Jom Follow

Sabtu, 10 Julai 2010

IMPIAN1

dok sekejap. pikir seketika. bagi masa sikit pada diri. renung. apakah impian yang nak dicapai dalam hidup? apakah yang kita nak miliki? apakah perkara yang kita mahu buat sepanjang hidup? untuk diri dan keluarga.

tulislah impian-impian tersebut pada kertas. andai dah buat. tahniah dan tekunilah usaha sampai berjaya menggapainya. kalau tak ada. jangan tunggu lagi. masa tak menunggu kita. kalau boleh biar sampai 100. kalau lebih lagi baik.

masa menulis, tanam keyakinan 100% kita boleh mencapainya. kita boleh milikinya. tak ada yang mustahil. komitmen yang sanggup diberi akan menentukan bila akan capai impian tersebut. bila dah capai 1, kita tik. saya yakin semangat kerja akan bertambah. motivasi meningkat.

bila dah ada senarai impian tu, senang nak buat tindakan. senang nak pilih tindakan. setiap masa kita perlu buat pilihan. salah pilih, membawa kita menjauhi dari impian tersebut. kena pilih tindakan yang mendekatkan kita kepada impian. formula pilihan senang je. mana tindakan yang cepat capai impian. kadang-kadang perlu mengorbankan kesukaan, minat dan kegemaran kita, demi mencapai impian tersebut. ada orang minat mancing. kena tinggalkan minat tu dulu, kejar dulu impian. minat bola, padam sekejap, kejar dulu impian. dah capai nanti, minat tu buat semula. mungkin lebih giler lagi. minat akan lebih giler bila ada duit. minat lebih giler bila dah cukup duit.

sesetengah kita nak cakap pasal impian pun takut. nak sebut pun malu. impian tu percuma je. tak kena bayar pun. kalau itu pun takut. jangan mimpi nak capai impian. nak sebuat pun malas, apalat lagi nak tulis. tindakan nak capai tak payah citelah.

kita petik apa yang kita tanam. kita dapat apa yang kita usahakan. kalau tak tanal, nak petik apa. tak usaha, nak capai apa. usaha yang sungguh kena buat/lakukan. buat,buat,buat,buat,buat,buat dan buat jangan berhenti. kadang-kadang impian macam mustahil, tapi berkat kesabaran dan ketekunan kita mencapainya.

bertemu anda di puncak kejayaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger