Jom Follow

Ahad, 11 Julai 2010

Anak

Sedang menunggu anak pulang dari Tamrin Sekolah Rendah Sri ABIM. Hari jumaat lagi. dia pergi. Sekejap lagi sampai kot. Anak buah yang gi ambil dari sekolah. Biasanya selepas ikuti program seumpama itu, pelajar akan diberi cuti pada hari isnin.


rehat seketika; semasa pertandingan futsal di melaka

Malam ini dia boleh tengok Perlawanan Akhir Bolasepak Piala Dunia 2010. Terlalu minat dengan Sepanyol. Berharap Sepanyol akan menang kali ini. Nak meriah mungkin kena gi ke Dataran Merdeka. tengok skrin besar, lagi seronok.

majlis sambutan hari lahir anak di surau Al-amirin.

Anak kami ni dok di Asrama Surau Al-Amirin, Bandar Baru Bangi Fasa 4 Tambahan. Kadang-kadang kami kena gi hantar dia ke sekolah walaupun pihak asrama telah menyediakan perkhidmatan bas sekolah. Itulah pengorbanan ibubapa pada anak-anak. Cuba bayangkan, lepas meeting kita makan-minum dulu, sampai rumah dah pukul 2. jam 6 am dia call. Minta dihantar ke sekolah. Mengantuk pun pergi, demi anak tersayang. Sebab tulah jam 7.30 kami ada di sekitar Bangi. Biasanya di Restoran Asam Pedas

Sebulan sekali je balik, ikut peraturan tapi setiap minggu nak balik. Ingatkat mak bapak katanya. Dia pun masih kecil lagi, baru 11 tahun umurnya. Mintak dengan ustaz, bawa dia balik. Piala Dunia ni tak banyak perlawanan piala dunia yang dia boleh tengok. Bila balik rumah je boleh tengok. Kami mesti layannya tengok bola. Minat 'giler bola'. Apa tidaknya semasa maknya mengandungkan dia, masa tu Piala Dunia 1998 di Perancis. Maknya selalu berjaga malam, tengok bola.

Ada juga suara-suara sumbang kata kami tak sayang anak. Asyik kena tinggal je. iIu yang mereka nampak. Mereka tak tahu apa yang kami buat ni pun untuk mereka. Mana ada orang tua tak sayang anaknya. Kami nak cite pasal melancong. Aiman ni dah gi beberapa tempat. seperti Shanghai-2004, Perth-2005, Tokyo-Disneyland-2009, Umrah-2010 dan Hong Kong-2010. Kalau tak buat mlm, alamak tak merasa ke luar negara. Itu cite melancong. Minat bola, selalu je kena beli. bola selalu hilang. kasut bola dah 4,5 pasang dah. Jersey bola lagi.
bergambar depan pintu utama hotel disneyland hong kong

Tak payah cite banyak-banyak pasal tu, nanti orang kata nak cite pasal anak je. Tapi sebagai jawapan pada yang mulut lembet. Dok menyata orang je. Tak sayang anak. buat, buat, buat, buat, buat, dan terus buat. Capai semua impian masing-masing. Kalau nak belajar kat Mesir pun kami sanggup hantar. Umur 13 tahun je dah boleh hantar ke sana. Belajar di sekolah Antarabangsa di sana. Kalau ada duit tak ada hal. Ini kena kerja lebih lagi. Kena kerja EXTRA. Kena enjoy dengan kerja.

Kerja Extra, untuk anak-anak. senang nak belajar. kami berimpian akan penuhi impian anak kami, di mana dia nak belajar. kami akan biayai sendiri pendidikannya, tanpa bantuan kerajaan. biar tamat belajar tanpa hutang. sekarang ni PTPTN dok kejar hutang je dan dah berapa ramai yang d' black list'. Berapa ramai yang gagal dapat biasiswa JPA walaupun cemerlang dalam SPM. kalau ada duit, belanja sendiri lagi senang. result tak sebagus mereka pun boleh belajar di luar negara dan ambil bidang yang mereka nak.

Kerja Extra, mesti buat. Tak buat, nak buat apa lagi. Dah pilih kerjaya ni sebagai kerjaya pilihan. Dah 7 tahun mengeluti secara sepenuh masa. Tak boleh pikir-pikir lagi. Pikir nak buat sampai jadi je. Pikir nak jayakan semua orang yang join kami. Pikir nak besar,kukuh dan mantapkan group kami je.



2 ulasan:

Powered By Blogger