hari yang kami lalui semalam sungguh indah dan ceria. penuh semangat dan teruja lepas tengok ramainya warga taipan hadiri kelas di usj taipan. semangat cdm-cdm hebat yang datang semalam juga membakar semangat kami. perjuangan belum selesai dan mesti bertindak segera. jangan dok tangguh lagi. kejayaan semakin dekat untuk kita semua. kejayaan tak akan datang kepada kita, sebaliknya kitalah mesti bergerak kearahnya.
dalam meniti meniaga kita. semakin banyak serangan yang datang. bertubi-tubi tanpa henti. lepas satu, satu datang. datang dari kiri, datang dari kanan, datang dari atas, datang dari bawah. datang dari dalam dan datang dari luar. cabaran datang dari dalam, cabaran paling sukar nak lepas. alasan, alasan, alasan, alasan.
apa pun serangan yang datang, janji kita kuat. setiap kali rasa down. ingat balik kenapa kita buat meniaga ini. kenapa mesti jelas. kenapa buat mlm? kena jelas. kena kuat. bila jelas kenapa baru datang bagaimana.
orang yang berhenti bila 'kenapa' tak jelas dan rasa dah tak boleh capai apa yang mereka impikan. berheti atau tukar kenderaan lain. cari yang lebih laju dan boleh lalui mana-mana jalan. apa kenderaan kita pakai, cara pemanduan lagi penting. laju tak semestinya cepat sampai. kadang-kadang lebih lewat dari yang biasa-biasa. jangan berhenti je, sampailah kita ke destinasi.
kita dah pilih untuk buat projek mesra rakyat, orang akan kondem;
1- projek kecil, dapat pun kecil- kecil besar adalah jumlah. nak dapat lebih kena rajin dan buat berterusan.
2- kena cari/sharing ramai orang- ikut mp hai-o, kita mesti lengkap 6 kaki baru dapat SEMUA bonus yang ditawarkan oleh syarikat. buat besar atau kecil mesti lengkap 6 kaki baru dapat semua. kalau buat besar, cari 4 je. itu tak boleh pakai. nanti susah naik pangkat. nanti banyak sama level. bonus tak besar.
3- buat kecil lambat berjaya- buat jangan berhenti je. buat besar tak semetinya cepat berjaya. berapa ramai yang dah tak buat, koma dan mati terus.
kita boleh pakai ini. kalau ada orang yang main ayat-ayat tersebut untuk potong kita punya prospek. meniaga ikut strategi sendiri dan tak payah dok kondem strategi orang lain. cite je kehebatan kita dan jangan dok buruk strategi orang lain.
ini janji yang biasa kita dengar;
1- masuk dengan aku/ masuk group kami- orang kami akan cucuk. mana ada orang buat gitu. itu tipu nak tarik orang masuk je. berapa ramai dia nak cucuk orang. kalau cucuk pun yang tak aktif tu buat apa. atau dia kata " tak ada orang nak masuk". ingatlah tak ada orang yang buat kerja macam tu.....
2- barang kami tolong jual. Ini pun tak boleh percaya. dah ramai yang tertipu dengan janji sebegini. kita masuk, barang tu kita jual sendiri. lagi senang dan mudah. BA tu tawarkan pada kawan-kawan je. mesti ada yang nak. kalau tak buka mulut memanglah tak ada orang nak.
2 janji ni biasa berlaku dalam mana-mana mlm. jangan percaya ini. kalau cucuk pun seorang je. lain-lain tu kena cari sendiri jugak. itu pun nak tunai janji.
pada pencari peluang. kalau dah pilih syarikat. kena tengok sistem latihan. ada sistem bimbingan. ada ke tak ada. kalau ada, buat berterusan atau tidak. nak berjaya kena ada sistem yang mantap.
bertemu anda di puncak kejayaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan