Jom Follow

Khamis, 15 Julai 2010

Motivasi3

meniaga ini siapa kata mudah
kalau mudah kenapa ada yang gagal.
meniaga ini siapa kata payah
kalau payah kenapa ada yang berjaya.
tips nak bertahan
keyakinan pada diri.
kita boleh jadi juara.
kita boleh jadi pemenang.
kita boleh jadi jutawan.
kita boleh kumpul duit banyak-banyak.
kita boleh sedeqah banyak-banyak.

Kata-kata ini sentiasa cakap pada diri. Ada masa je, cakap pada diri. Manusia bercakap dengan orang lain dan diri sendiri. Cakap dengan orang lain, kita dah tahu apa yang boleh cakap dan apa yang tak boleh cakap.

Kita juga boleh bercakap dengan diri sendiri. Apa mahu cakap dengan diri sendiri? cakap yang positif sahaja.

Orang tak bertahan bila keyakinan dah berkurang. Seolah-olah dah tak leh capai impian. Motivasi menjunam. Tetapkan tempoh masa yang sesuai. Jangan terlalu cepat. mesti sesuai dengan kemampuan diri sendiri.

Selamat berjuang dan jadilah pemenang sejati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger