Jom Follow

Khamis, 8 Julai 2010

Solat Dhuha

Keajaiban solat dhuha. Seorang tukang gunting di Kemaman, Terengganu, memperolehi pendapatan harian rm800 sehari. Cuba bayangkan berapa ramai Orang Kemaman. Berapa ramai yang gunting rambut setiap hari. Berapa ramaikah yang gunting rambut dengan dia. Percaya atau tidak? Nak dapat pendapatan sebanyak itu berapa orang yang kena gunting. Tapi itulah hakikatnya. Setelah diselidiki dia setiap hari solat dhuha. Itulah amalannya yang istiqamah yang dia kerjakan. Allah dah janji akan beri rezeki dari sumber yang tak disangka-sangka. cite ini disampaikan oleh Tuan Hj Hanim semasa talk dipelancaran Akademi Taipan 181 tempoh hari. Marilah kita sama-sama mengerjakan solat dhuha setiap hari. Janji Allah adalah pasti, yakinlah. Tak ada masalah nak kerjakannya. Perlukan disiplin diri. Mana-mana boleh buat. Kat rumah, opis, masjid dan mana-mana saja. Yang full time meniaga lagi tak ada masalah. Nak dengan tak nak. Buat pun mesti istiqamah. Bukan sekejap buat, lama tinggal. Hari-hari buat. Permulaan hari dengan positif. Permulaan dengan usaha terbaik. Permulaan dengan solat dan doa. Lepas tu keluarlah kita jumpa tt. Yakinlah Allah akan makbulkan doa kita tu. Keluar dengan pikiran yang positif, selalu pikir/sebut yang kita nak dapat. Selalu cakap apa yang kita nak jadi.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger