Jom Follow

Isnin, 12 Julai 2010

hari ini2

Pikir punya pikir, akhirnya kami gi ke IOI. Beli buku untuk anak-anak, supaya rajin membaca. Rajin bermenelaah buku. Aku amat berharap sangat mereka akan ikut jadi ulat buku. Si abang dah nampak ok sikit. Si adik kena asuh lagi. Beli buku nak temankan dia membaca. Merangkak-rangkak pun tak apa.1,2 bulan lagi aku yakin dia boleh menguasai bacaannya dengan lebih baik lagi. Umur pun baru 6 tahun. 1,2 minggu ni semakin rajin baca buku.

aku pun beli jugak.
  1. Blog- Bawa Pemikiran Anda Ketengah; Aizam hussin.
  2. Cara Mudah Membina Laman Blog; Irwan Rouf& Yayan Sopyan.
  3. Rembulan Tenggelam di Wajahmu; Tere-liye
Blog aku ni anak buah yang buat je. Baru nak belajar. Layari blog orang, menari dan cantik. Tercabar juga. Kena belajar sikit-sikit. Aku yakin sedikit masa lagi, blog ini akan ada perubahan. Biar nampak lebih menarik sikit. Jangan berhenti buat perubahan, kena terus belajar dan buat tindakan.

Aku juga kena banyak membaca ilmu mlm, berguru dengan mentor-mentor dan sesiapa saja yang berniaga. Mesti ada peningkatan dari segi pengisian ilmu. Boleh membantu lebih ramai lagi warga Taipan. Kalau boleh biarlah blog ini akan membantu sesiapa saja yang nak maju/berjaya dalam kerjaya mlm.

Blog ini juga, berupa catatan / buah pikiran setelah lama bergelumang dalam mlm. Nak kata terlalu hebat tak adalah sangat. Cuma boleh berkongsi ilmu/ pengalaman yang dikutip sepanjang 9 tahun lebih. Awal-awal dulu aku banyak menelaah buku-buku mlm, sekarang ni lebih kepada buku-buku motivasi dan leadership pulak.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger