Jom Follow

Jumaat, 9 Julai 2010

hari Jumaat2

hari ini solat jumaat di masjid sri petaling. khutbah hari ini, cite pasal kepentingannya solat. di akhirat kelak akan dihisab awal sekali. kalau ok, solat maka amalan yang lain akan ok. umat islam hari ini ramai yang memandang mudah pasal solat. susah sikit tinggal. terutamanya solat subuh. kita yang meniaga MLM, selalu tidur lewat malam. selewat mana pun kita tidur, solat jangan tinggal. kalau perlu kunci jam, kunci jam lah kita. janji jangan terlepas solat subuh.

lepas tu aku ke MPH Alamanda, beli beberapa buah buku. dah beberapa hari aku tak beli buku. semangat beli buku datang, tak boleh tahan. mesti beli juga. keseronokan beli dan baca buku. sukar nak dicite. hari ini beli buku pasal kehidupan je. kisah-kisah teladan. terharu juga kisah yang ditulis. ada kerja juga malam ni. taklah tidur awal. buku-buku motivasi meniaga sebuah je beli kali ini. dah banyak buku jenis tersebut. kena ulang-ulang lagi. biar paham dan boleh berkongsi dengan rakan kongsi. sebab itu aku sentiasa bersemangat dan sentiasa positif. 4,5 jam sehari aku mengadap buku dan mengadap laptop. tak meniaga ke? meniaga tak tinggal. kena urus masa sebaik mungkin.

itulah ganjaran pada kami, setelah 10 tahun menekuni meniaga ini. dulu kami pun tak terpikir, kami boleh berada ditahap ini. apa yang kami tahu, buat,buat,buat dan buat. ikut cakap upline leader. tak banyak soal. jumpa prospek, sharing, closing. tak close kami follow up. itulah kerja kami sejak dulu, kini dan selama-lamanya, selagi kami nak berniaga. aku boleh beli dan baca buku. kadang-kadang habis lebih rm 1000. seronok!!!

ada buku tulis, meniaga ni sebenarnya kita nak berseronok dikemudian hari. nak santai-santai setelah benar-benar berjaya. nak pencen awal, kerja boleh, tak kerja pun tak apa. kami tahu ramai yang nak capai tahap seperti kami, malah anda semua boleh jadi lebih hebat dari kami dan lebih cepat lagi. semua orang berhak capainya dan masanya lebih singkat lagi, setelah ada akademi Taipan 181. masa kami masuk dulu, kelas-kelas tak ada. kalau ada pun tak setiap minggu. motivasi kami, hanyalah duit yang dapat. keluar meniaga, tunggu dapat bonus dulu. 2,3 hari lepas tu baru pulun. meniaga pun tak berapa fokus. sebab itu kami lambat sampai ketahap mantap, stabil dan kukuh. sekarang ni kami sedang bina lagi.

balik rumah, jam 4 lebih baru sampai. baca buku dan tunggu solat asar. baca,baca,baca. malam ni sambung lagi lepas update blog ini. harap anda semua masih sudi baca catatan yang tak seberapa. sedikit sebanyak boleh membantu anda meniaga. suruh prospek lihat blog ni sebagai bukti kesungguhan kami/taipan berniaga.

jumpa anda di puncak kejayaan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger