Jom Follow

Isnin, 12 Julai 2010

Buku1


hari tak kemana-mana. dok kat rumah. baca buku, dok ngadap pc, layan anak-anak. kalau keluar pun untuk beli buku untuk mereka. dok pikir-pikir, kedai mana aku nak gi. dah tak tahan ni, kena beli buku juga hari ini.


awal pagi tadi ke LCCT hantar cdm, nak ke kota kinabalu. buat kelas pengukuhan malam ini. semalam tak tengok pun bola. mengantuk sikit, hanya cdm je yang tengok sampai habis. ingatkan nak gi dataran merdeka, tapi tak larat nak gi. macet. jadi tengok kat rumah je la. aku tidur je lah. tengok pun 20 minit selepas separuh masa ke2. sambung tidur. solat subuh dan terus gerak ke LCCT. kena awal, tiket belum beli lagi. mesti pergi, leader sabah dah war-war. tak pergi kesihan dan rugi besar. bulan ini meniaga dah mula naik, lambat panas, lambat besar. lambat dapat fulus besar. komitmen semua dah besar.

tak kemana-mana hari ini. boleh baca banyak buku. banyak juga yang belum dibaca. dah lama juga tak beli dan baca novel. mungkin hari ini baca sebuah dua. sekarang ni dok baca buku pasal meniaga dan motivasi je. mungkin ini lebih penting buat masa sekarang ni. sedang meniaga, sedang membina,sedang meperkukuhkan network. ilmu kena sentiasa bertambah.

buku-bulu tulisan brian tracy, anda boleh baca. bagi skill bagaimana nak berjaya. beri tips menjadi orang luar biasa hebat. buku tulisannya banyak dan boleh ikuti blog.

tak rugi, habiskan 20-30 minit melayari blognya. banyak ilmu yang kita boleh dapat. berguna untuk meningkatkan keupayaan menjadi orang luar biasa hebat. usaha luar biasa hebat. dalam koleksi aku ada 6 buku tulisannya. terjumpa je, aku pasti beli bukunya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger