Jom Follow

Selasa, 6 Julai 2010

CDM KARTINI


040 (2), originally uploaded by kartinimatyaakob.
CDM Kartini bersama Majalah Jutawan terbaru. Setiap bulan kami mesti beli dan baca serta bertindak. Boleh dapat ilmu dan inspirasi kejayaan dari usahawan berjaya. Kejayaan bukan kebetulan. Kejayaan perlu usaha, usaha dan terus usaha. Usaha sampai jadi dan terus usaha lagi. Usaha tanpa penat. Usaha tanpa henti.

halangan/cabaran adalah perkara biasa dalam meniaga. Tak boleh tidak. Bagaimana kita hadapinya paling penting. Kisah terbaru tu, bagaimana Datuk Maznah, membina empayarnya. Bukan 2,3 hari. Bukan 2,3 minggu, bukan 2,3 tahun. Malah lebih dari 10 tahun. Ada berani.

Malah impiannya lahir sejak kecil lagi. Nak ubah kehidupan. Nak hidup seperti yang diimpikan. Bukan berserah pada nasib sahaja.

Keberanian bertindak adalah kunci kejayaan dalam perniagaan. Ramai antara kita takut nak bertindak. Malah nak berimpian pun takut. Padahal ianya percuma dan dalam minda sahaja. Bila takut mulalah datang penyakit bertangguh/ tunggu dulu/ekonomi tak stabil/anak kecil lagi, sibuk.

Dalam dunia MLM. Apakah cabaran sebenar yang sentiasa kita hadapi, penolakan sahaja. Ini hari-hari kita jumpa. Dah biasa sangat. Tak payah kisah dengan penolakan. Tak perlu bermuram durjana dek penolakan yang kita temui. Bukan kita saja yang jumpa. Malah semua yang terlibat dengan sales. Otai dan Taiko pun jumpa. Sama macam kita juga. Kita tak rugi apa pun. Tapi kita mesti belajar, kenapa prospek tak nak? Kenapa prospek tak jadi masuk? Belajar dan belajar. Mungkin silap semasa bentang MP. Mungkin salah cakap dengan prospek. Mungkin salah cara follow up. Bila dah banyak kali kena. Skill dah ada kita boleh berniaga dengan mudah. Mudah bukan bererti dah tak ada lagi penolakan. Sebenarnya penolakan tetap ada. Penolakan tetap wujud. Selagi kita berkongsi peluang dengan orang lain.

Pernahkah kita dengar orang tua-tua cakap/buat. Bangun pagi-pagi rezeki murah/senang dapat. Pagi-pagi lagi mereka dah bukak semua tingkap. Kenapa? Rezeki senang masuk. Itulah pemikiran positif yang mereka ada. Mereka dah ajar secara tak langsung. Cuma kita ambil atau tidak.

Nak berjaya ubah pemikiran/ubah cakap dan ubah tindakan. Buanglah cakap-cakap negatif. Kita cakap benda/perkara/hal-hal positif je. Nanti benda tersebut akan tertarik kepada kita.

Nak hidup senang. Nak dapat banyak duit. Ini yang kita nak tapi kita dok sebut . 'susahnya nak hidup'.'payahnya nak cari duit.'

Sebut/cakap apa yang kita nak dan jangan sebut/cakap apa yang kita tak nak. ubah cara cakap/ ubah cara lihat sesuatu. Bangun pagi terus kata pada diri.
'aku hebat.
'aku boleh'.
'aku pasti berjaya.'
'ramainya prospek yang sedang menanti.'
'hari aku jumpa dengan stranger dan nak join.'
Banyak lagi kata-kata positif yang boleh kita pakai., yang boleh kita sebut, yang boleh kita war-warkan. Cakap positif sebenarnya kita letak diri kita di tempat yang tinggi. Kita hargai diri kita. Kita suka diri kita. Kita sayang diri kita.

Ayoh warga Taipan 181. kita berpindah ke planet jutawan. Bukan omong kosong. Datanglah malam ini kita usaha bersama. Kita bergerak bersama. Kita berganding bahu. Kita melangkah bersama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger