Jom Follow

Jumaat, 23 Julai 2010

sahabat1

sekadar nak cite. kot-kot boleh jadi panduan untuk kita semua. selasa lepas, lepas kelas, sempat sembang dengan warga Taipan. dah berhenti kerja. 

sempat aku tanya dia. meniaga ok tak lepas full time. dia kata ok. hari-hari ada demo. hari-hari jumpa prospek. hari-hari penuh appt. syukur. semangatnya kuat. semangatnya semakin berkobar-kobar. itu yang sanggup datang dari Melaka.

Wifenya tak kerja. inilah mata pencariannya sekarang. inilah kerjayanya hari ini. dah tak boleh undur belakang lagi. mesti jalan terus.

setengah orang, bulan pertama je ramai prospek. bulan ke2 dah tak tahu nak gi mana. sesal pun datang. menyesal berhenti. ingat tak ada siapa yang suruh anda berhenti. pilihan diri sendiri. nak buat full time, mesti ada sekurang-kurangnya 6 bulan saving. boleh bertahan dan sanggup bertahan.

jangan lihat orang buat sepenuh masa, kita pun nak. tapi kita tak ada kesanggupan untuk ganda kerja. tak ada kesanggupan untuk kerja 10-15 jam sehari.

sahabat kita ni dah lalui zaman senang dan zaman susah. pernah tak dapat bonus 2,3 bulan. jadi dah ada pengalaman. ada orang berhenti kerja, meniaga baru 2,3 bulan. masa tu, bonus besar dan tak pernah merasa tak dapat bonus. bila full time je, baru kena tak dapat bonus. kalau mental tak kuat, bikin kepala pening.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger