Jom Follow

Rabu, 21 Julai 2010

makan gaji

esok gaji bagi kakitangan kerajaan dan badan berkanun. syukur. gaji masuk, seronok. suka. dapat berbelanja. shooping barang dapur. beli-beli barang basah. bayar segala bill. bayar rumah. bayar sewa rumah. bayar kutu, bayar kereta, bayar kad kredit dan bermacam-macam lagi bayar. bila gaji masuk. tengoklah pasaraya ramai, kfc ramai, pizza hut ramai, kedai-kedai tom yam ramai, tengok wayang ramai.

kena ubah pemikiran. bukan gaji kasar tapi gaji bersih? ini paling penting. masuk berapa tak kira, baki setelah belanja itu paling penting. cuba betul-betul kira. berapa gaji tersisa sebenarnya? jangan main agak-agak. biar tepat.

berapa kita boleh menyimpan sebulan. mesti ada. gunanya bila kes-kes kecemasan. ada kajian sekurang-kurangnya 6 bulan tanpa kerja kita masih boleh hidup seperti hari ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger