Jom Follow

Khamis, 8 Julai 2010

hari ini2

dah settle semua kerja hari ini. setiap hari mesti meniaga. tak boleh berhenti buat. kalau rehat lebih banyak dari bekerja, kita menuju kehancuran. walau dah jadi cdm hampir 7 tahun tapi masih bersemangat buat kerja. tak ada niat nak berhenti pun. berehat pun tak ada niat. lebih-lebih lagi kalau kita masih baru. mesti buat,buat dan buat. cepat belajar dan buat sendiri dan tak payah lagi tunggu upline setiap kali jumpa prospek. action setiap hari. seboleh mungkin capai matlamat harian. bila target harian capai, dengan sendirinya target minggu capai. bila target mingguan capai, target bulanan pun akan capai. bila target bulanan capai, target tahunan pun akan capai. mudah bukan. hari-hari mesti bertindak, baru boleh capai target tahunan kita. jangan jemu bertindak. jemu kalau tak jumpa prospek.

roadshow Kuala Selangor

hari ini ada 2 appt. setakat ini 2,2 positif. berminat dan MP yang praktikal. mudah dan boleh buat walaupun masih kerja. pelanggannya tak perlu terlalu ramai. sistem latihannya nampak berkesan dan disokong dengan foto-foto terbaru. sambutan hangat setiap kali Taipan buat kelas. sistem latihan dan bimbingan berterusan oleh leader-leader taipan. dari pelbagai pendidikan. berbagai pengalaman. gandingan leader baru dan lama.

Majlis pelancaran Akademik Taipan 181


petang. balik rehat-rehat. lepas tu jumpa dengan beberapa leader. bincang beberapa hal berkaitan dengan group. nak berniaga besar mesti beri komitmen 100% . tak boleh main-main. fokus 100% pada meniaga ini. hilang fokus, meniaga menurun. income pun berkurang. hilang fokus, kerja pun banyak bertangguh.
Roadshow Miri, Sarawak

malam pun keluar minum-minum. dok mikir pasal meniaga. mikir pasal nak mantapkan group. nak besarkan balance group. banyak lagi yang nak pikir. banyak pikir, otak tak serabut. tenang je. rahsianya setiap hari baca al-quran. ini mesti baca. tak kira. pagi ,tengahhari, petang atau malam. kalau boleh 1 juzuk sehari. tak dapat beberapa mukan surat pun tak apa. janji baca. al-quran ni tengok pun dah dapat pahala. satu lagi c
ara nak tenang dan mudah berfikir. makan spirulina. banyak-banyak. otak akan aktif. warga taipan, gunalah produk hai-o. setiap hari saya makan 20-30 biji.

Roadshow Melaka.

sekarang ni dok tunggu bola. siapa menang tak penting, janji perlawanan cantik dan menyeronokkan. berbaloi-baloi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger