ASSALAMUALAIKUM W.R.T
TERIMA KASIH PENGERUSI MAJLIS. PENGEMUDI ANUGERAH GILANG GEMILANG INI. YANG BERBAHAGIA TAN SRI OSMAN S CASSIM PEGERUSI KUMPULAN HAI O ENT.BHD, YANG DI SANJUNGI EN TAN KAI HEE PENGARAH URUSAN KUMPULAN HAI O,YANG DI HORMATI EN,
PARA KAKITANGAN HAI O YANG BANYAK MELANCARKAN MAJLIS HAI O DENGAN JAYANYA, SERTA CDM-CDM OTAI CDM AH CHAI, CDM AH HOCK, CDM ZULKIFLI SOHOR, CDM HAMDAN, CDM-CDM, DDM-DDM, DSM-DSM, SSM-SSM, SM, SERTA SEMUA YANG HADIR PADA PETANG YANG BERBAHAGIA INI…..
SIDANG HADIRIN YG SAYA MULIAKAN...
DI KESEMPATAN INI SAYA INGIN MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA PIHAK HAI O MARKETING KERANA MEMBERI KEPERCAYAAN KEPADA SAYA UNTUK BERUCAP PADA HARI BERSEJARAH INI...
Majlis indah pada petang ini, merupakan pentas terhebat kepada semua penerima anugerah Sales manager dan Senior Sales manager. Tahniah kepada anda kerana telah memulakan langkah pertama bersama Hai-O marketing.
Inilah pentas perniagaan yang telah disediakan untuk anda. Semoga ianya menjadi titik permulaan untuk anda mengharungi liku-liku cabaran sehingga akhirnya Berjaya menggenggam pangkat tertinggi yang menjadi idaman semua usahawan-usahawan di Hai O iaitu “Crown Diamond Manager
Usahawan Sekalian....
Inilah Pentas Yang Akan Menjanjikan Kebahagiaan Jika Kita telusurinya Dengan Tabah.Tangga ke lima iaitu pangkat CDM impian seluruh warha Hai-O hanya akan dapat di capai apabila kita bermula dengan Langkah Yang pertama.
HADIRIN SEKALIAN.........
KEJAYAAN SAYA HARI INI ADALAH KERANA ADANYA SYARIKAT YANG SANGAT HEBAT SEPERTI HAI O MARKETING. Hai O Marketing Sebuah Syarikat Yang Utuh Berdiri Di Bumi Yang Bertuah Ini, Setelah hampir 18 Tahun Hai O Marketing bertapak di Malaysia ia Telah Banyak Memberi Sumbangan kepada ramai rakyat Malaysia dalam menjana pendapatan keluarga.
Dalam Kegawatan Ekonomi Yang Melanda dunia hari ini ,Negara kita juga tidak terlepas dalam menghadapi kemelut yang sama tetapi syarikat Hai O Marketing Terus Melakar Keuntungan Yang Berterusan,oleh itu peluang yang kita perolehi hari ini hendaklah di manfaatkan sepenuhnya.
Hai O Marketing Terus mengungguli arena mlm bukan saja di Malaysia malah seluruh asia pasifik. Dalam Mencipta Kejayaan Demi Kejayaan. Pelbagai Anugerah Dan Rekod Tercipta, ini terbukti apabila syarikat hai-o telah menerima Anugerah Forbes Asia selama tiga tahun berturut-turut dan pelbagai anugerah yang di terima dari dalam dan luar negara. Lebih Membanggakan lagi Hai O juga Sudah tersenarai di Papan Utama Bursa Saham Malaysia setanding dengan syarikat-syarikat Gergasi Yang Lain..
Hai-o juga mempunyai rangkaian produk-produk berkualiti yang menepati citarasa pengguna dan memenuhi permintaan pelanggang. Kerjasama yang erat antara pihak syarikat dan pengedar juga memainkan peranan penting kepada kejayaaan sesebuah syarikat. Inilah antara rahsia mengapa hari ini hai –o Berjaya menempatkan diri sebagai salah sebuah syarikat mlm yang di geruni dan di segani di Malaysia. Syabas dan tahniah kepada Ayahanda Encik Tan dan seluruh kakitangan syarikat kerana menyediakan peluang yang cukup hebat ini.
Dalam Kita Mengejar Impian Jangan Sesekali Kita Lupa Pada Amanat Yang Termaktub Dalam Wadah Hai O. Semua Usahawan Hai O Haruslah Menghormati Dan Patuhi Keputusan Orang Lain, Tanpa Wujudnya Paksa Rela , Janji2 Yang Tersasar Dari Garis Panduan Yang Ditetapkan Oleh pihak Syarikat
SIDANG DEWAN YANG DI MULIAKAN...
MENGIMBAS KEMBALI SEJARAH LALU, SAYA ANAK KELAHIRAN KELANTAN DARUL NAIM, ANAK KE 2 DARI 4 BERADIK, SAYA MELANJUTKAN PELAJARAN DI KUALA LUMPUR DALAM BIDANG DIPLOMA KECANTIKAN & PROFESIONAL MAKE UP, SELEPAS MENAMATKAN PENGAJIAN SAYA ANTARA INSAN- BERTUAH KERANA TERUS MENDAPAT TAWARAN KERJA DARI GATINEAU BEAUTY CENTER DI USJ. DALAM USIA YANG MASIH MUDA.
SEGALA ILMU & KEMAHIRAN DI CURAHKAN UNTUK KERJAYA INI TETAPI MALANGNYA SELEPAS BEBERAPA BULAN BEKERJA KEPUASAN DAN KEBEBASAN KEWANGAN MASIH MEMBELENGGU DIRI. MASALAH KEWANGAN MAKIN TERSEPIT & TERHIMPIT. SETIAP MALAM SAYA BERDOA, MUDAH-MUDAHAN KEAJAIBAN BERLAKU DALAM HIDUP SAYA UNTUK SAYA KELUAR DARI MASALAH INI. SUDAH TERTULIS DI LOH MAHFUZ KETENTUAN ALLAH TIADA SIAPA MENDUGA KERANA DENGAN HANYA SEKEPING FLYERS MEMBAWA IMPAK YANG SANGAT BESAR DALAM HIDUP SAYA. SEGALA-GALANYA BERUBAH.
TANGGAL 22.1.2006 MERUPAKAN TARIKH KERAMAT DALAM HIDUP SAYA, TARIKH ITULAH SAYA BERKENALAN SECARA TIDAK SENGAJA DENGAN PASANGAN HEBAT CDM SITI RUHANI ZAHARI & CDM AMRAN OTHMAN..TERTARIK DENGAN PELAN PEMASARAN YANG DI BENTANGKAN SAYA SECARA RASMINYA MENJADI AHLI HAI O MARKETING..TERIMA KASIH UPLINEKU.. LATIHAN & BIMBINGAN YANG KALIAN BERIKAN BEGITU BERHARGA BUATKU HANYA ALLAH SAJA DAPAT MEMBALAS JASA KALIAN.
DALAM USIA 23 TAHUN, SEBATANG KARA DI KOTA METROPOLITAN, SAYA TIDAK TAHU APA ITU MLM??\ APA ITU PERNIAGAAN RANGKAIAN? BERBILANG TINGKAT , TAK MASUK AKAL LANGSUNG BAGI SAYA ?BOLEH KE AKU BERJAYA SETERUSNYA MENJADI KAYA DENGAN PERNIAGAAN INI
..SEGALA-GALANYA KOSONG....TETAPI BETULLAH KATA PERIBAHASA BELAKANG PARANG JIKA DI ASAH BERTERUSAN PASTI AKAN TAJAM JUA...DI AWAL PERNIAGAAN SEGALA-GALANYA SUKAR, SEGALA-SEGALANYA SUSAH, TIDAK MENGENALI SESIAPA, TIDAK DI KENALI SESIAPA, ORANG BIASA-BIASA, TAK PUNYA APA-APA, KOMUTER, TEKSI, BAS PENGANGKUTAN UTAMA. TETAPI KESUSAHAN ITU TIDAK SESEKALI MEMATAHKAN SEMANGAT SAYA UNTUK TERUS BERUSAHA KERANA SAYA PERCAYA “KESUSAHAN AKAN KEKAL SUSAH SEANDAINYA KITA HANYA MENGELUH & MENGENANG. KESUSAHAN TIDAK AKAN BERUBAH JIKA KITA TIDAK BERUSAHA UNTUK MENGUBAHNYA
BERGURU, BELAJAR, BERLATIH, MEMBINA KEYAKINAN DIRI SAYA PASTI BOLEH....BERDIKIT-DIKIT TERUS MERANGKAK HINGGA MAMPU BERDIRI KEMUDIAN BERLARI. ONAK DURI, PAHIT MANIS, HINAAN & KEJIAN ORANG, KU TELAN DEMI SEBUAH PERJUANGAN . CABARAN & DUGAAN YANG DATANG MEMBUATKAN SAYA LEBIH MATANG UNTUK MENERUSKAN PERNIAGAAN INI. BENARLAH KATA CDM-CDM SENIOR, PENGALAMAN YANG KITA LALUI ADALAH GURU YANG TERBAIK.
SELEPAS SETAHUN LEBIH BERSAMA HAI O SAYA DI JULANG MENJADI JUARA PANGKAT TERTINGGI IAITU CROWN DIAMOND MANAGER DI STADIUM MELAWATI PADA 2007 & YANG LEBIH MANIS LAGI SAYA BERKONGSI SATU PENTAS DENGAN UPLINE TERCINTA. SATU KEPUASAN YANG TAK MAMPU DI LUAHKAN DENGAN KATA-KATA. DARI “ZERO” MENJADI “HEROIN”. DARI BATU MENJADI PERMATA BERKILAU. SYUKUR KE HADRAT ILAHI, DALAM USIA MUDA SAYA MEMPEROLEHI KEJAYAAN DARI SEGI KEBEBASAN MASA, KEBEBASAN WANG RINGGIT. SEGALA IMPIAN BUKAN LAGI MIMPI TAPI REALITI..
DAPAT MEMILKI MERCEDES BENZ, MEMILIKI RUMAH HAMPIR 600K, MELANCONG SECARA PERCUMA KE LUAR NEGARA, DAPAT MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB PADA IBUBAPA & KELUARGA MERTUA, MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB DARI MASYARAKAT KEPADA MASYARAKAT. ADAKAH PERKONGSIAN SAYA INI UNTUK MENUNJUK-NUNJUK? TIDAK SAMA SEKALI. CUMA SAYA NAK TUNJUK KEPADA ANDA SEMUA, SEKIRANYA ANDA BUAT BERTERUSAN TANPA ADA GARIS PENAMAT ANDA JUGA AKAN DAPAT APA YANG SAYA MILIKI HARI INI. BENARLAH JANJI ALLAH, SETIAP UJIAN YANG ALLAH BAGI PADA SETIAP HAMBANYA PASTI ADA HIKMAH YANG TERSEMBUNYI...
USAHAWAN YANG DI RAIKAN SEKALIAN...
SEMPENA HARI BERSEJARAH INI SAYA INGIN MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA GANDINGAN MANTAP 3 SRIKANDI IAITU CDM KARTINI MAT YAAKOB DAN PASANGAN CDM KAMARUDIN MAMAT PAKAR STRATEGI & TULANG BELAKANG KEPADA KUMPULAN KAMI. BIARPUN PELBAGAI UJIAN YANG DATANG MEREKA TETAP “SENYUM & TENANG”. KALIAN TERAPI TERHEBAT. BUAT CDM FARIDAH MOHD ALI & CDM DZULFAUZILAH HUSIN PAKAR MOTIVASI HEBAT, MOTIVASI DARI CDM BERDUA MENJADI SAYA LEBIH BERSEMANGAT KENTAL UNTUK TERUS MAJU KE DEPAN. TERIMA KASIH TAK TERHINGGA KEPADA CDM JULIANIE BASTAMAM & CDM ZULKORNAIN AHMAD NASIR, TANPA KALIAN BERDUA JUGA JUGA KUMPULAN KITA TIADA SERINYA….
UNTUK SEMUA PEMIMPIN CDM TAIPAN 181, SETIAP KITA ADA KEKURANGAN & KELEBIHAN MASING-MASING, TETAPI KEKURANGAN & KELEBIHAN ITU KITA GABUNGKAN MENJADI 1 MAKA LAHIRLAH AKADEMI DENGAN MOTTO “BERSAMA & BERSATU”. SEHINGGA KINI UKHWAH KITA TIDAK MAMPU DI GANGGU GUGAT OLEH SESIAPA.SESUNGGUHNYA KITA SALING LENGKAP MELENGKAPI. SAYA JUGA INGIN MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA WARGA KELUARGA. KEKUATAN DAN KETABAHAN KALIAN MEMBUKTIKAN KITA AKAN TERUS MENCIPTA KEJAYAAN. INGATLAH PERJUANGAN KITA BELUM SELESAI.
TIDAK DI LUPAKAN BUAT INSAN TERISTIMEWA RADZUAN RASHID SUAMI TERCINTA, JUTAAN TERIMA KASIH DI UCAPKAN KERANA SENTIASA MENJADI PENDAMPING YANG SETIA DI KALA SUSAH & SENANG, BUAT PERMATA HATI MAMA RAYYAN IQBAL, BIARPUN DIRIMU SERING KALI DITINGGAL-TINGGALKAN DIRIMU SEAKAN MENGERTI APA YANG MAMA & PAPA LAKUKAN HANYA UNTUK MEMBERI YANG TERBAIK UNTUK KEHIDUPANMU PUTERAKU.
TERISTIMEWA BUAT KELUARGA TERSAYANG, KELUARGA MERTUA, MA & ABAH TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA KERANA TERLALU MEMAHAMI KEHENDAK & MINAT ANAK-ANAK. MODAL YANG ABAH BAGI DAHULU,KINI MEMBUAHKAN HASIL BERLIPAT KALI GANDA. DOA MA & ABAH MENGIRINGI PERJALANAN HIDUP ANAKNDA.PESANAN MA. BILA BERADA DI PUNCAK JADILAH RESAM PADI MAKIN BERISI MAKIN TUNDUK AKAN ANAKNDA SEMAT DALAM HATI, MUDAH-MUDAHAN ANAKMU TIDAK TERKELUAR DARI LANDASAN...
KEPADA RAKAN KONGSI TERSAYANG CDM NORHIMAH BASRI, CDM SYARIFAH ESHAH SYED YAHYA, CDM ROSNIZA HASAN, CDM SABARINA SABRI, CDM ROHAYAH OMAR, CDM ZAKI KADIRON, CDM ROJIHA RAHMAT, CDM SITI NORBAITI HJ MUSTAFA KECEKALAN & KETABAHAN ANDA MENJADI KEKUATAN PADA SAYA UNTUK TERUS BERJUANG DALAM PERNIAGAAN INI. ANDA SEMUA IBARAT AKAR TUNJANG YANG TIDAK PERNAH GENTAR DENGAN CABARAN & CAKAP-CAKAP NEGATIF ORANG DI LUAR SANA, YANG BOLEH MENGHANCURKAN PERNIAGAAN KITA. SESUNGGUHNYA KALIAN PEJUANG YANG SEJATI...
KEPADA RAKAN KONGSIKU YANG LAIN TIDAK KIRA APA PUN PANGKAT ANDA, TERUSKAN PERJUANGAN, BUAT JANGAN BERHENTI, PEDULI DENGAN CAKAP –CAKAP ORANG YANG HANYA MAMPU MEMBERI PENDAPAT TETAPI TIDAK BOLEH MEMBERI PENDAPATAN. YAKIN & PERCAYALAH TIADA ISTILAH MENYERAH PADA SANG JUARA, TIADA KEJAYAAN TANPA PENGORBANAN.
SEMALAM ADALAH SEJARAH. HARI INI ADALAH REALITI YANG PERLU DI HADAPI. HARI ESOK ADALAH TEKA - TEKI. TETAPI SEKURANG-KURANGNYA USAHA YANG KITA BUAT HARI INI PENENTU KEPADA KEHIDUPAN AKAN DATANG. KITA AKAN JADI SEPERTI APA YANG KITA USAHAKAN. IBARAT KITA AKAN HIDUP UNTUK SELAMA-LAMANYA....
SESUNGGUHNYA.. HAI O ADALAH PILIHAN TEPAT UNTUK KITA SEMUA...INILAH RESAM YANG WAJIB KITA FAHAMI ANDAI KITA BENAR-BENAR MAHU BERJAYA...MEMPERTAHANKAN KEJAYAAN DI PUNCAK LEBIH SUKAR BERBANDING MENDAKI. RAMAI YANG TEWAS KEPADA DIRI SENDIRI, CAS-CAS NEGATIF MENGUASAI DIRI, TERGUGAT HANYA SEDIKIT CABARAN, LUNTUR KEYAKINAN DIRI HANYA KERANA SEDIKIT ANGIN KENCANG, REBAH KERANA TIUPAN NAFIRI YANG ENTAH DARI MANA. SEKALI ANDA MELANGKAH JADILAH PEJUANG YANG TULEN, BERKUALITI, YANG KUAT, YANG BERILMU, YANG SANGGUP SUSAH & SENANG, PEJUANG PELINDUNG, YANG BERTANGGUNGJAWAB, YANG TIDAK MUDAH GOYAH DENGAN RIBUT TAUFAN, ANGIN KENCANG & MENJADI TEMPAT BERPAUT & BERTEDUH BAGI SEMUA ORANG. YANG HILANG, YANG KECUNDANG DI TERTAWAKAN, RAMAI MENANTI UNTUK BERSORAK GEMBIRA DENGAN KEKALAHAN KITA. TERJEJAS SUDAH IMEJ PADA DOWNLINE & LAWAN...YANG BERTAHAN DI HORMATI & DI GERUNI KAWAN & LAWAN. ALANG-ALANG MENYELUK PERKASAM BIAR SAMPAI KE PANGKAL LENGAN, ALANG-ALANG MEYERTAI HAI-O BIAR SAMPAI JADI USAHAWAN DERMAWAN. YANG BAIK ITU DATANGNYA DARI ALLAH, YANG BURUK ITU DATANGNYA DARIPADA KELEMAHAN DIRI SAYA SENDIRI...HARAPAN SAYA AGAR HAI O TERUS MEGAH DI PERSADA ANTARABANGSA KERANA HAI O MY CHOICE FOR LIFE, TAIPAN MY CHOICE FOREVER...
WABILLAHHITAUFIK WALHIDAYAH WASSALAMUALAIKUM W.R.T.....
Hadirin Yang Dimuliakan......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan