diri sendiri. group mati pun atas diri sendiri. group stabil dan mantap, atas diri sendiri.tak boleh salahkan pada orang lain. kita dah bos. mana ada bos salahkan anak buah atas kegagalan kita. tak boleh salahkan upline, sideline, dline dan group.

join MLM, kita bawa sikap kita bersama, samaada positif dan negatif. diri sendiri yang tahu. saya tak tahu sikap tersebut. sikap positif, teruskan dan suburkan lagi. sifat negatif ni kena kurangkan sedikit demi sedikit. kalau boleh jangan ada.

seperti cepat marah; marah pada rakan kongsi, kalau prospek tak nak. mulalah keluar kata-kata yang tak sepatutnya. kena sabar dan follow up. mungkin 2,3 minggu lepas tu. ada yang join selepas 1 tahun. kalau kita dah sembur, tak mungkin kita boleh follow up lagi. ada sesetengah prospek , kena jumpa 2,3 kali. malah ada yang 7 kali baru setuju nak join. itu pada prospek baru. kalau rakan kongsi sekali pun jangan marah. kalau tegur nak membina meniaga mungkin dibolehkan.
muka temper. masalah kat rumah dibawa dalam meniaga. masalah kat pejabat bawa dalam meniaga. nak meniaga besar kena ceria dan mood sentiasa bagus. masalah lain letak tepi dulu. dah siap meniaga, kelas, jumpa prospek, ambil balik muka temper tu.
mudah merajuk dan main hati, pecah hati. upline salah cakap dah sakit hati. upline tak puji kita dah merajuk. kekadang upline lambat tegur/salam dah merajuk. sms tak sampai dah merajuk. upline lebihkan orang lain dah merajuk. upline lambat angkat call pun merajuk. kena pilih nak meniaga besar ke nak merajuk. tak ada manusia yang sempurna. tak ada orang yang sengaja buat kita susah.

susah tunai janji. nak gi demo, tapi last minit tak jadi. nak jumpa rakan kongsi, tiba-tiba tak jadi. banyak sangat janjinya. sedikit je yang mampu ditunaikan. ini pun tak boleh berlaku dalam mlm. kalau terjadi, rakan kongsi tak lama berniaga dengan kita. lama-lama tak meniaga. janji nak tolong jual barang. janji nak tolong cucuk orang.
tak jujur. pasal duit muit. pakai duit tt. tak punch. tak punch penuh. punch lewat. berhutang tak bayar. pinjam sales dulu. ambil prospek rakan kongsi. ada juga kes, upline gi demo, tapi tak close. dok 2,3 minggu lepas tu upline follow up semula dan prospek tu setuju nak masuk. upline yang sapu. mana boleh macam ini. kalau ikut betul, setahun lepas tu pun upline tak boleh ambil prospek tu. ada juga upline mintak prospek dari dline. kalau gi jauh prospek pun kena bagi sikit kat upline. jangan taja, taja, tinggal.

terlalu berkira dengan rakan kongsi. tak pernah belanja makan. duit tol pun kira. duit minyak pun kira. bill telefon pun kira. susah nakk berjaya kalau macam ni. kalau berjaya pun tak lama. duit masuk banyak sementara je, lepas tu hilang.

kalau nak bertahan lama meniaga MLM,kita sama-sama perbaiki sikap negatif. bertahan di sini bermaksud, dline boleh kerjasama dengan kita lebih lama serta suka dengan kita. group kukuh dan stabil, cari prospek pun tak seperti awal-awal kita masuk. kalau tidak setiap bulan mesti cari prospek. dalam MLM dline ikut kita pun kalau dia suka dengan kita. kalau dia tak suka, kita tak boleh paksa. tak pelik sesetengah leader, mula-mula join ramai rakan kongsi datang kelas, lama-lama tak ada orang. bila orang dah tahu perangai sebenarnya. sentiasa cari yang baru. baru datang, lama pergi. meniaga statik.

bertemu anda di puncak kejayaan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger