Jom Follow

Jumaat, 23 Julai 2010

Prospek1


Salam. Salam 1Malaysia.
Hari jumaat. Penghulu segala hari. Hari penuh keberkataan. Hari cuti bagi Negeri Kelantan, Terenganu dan Kedah.

 
Di Starbucks Coffee, amcorp. Cari TT. Ramainya TT. Nak lama meniaga mesti kreatif cari prospek dan senarai nama sentiasa bertambah. Rajin-rajin gi tempat tumpuan ramai. kalau kat giant ke, sambil-sambil nak bayar tu, tegur-tegurlah orang sebelah. mana tahu, boleh jadi prospek. Tak jadi prospek terus, jadikan kawan dulu. Mana tahu 4,5 bulan jadi prospek. prospek adalah percuma.

hari ini, kebanyakan mall pasti ramai orang. Rehat lebih panjang. Ada kesempatan pergilah mana-mana mall. Lihat ramainya prospek. Cuma perlu berani je. Berani buka mulut. Jangan malu. Mesti berani kalau mahu jadi kaya. Kena berani kalau mahu berjaya. Mesti berani kalau mahu pencen awal. Tak ada orang berjaya kalau penakut.

Kakitangan awam baru gaji. Lagi ramai yang keluar jalan-jalan. Terutamanya Alamanda. Jom. Jangan lepaskan peluang ini. Doa agar hari ini mudah dapat prospek. Doa agar prospek hari ini akan masuk. Doa agar hari ini, bukan setakat masuk tapi dengan pakej yang lebih besar.

Bagi lelaki pulak. ke masjid. berani-beranikan diri, berbasa-basi dengan ahli jumaat. kenal-mengenal. mana tahu, boleh jadi prospek suatu hari nanti. bawa flyers banyak-banyak. bagi pada stranger yang kita jumpai. kalau boleh gi awal sikit. itu pun kalau full time.

Senarai nama mesti bertambah. kalau dapat no tepon stranger tu, simpan elok-elok. Pengalaman kami, kadang-kadang hilang atau pun tak tahu siapa punya no tepon. kena tulis nama bersama dengan kerja ke, nama dan tempat jumpa ke. Lebih senang lagi letakkan P depan nama stranger tu. P mewakili prospek. conhoh P Azlan Mas. P prospek, azlan -nama dan Mas- kerja. Lebih mudah ingat. Senang nak cari. Kalau tak pening dok meningatkan no tepon siapa dalam phonbook tu. Kalau anda cara lain, buatlah cara tu. ini sebagai contoh je. dapat no tepon, jangan pulak tunggu setahun baru nak call. dia pun dah tak ingat kita. 2,3 hari call, sembang biasa-biasa je dulu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger