Jom Follow

Sabtu, 17 Julai 2010

minyak naik lagi2


masih lagi pasal minyak dan gula. perubahan mesti kita pandang dari sudut positif. kita boleh marah, tak setuju. apa kita boleh dapat. tapi perubahan tetap berlaku. samaada kita suka atau tak suka. minyak naik, barang-barang lain turut naik. mungkin 2,3 hari ni kerajaan akan pantau dan tak ada kenaikan barangan lain. pengalaman dah terbukti. naik juga akhirnya. kita yang akan tanggung juga.

habis kita nak buat apa. gaji memang dah tak bertambah. pendapatan bagaimana pulak? adakah akan turun, naik dan statik. terpulang pada individu. kalau ada peluang tambah pendapatan tak salah. carilah peluang tambah pendapatan. kerja part time ke. meniaga apa-apa yang boleh. tak cukup dengan gaji yang dapat.

yang dah dapat peluang. sayangilah peluang. buatlah dengan penuh integriti.buatlah sungguh-sungguh. jangan bertangguh lagi. bonus mesti tambah, mulai bulan ini. tak payah dok merungut kos sara hidup naik. kita tambah pendapatan masuk je. Insyaalah, selesai masalah tersebut.

kena proaktif. buat perubahan gerak kerja. susun semula strategi. tambah masa bersama hai-o. kurangkan masa rehat tu. tambah ilmu lagi. tambah lagi senarai nama. tambah prospek stranger. jumpa lebih ramai prospek. kena lebih berani. jangan dok malu-malu lagi.

doa pun kena lebih kerap lagi. kena lebih kusyuk lagi. lebih serius lagi. kena lebih yakin pada diri. kerap berguru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger