Jom Follow

Isnin, 26 Julai 2010

Rahsia Kejayaan Akademi Taipan



RAHSIA KEJAYAAN TAIPAN 181;
1                NAMA- Taipan 181. Inilah jenama. Mesti ada kalau nak berniaga lama. Kena pandai jaga, pandai guna dan kena sayanginya. Rasa kekitaan boleh/mudah diwujudkan, dilahirkan antara sesama usahawan. Taipan tiada sesiapa yang boleh mengaku Taipan milik mereka. Semua orang menumpang nama taipan. Kemana kita pergi sekali pun taipan kita bawa bersama. Usahawan yang berjaya itulah maksud disebalik namanya. Namanya hebat dan menarik untuk disebut. Menggerunkan bila orang dengar. Bukan main-main nama tu. Pendokongnya CDM Juliani, CDM Kartini dan CDM Faridah serta semua warga Taipan semuanya. Disayangi oleh semua setiap warganya. Terkenal dengan keistimewaan masing-masing. Gabungan mantap dan tak mungkin kalah pada group-group lain. Kita patut berbangga dengan group kita. Berbanggalah dengan Taipan, sentiasa berusaha untuk menjayakan siapa sahaja yang masuk. Group paling cepat berkembang. Masuk dan tak mungkin gagal. Kalau belum jadi lagi, tunggu dulu. Akan dibimbing, dibantu dan anda juga akan berjaya akhirnya. Kita bina dengan susah payah nama tu, kena jaganya jangan cemarinya dengan perkara-perkara remeh-temeh. Sekarang ni ramai orang sedang cemburu dengan Taipan. Kalau boleh mereka harap kita mati meniaga. Tak mati pun biarlah nyawa-nyawa ikan. Tak jadi-jadi meniaga. Biarlah mereka je yang berniaga besar. Ini tidak betul dan tidak baik dalam berniaga. Kalau kita mati, mereka pun akan mati sama tau. Kita pun tak boleh harap orang lain mati atau tak meniaga. Apa yang boleh kita harap ialah sama-sama meniaga besar. Kita kuatkan lagi perpaduan dan kesepaduan untuk menghadapi suasana kian panas. Kita ditekan disegenap sudut. Salah langkah kita akan kecundang sekerat jalan. Ramai orang sakit hati dengan perkembangan Taipan. Ramai tertanya-tanya bagaimana Taipan boleh meniaga besar dalam masa yang singkat dan cepat. Ada setengah-setengahnya nak berniaga macam Taipan. Ada apa-apa hal kita bincang peringkat tertinggi. Kemana anda pergi, Taipan tetap bersama anda. Jangan buang Taipan. Buang Taipan anda akan mati meniaga. Payahnya nak berjaya kalau kerja sorang-sorang. Kalau sama-sama buat lebih mudah, cepat kita berjaya. Taipan dikenali sebagai kumpulan cepat, hebat dan besar.
2                    Mentor- Taipan mempunyai mentor terbaik dalam hai-o. telah berkecimpung dalam MLM selama 16 tahun. Sejak HAI-O ditubuhkan lagi. CDM Chem Thiam Hock dan CDM Zulkifli Zohor. CDM Zulkifli Sohor telah tersenarai sebagai salah seorang Raja MLM. Mereka cukup-cukup berilmu, sentiasa menambahkan ilmu, rapat dengan pihak syarikat dan sentiasa ada bila diperlukan. Dihormati dan dikenali dalam komuniti MLM. Tak loket nasihat. Sanggup berkorban masa dengan Taipan demi kejayaan bersama. Mentor betul-betul berkualiti dan telah lama berkecimpun dalam mlm. Telah terbukti berjaya. Bukan cakap sahaja, praktikal tak ada. Hadir bila diperlukan. Ternyata tak sia-sia Taipan memilih mereka menjadi mentor. Mereka berdua sentiasa memberi sokongan padu pada Taipan selama ini, hingga boleh menjadi seperti hari ini. Kalau berjumpa seolah-olah tak bagi balik. Sampai penuh dada. Kadang-kadang kena suruh berhenti dari memberi nasihat. Banyak sangat dan otak dah tepu. Dah tak boleh masuk. Dalam mlm ada banyak pantang larang. Tak boleh langgar sebarangan kelak kita yang rugi. Kalau sanggup dengar sampai pagi pun mereka boleh layan. Kalau kita meniaga tanpa bantuan mentor, kita meniaga tanpa guru. Kita akan cepat penat dan tak ada tempat rujukkan. Duplikasi meniaga menjadi ada mentor, meniaga mereka smooth sahaja. Tak ada gaduh, curi rakan kongsi dan bermacam-macam lagi masalah. Apabila ada mentor kita kenalah ikut apa yang mereka sarankan. Nak kata wajib ikut, takut terlampau pulak. Itulah hakikat yang kita kena akui. Mesti ikut bila kita dah jadikan mereka sebagai mentor kita. Mereka suka dan seronok bila kita Berjaya. Belajar, koreklah ilmu MLM, bacalah buku-buku MLM, kejayaan boleh dicapai/senang bila kita mempunyai mentor hebat dan berkesan. Orang tak ada mentor ibarat orang buta kehilangan tongkat. Orang ego sahaja yang tak ada mentor. Perasan pandai. Meniaga dah lama tapi masih tak ada perkembangan. Asyik tahan meniaga sahaja. Ingat lama-lama tahan pun boleh mati. Meniaga perlu ada peningkatan. Orang baru datang, orang lama hilang. Meniaga tak naik-naik, dok takat tu je. Penat je lebih. Kita padai cakap, tak semestinya kita pandai buat. Pandai ikut cukup penting kalau mahu Berjaya.
3                    MATLAMAT’- matlamat Taipan 181, setiap orang yang sertai  HAI-O mesti menjadi CDM dalam masa 24 bulan, mereka akan dinobatkan sebagai CDM. Lagi cepat lagi bagus. Tak semua orang mempunyai rezeki seperti itu. Itu matlamat kita bersama. Itu kalau mereka mahu. Matlamat penting dalam hidup, kalau mahu menjadi orang hebat dan tak berhenti jadi hebat. Andainya tidak memiliki jawapan-jawapan terhadap persoalan di atas, kita tidak dapat lakukan apa-apa. Pemanah terhebat sekali pun tidak dapat memanah kalau tiada sasaran. Matlamat akan menjadi pendorong utama untuk membuat sesuatu usaha atau ikhtiar. Mesti ada kalau mahu Berjaya. Matlamat pribadi, keluarga, agama dan Negara. Kapten kapal mana pun tidak boleh mengemudikan kapalnya kalau tidak ada arah tujuan. Tujuan adalah tumpuan kita. Tumpuan usaha, tumpuan masa, tumpuan pengorbanan dan cakap pun banyak pasal matlamat, mimpi pun, mimpi matlamat, latah pun latah matlamat. Kalau itu telah terjadi matlamat kita pasti akan te Mudah buat perancangan, sebab dah tahu apa yang kita nak. 2 tahun lagi aku nak rumah bunglo 2 tingkat, mempunyai 6 bilik dan perpustakaan serta bilik solat. Rumah tersebut berada dalam kawasan elit. Ada kolam renang lagi. Seperti denai alam. Aku akan bayar rumah tersebut dalam masa dua tahun sahaja. Tempat parkir untuk 5 buah kereta. Kereta mewah berjenama Meecedes, BMW, Honda, Toyota, Kancil untuk ke pasar. Mempunyai simpanan RM 1 juta. Aku akan mengajar percuma di rumah-rumah anak yatim. Ada matlamat dah ada baru kita pilih apa pula pekerjaan atau usaha yang memboehkan kita mencapai matlamat hidup kita tersebut. Itu matlamat jangka panjang kita. Tak perlu takut untuk mempunyai matlamat. Bukan kena bayar pun. Aku msuk hai-o dan mesti jadi CDM dalam tempoh setahun. Nak jadi CDM kena buat jualan sebanyak RM 2 juta dan kena ada seorang DDM. Kalau dah tahu kerja kita telah menjadi mudah. Dah tahu apa yang kena buat dan apa yang kena tinggalkan. Kalau seorang meniaga RM 20K maka kita perlukan 100 orang sahaja. Kita buat 6 kaki dan setiap kaki hanya perlu jual atau menaja 18 orang sahaja. Nak 18 orang selama 12 bulan. Setiap kaki yang hidup tu perlu menaja 3 orang dalam 2 bulan. Mudah dan praktikal. Kita kerja menjadi terlalu mudah. Senang nak buat sebab dah tahu apa yang perlu buat. Ingat setiap matlamat mesti bertulis dan kena baca sentiasa, mungkin 10 kali sehari pun tak apa. makin banyak kita baca. Paling kurang 3X sehari. Pagi, tengah hari dan malam. Tak lupa akan matlamat diri sendiri. Akan jadikan kita lebih yakin. Bila yakin dan percaya kerja kita menjadi lebih mudah. Kerja tak mudah penat malah setiap hari bersemangat. Jangan tak tulis. Kena tulis dan kita boleh mengimiginasi. Bacanya, ulang-ulang setiap hari. Tugas penting upline adalah membina matlamat dan yakinkan mereka. Kalau orang baru dah ada matlamat saya pasti orang tersebut akan berjaya. Mereka bekerja pun kerana mereka yang nak. bukan pujukan kita. Kerja dengan kehendak hati sendiri, baru bertahan lebih lama dan pasti Berjaya. Masa je yang akan menentukan. Kerjanya pasti berbeza dengan orang tak ada matlamat. Cuba Tanya diri sendiri. Kita dah lakukan bersungguh-sungguh atau tidak. Nak ubah hidupke atau saja buat main-main. Nak dapat seribu dua ke. Nak jadikan satu kerjaya baru ke tidak. Tepuk dada Tanya selera. Orang lain tak boleh ubah diri kita. Untuk lebih bagus lagi tulis mission statemen.    
4                    IMPIAN’- memilih sertai HAI-O, mesti pilih Taipan. Ingin berjaya dengan MLM mesti pilih Taipan. Ingin latihan yang berkesan dan berterusan mesti pilih Taipan. Ingin group paling hebat, cepat dan bertahan lama mesti pilih Taipan. Menjadi rujukan semua orang yang nak buat MLM. Ini paling penting dalam hidup. Memilih Taipan adalah satu pilihan tepat dan anda tak akan kecewa. Kalau tak percaya, tanyalah pada group lain. Sebelum cerita meniaga, kutuk dulu Taipan. Taja, taja, tinggal. Kita tak nafikan ada yang gagal, tapi tu pilihan mereka sendiri. Tak bagi peluang pada diri untuk berubah. Datang meeting, sabar dan buat tanpa henti. Buat dan kurang menjadi terus tarik diri. Gagal sebab diri sendiri. Taipan telah sediakan landasan yang betul, kalau mahu Berjaya. Taipan tak ambil prospek dline, tak ada janji manis, tak janji cucuk orang. Mereka takut nak berimpian. Padahal berimpian tu hanyalah percuma sahaja. Tak perlu bayar pun. Impian apa pun tak ada masalah. Kena berani dan kita yakin boleh mencapainya. Kena sesuai dengan masa jugak. Tempoh mencapai pun kena pikir jugak. Bukannya main hentam je. Kita sebenarnya setiap hari mempunyai keinginan. Ingat tak salah kalau kita berimpian. Mungkin bersalah kalau tidak berimpian. Kita buat apa-apa pun mesti ada impian yang kita nak capai. Hanya orang mati tidak berimpian. Berimpian tak kena bayar pun. Jangan malu dan segan untuk berimpian. Impian pun kena banyak jangan setakat 2,3 perkara je. Sebab tulah ramai orang setelah tercapai impian tersebut, dah tak ada lagi momentum untuk terus berkerja. Kalau ada 100 lambat nak capai. Kita kerja pun akan enjoy dan tak akan penat bila memikirkan lagi masih ada lagi impian yang nak kita capai. Kena bertulis baru boleh disahkan sebagai impian. Kalau kita tulis, ini adalah akujanji kita untuk berusaha sehingga Berjaya. Minda bawah sedar dah mengkui dan paham, kerja kita makin mudah. Minda bawah sedar hanya terima, dan paham adalah arahan sahaja. Berjaya atau gagal dalam mlm bergantung kepada diri sendiri. Orang lain tak patut disalahkan.
5                    SPR’- sabar, peramah dan rajin. Ini tonggak kejayaan dalam kehidupan tak kira siapakah kita. Kerja apakah kita. Sabar tapi tak buat sesuatu usaha, tak dapat hasil. Salah satu rahsia kejayaan adalah sabar. Sabar semasa mendaki, sabar ketika mendatar, sabar ketika dipuncak dan sabar ketika menuruni lurah. Peringkat awal sesuatu usaha sabar amat-amat diperlukan. Kadang-kadang kita ajak orang datang meeting. 2,3 hari belum meeting ada orang yang nak datang. Tiba-tiba last minut cancel. Kadang-kadang tu, pagi meeting, mereka batalkan. Ada setengahnya kita dah dok depan rumahnya, boleh cancel. Katanya mereka tak ada kat rumah. Dah convince dan setuju, tapi bila follow up untuk dapatkan dokumen. Tunggu dan nak pikir dulu pulak. Melepas lagi. Sabar dan jangan kecewa. Dana dah lulus dan duit dah masuk, tak jadi masuk. Duit nak pakai buat benda lain. Baiki rumah, settle kereta dan banyak lagi. Sabar. Cari lagi. Prospek yang kita bawa meeting pun masuk dengan orang lain. Sabar. Karenah rakan kongsi, karenah upline, karenah sideline dan semua karenah yang datang, kita mesti sabar. Sabar dengan karenah pasangan yang tidak membantu. Tak mendengar luahan hati kita. Baru boleh berjaya. Cepat nak marah kat downline, ini kerap berlaku. Ini kita kena sabar. Kalau kita tak sabar kita dah tak nak buat. Sabar. Kali ini 2,3 orang aku ajak, orang tak datang. Minggu depan aku akan ajak lebih ramai lagi. Ini yang dikatakan sabar. Sabar juga amat penting diketika kita mula berusaha membina rangkaian. Kita jangan melihat seorang yang dah berjaya. Kita kena lihat dan kaji ketika mereka mula buat sesuatu usaha. Kita juga harus sabar bila menghadapi saat meniaga yang kita bina dan sedang bina kurang menjadi. Masa itu mungkin sedang diuji. Rajin tanpa sabar juga tidak dapat mencapai kejayaan hidup. Meniaga mlm kedai kita adalah mulut kita. Hari-hari kita jumpa orang. Mulakan komunikasi dengan orang yang kita jumpa. Mustahil kita tak jumpa orang. Kalau boleh kita berkenalan dengan 2 orang baru setiap hari. Setahun dah jadi 700 orang lebih. Tak akan 10 orang tak nak joint HAI-O. Setengah orang berkata kejayaan itu, bila kita jumpa orang baru, senyum dan salam dan mulakan komunikasi. Itulah kejayaan dalam mlm. Kejayaan juga bila kita tahu apa nak buat esok hari. Buat 5 S, senyum, salam,
6                    PBB’- percaya buat berjaya. Ingat dalam MLM kena percaya dulu baru kita boleh berjaya. Tak percaya mustahil boleh berjaya. Percaya? Kepada syarikat, produk, MP, upline, group dan percaya peluang yang datang. Ada orang nak lihat orang berjaya dulu baru nak buat. Orang macam ni susah nak berjaya. Kalau dia buat mungkin berhenti awal, sebelum berjaya. Lambat Nampak hasil. MLM bukan skim cepat kaya. Perlukan satu usaha yang berterusan. Nak Berjaya dalam satu malam, mana boleh. Tak tahan dengan cabaran yang datang. Kita tidak semestinya percaya boleh berjaya dengan melihat kawan kita yang baru berjinak-jinak. Kita kena percaya peluang yang datang. Bukannya pada orang yang datang cerita. Orang baru masuk memangla belum lagi berjaya. Tapi sedang berusaha ke arah kejayaan. Buat jangan berhenti, akan Berjaya. Bukti paling jelas anda boleh capai sesuatu, bila dah ada orang lain yang telah mencapainya. 
7                    JUJUR- jangan sekali-kali menipu. Cakap besar, suka perlekeh rakan kongsi. Semasa cerita MP kena cerita dengan sebenarnya. Jangan ada niat sedikit pun nak menipu. Banyak sembunyi fakta sebenar. Pegang duit rakan kongsi, rolling duit dulu, ambil prospek dline, pindah-pindah dline. Sikap ini menentukan kita boleh bertahan atau tidak dalam industri MLM. Kalau kita orang lain yang nak join hai-o pun akan cari kita. Ini tak mustahil kalau kita jujur dengan dline kita. Kalau asyik nak manipulasi dline sahaja, itu yang orang tak lama meniaga dengan kita. Laju sekejap dan lepas tu mula slow. Datanglah berbagai alasan untuk tidak buat lagi. Banyak kes yang kita jumpa ramai dlinenya mati. Kita asyik nak volume sahaja. Mesti pakej penuh, kalau tak dapat kita pujuk untuk tolak bonus. Terima appoientmen berturutan. Sampai kita tak sempat sampai ke tempat yang dalam masa yang dijanjikan. Sekali reputasi kita tercalar susah untuk kita membinanya semula.
8                    TEKUN- ciri penting untuk berjaya. Rajin saja tak cukup. Kalau rajin kita sungguh masa rajin. Masa malas kita tak buat. Dok kilas tangan. Buat ikut mood orang kata. Lepas jumpa upline, jumpa ramai prospek. Semangat tinggi masa tu. Lama-lama nak jumpa prospek seperti nak jumpa dengan orang jahat. Lepas seminar, jumpa prospek sampai pagi, rasa belum cukup, nak habiskan senarai nama panjang berjela. Lama-lama pukul 8.00 pm dah malam sangat. Lepas meeting, terus jumpa prospek. Lama-lama asyik bertangguh dengan bermacam-macam alasan. Tekun lain. Kita akan buat walaupun apa rintangan yang datang. Tak give up dalam berusaha. Bukannya buat sikit, ada cabaran terus tak nak buat. Manja. Lihat orang berjaya, tak ada istilah letih, penat, sibuk, tak ada masa, jauh. Orang tekun tak akan gagal. Selagi impian mereka belum capai, selagi itulah kita berusaha. Pagi-pagi dah buat appointment, balik pagi dan esok boleh keluar pagi-pagi jugak. Bekerja untuk bimbing dan nasihat rakan kongsi agar lebih berjaya lebih dari kita.
9                    FOKUS’- tauhid dalam perniagaan. Jangan buat lain sebelum kita berjaya. Dalam MLM jangan buat sesuatu yang boleh mengganggu kita punya meniaga dan reputasi. Buat satu je dulu. Dalam meniaga pun kena focus, buat yang dekat dulu, makin lama semakin jauh. Biarlah kita boleh buat tanpa upline dulu. Buat tanpa upline ialah kita boleh convincing. Kita confident dan prospek percaya dengan apa yang kita cakap. Setakat nak cerita marketing plan, taklah susah sangat. Mungkin 3,4 kali kita berdemo dengan upline, lepas tu kita dah boleh buat sendiri. Kena buat latih tubi. Kena praktik berulangkali dulu sebelum berjumpa dengan prospek. Tergagap depan prospek, semestinya kita mengundang kegagalan. Masalahnya kita takut-takut nak buat sediri. Takut gagal. Takut orang tak nak. Gagal tapi kita belajar, bagaimana nak present MP dengan lebih baik lagi. Banyak silap tapi lain kalinya kita buat dengan kurang silap. Orang lama pun buat silap, apatah kita yang masih baru. Yes akan datang selepas no. buat, perbaiki sehingga sempurna. Bila dah Selagi kita tak boleh buat sendiri selagi itulah kita kesukaran untuk mendapat/mencapai matlamat kita setiap bulan. Orang lama pun satu hal, tak nak belajar jadi lebih baik. Jumpa ramai tapi yang closing kurang mesti ada sesuatu yang kita patut ubah. Pikir, kaji dan buat ubahsuai baru boleh Berjaya. Jangan dok syok sendiri. Dah pandai sampai tak berlu belajar. Meeting dan seminar pun asyik dok kat luar je. Dok bersembang macam dah pakar sangat pasal MLM. Ilmu MLM terlalu banyak, kita kena belajar, berfikir, bertanya kalau mahu menjadikan MLM sebagai satu kerjaya sepanjang hayat kita. Ilmu mlm tak akan habis, walaupun kita belajar sepanjang hayat. Semakin belajar semakin banyak yang belum kita tahu. Kadang-kadang terpikir lebih baik lambat jadi cdm, lbh banyak lagi yang kita boleh belajar. Dan  Focus dalam mlm, apa yang kita selalu cakap atau banyak cakap. Kalau kita banyak cakap benda-benda yang tak sangkut pasal meniaga, meniaga kita tak berapa nak jadi. Perhatikan orang Berjaya, dia cakap pasal meniaga lebih banyak dari cerita-cerita lain. Focus kawasan kita tinggal dulu. Itulah kubu kita sebenarnya. Pergi mana pun, akhir sekali balik ke kubu kita sendiri. Air kalau kita tumpukan akan mengerat besi. Cahaya matahari kalau kita gunakan kanta boleh membakar. Kalau keadaan biasa kertas tak terbakar.
10                IKUT KATA UPLINE’- mereka dah berjaya. Ikut sahaja. Jangan buat pandai-pandai sendiri. Dah ramai orang gagal dan mengalah lebih cepat dari masuk dulu. Nak buat pandai sendiri. Nak memandai-mandai. Bukan cepat jadi, tapi makin cepat mati. Ingat mlm bukan skim cepat kaya, tapi boleh buat anda jadi kaya kalau kena caranya. Bukan boleh jadi kaya dalam satu malam. Upline bukan ada lampu Aladin tapi cara upline dah terbukti Berjaya. Kena buat berterusan, ikut nasihat dan bimbingan dari mentor atau upline. Anda hebat dalam bidang anda, tapi mlm anda belum pandai lagi. Mentang-mentanglah kita orang hebat marketing. Orang gagal, suka ikut hati sendiri. Jalan dah ada kenapa tak nak ikut. Itu jalan yang memang boleh berjaya. Ikut sehaja dan boleh berjaya. Pasti berjaya lambat atau cepat. Meskipun upline anda seorang yang kurang berpelajaran sekali pun. Ingat dia dah berjaya dalam HAI-O. Jangan lawan upline. ini paling penting. Mungkin upline direct anda juga masih baru lagi, kita ikut yang di atasnya. Berilah peluang pada diri untuk menerima bimbingan dari orang Berjaya. Lepas anda dah betul Berjaya, nak buat cara sendiri terpulanglah. Orang paling risau adalah upline. Kalau anda tak meniaga. Upline dok piker. Meniaga tak laju, upline dok kaji kenapa. Bonus kecil upline dok bincang. Upline tak ajar anda untuk masuk lubang. Dia ajar, supaya kita lebih hebat dari dia. Lebih Berjaya, lebih besar bonus, lebih kukuh network kita, lebih senang hati. Mereka sanggup susah asalkan kita Berjaya. Jangan sesekali memandang rendah pada orang yang membantu kita Berjaya. Orang gagal bukan kerana mereka tak pandai, tapi banyak memandai-mandai.  
11                SENTIASA TAMBAH ILMU- suka dan kena sentiasa tambah ilmu. Kalau tidak rakan kongsi akan jemu dengan kita. Cakap benda yang sama. Lama-lama kita tak bernilai lagi. Dline tak jumpa kita lagi. Kepimpinan kita tak laku lagi. Ilmu kena sentiasa bertambah, bukan setakat ilmu MLM sahaja, kena ilmu lain-lain lagi terutamanya human management. Ilmu MLM terlalu banyak, kena bagi masa setiap hari. Paling kurang kena baca 2 muka surat sehari. Samada pagi, petang atau malam. Ini penting untuk meniaga lebih lama lagi dan dihormati oleh rakan kongsi dan sideline. Kena ada upgreed ilmu. Bagaimana nak tambah meniaga? Nak tambah volume? Nak kekalkan momentum? Sentiasa bersemangat. Banyak persoalan yang akan kita temui. Kena boleh jawap dan membantu downline menjadi berniaganya. Tanpa ilmu kita sukar untuk mengekalkan prestasi yang ada. Untuk kekalkan kita supaya sentiasa yang terbaik, ilmu amat penting. Orang boleh beza, samaada seseorang leader tersebut mempunyai ilmu dan kemahiran atau tidak. Rakan kongsi tak akan kekal lama dengan kita. Kita dah habis ilmu yang nak bagi pada mereka. Setiap hari kena ada penambahan ilmu. Mesti dan jangan tak buat, kit yang rugi.
12                MOTIVASI- sentiasa bersemangat. Muka ceria. Kita kena bersemangat sentiasa dan rakan kongsi pun akan bersemangat juga. Kalau kita kurang, rakan kongsi kita lagi tak semangat. Meniaga MLM meniaga semangat. Tak ada semangat, meniaga tak jalan. Kita buat sesuatu kerana semangat nak capai kita punya impian. Setiap hari mesti bersemngat. Jangan patah semangat, walaupun putus cek. Semangat kitalah yang tentukan. Pilih tak semangat, kita pun tak semangat. Tak ada satu pengaruh pun yang boleh mengubah kita punya pilihan, kecuali diri anda sendiri. Kalau kurang semangat pada pagi cuba pakai pakaian yang hebat pada hari tu, saya pasti anda akan bersemangat lagi hari tu. Kalau sedih, kita pun pakai pakaian selekeh dan tak kemas, kita sebenarnya lagi tak semangat. Meniaga mlm ialah meniaga semangat. Semangat tinggi halangan adalah sebagai cabaran kecil untuk Berjaya.   
13                POSITIF- melihat sesuatu dari segi positif. Jangan dok pikir benda-benda negative. Orang tak suka, orang tak nak, ramai orang benci mlm. Kita tengok dan lihat pada ramai lagi yang nak dan mencari-cari peluang untuk Berjaya. Memang kita akui, hidup kita dikelilingi dengan orang negative, tapi orang positif pun ada. Carilah yang positif dan self talk pun kita dengar yang positif sahaja. Kita tak boleh kawal apa orang kata pada kita, tapi kita boleh kawal tindakbalas apa yang orag kata. Kita juga boleh kawal self talk kita. Katalah pada diri kita kata-kata yang positif. Katakana apa sahaja pada diri anda perkara-perkara positif. Aku hebat. Aku boleh buat. Aku tak mungkin gagal. Orang lain boleh, kenapa aku tak boleh. Hari-hari kena tanamkan self talk positif pada diri. Jangan harap orang akan kata yan positif pada kita. Kita sendirilah yang wajib katakana pada diri sendiri. Melihat sesuatu dari sudut positif, jangan sekali-kali melihat dari kacamata negative. Melihat masalah sebagai cabaran dan bukan penamat meniaga kita.
14                TAK KISAH APA ORANG KATA- kena tebal muka, telinga tebal, hati hitam. Baru tak pikir apa orang kata. Banyak dok pikir dan kaji apa orang akan kata kat kita. Kadang-kadang orang tak kisah pun pada kita. Hanya perasaan kita je yang rasa begitu. Siapa kita. Bukan orang hebat pun. Siapa nak kisah dengan kita. Kita orang kecil je. Tak payah. Kita susah mereka tak tolong pun. kita senang pun kita yang merasanya. Kena ada pendirian kukuh. Jangan mudah kecewa dengan kata negative yang kita dengar. Ikut upline cakap sahaja. Aku yakin boleh berjaya. Kejayaan aku adalah tanggunjawab aku.
15                THINK BIG- buat sesuatu dengan tanda aras yang tinggi. Jangan pikir dan merendahkan diri sendiri. Kalau tinggi kita letak aras yang kita perlu capai, kita akan berusaha lebih gigih lagi. Kalau tak jadi, kita akan mencari, ubah strategi lagi. Jangan sekadar cukup makan je yang kita nak. kita pun buat ala kadar sahaja. Ingat semula tujuan kita buat hai-o. Kita buat hai o nak ubah sejarah kehidupan kita. Bukan main-main. Nak dapat 6K iaitu; kemewahan, kekayaan, kesihatan, kecantikan, kebajikan dan kebahagiaan. Bukan setakat nak cukup makan tapi nak jadikan sumber pendapatan. Boleh ganti pekerjaan kita sekarang. Boleh buat apa yang kita minat. Boleh pergi tempat yang kita nak pergi. Nak mendiami rumah idaman. Kereta mewah berderet-deret. Nak melancong seluruh dunia. Setiap tahun nak pergi umrah dan setiap kali pergi bawa tak kurang 10 orang lain. Boleh makan restoran mewah. Berbelanja di gedung-gedung mewah. Sebelum ini nak berimpian pun takut. Masa bekerja pun kita yang tentukan. Mungkin satu hari nanti kita bekerja hanya 6 bulan setiap tahun. 6 bulan lagi kita berehat dan buat apa yang kita suka buat. Masa tu kita bekerja pun kerana minat dan tanggungjawab sahaja dan bukan lagi mahu duit. Duit dah cukup dan setiap tahun akan bertambah. Kebebasan masa, duit dan tenaga. Itu matlamat akhir kita berniaga. Mitos orang melayu ialah kita mesti bekerja sepanjang hayat. Kalau dah ada duit buat apa lagi kita bekerja. Masa berniaga, kita ada matlamat pendapatan 100K sebulan. Orang lain boleh, aku pun boleh, mungkin lebih baik dari orang-orang lain. Think big buatkan tindakan kita lebih luar biasa lagi. Mungkin tindakan menjadi luar biasa lagi. Kalau kita berfkir biasa, kita akan lakukan sesuatu biasa-biasa saja dan hasilnya pun biasa-biasa saja. Buat betul-betul asset masa tengah kencang. Beli asset seperti rumah kedai, rumah dan sebagainya. Tambahkan sumber pendapatan kita. Bukan hanya satu cabang. Setiap tahun kita boleh tambah 1 cabang pendapatan. Ini lagi baik. Belum pun capai umur 50 tahun kita dah boleh buat apa yang kita minati sahaja. Tak salahkan kalau kita tak bekerja, kalau semua keperluan kita dah mencukupi.
16                FAHAM MARKETING PLAN’- kena cepat paham dan boleh cerita sendiri, kalau mahu cepat Berjaya dan kaya. Lambat dapat, lambat jadi dan lambat kayalah anda. Tak boleh main-main dengar. Kena boleh cerita. Jangan dok harap upline sahaja cerita. Jadi lambat kayalah kita. Kalau boleh satu hari je kita dah boleh present sendiri MP. Bukan payah pun. MP hai-o terlalu simple. 2,3 kali dengar sahaja kita dah boleh buat sendiri. Lepas tu praktikal, latih tubi berkali-kali sendiri sehingga paham dan penuh yakin. Lepas tu pi jumpa prospek sendiri. Kalau itu kita boleh buat, dalam masa singkat je kita jadi CDM. Tak mustahil. Apa yang berlaku, nak tunggu upline tolong. Upline ada ramai lagi dline yang mesti ditolong. Kalau tunggu, mungkin seminggu sekali sahajalah kita dapat berdemo dengan upline. Buat sendiri dan masa-masa tertentu sahaja kita ajak upline ikut kita. Itu pun sekadar untuk menemani kita sahaja. Nak tumpang cek dan kereta upline. Ingat upline dulu tak ada pun cek besar. Kereta biasa sahaja masa itu. Tapi mereka berjaya kerana yakin dengan kekuatan peluang yang mereka bawa. Masa upline dok cerita MP kita jangan dok wat benda lain. Kita kena perhatikan betul-betul. Jawab bila upline Tanya pada prospek semasa bentang MP tu.
17                KREATIF – buat MLM ini perlu kreatif. Buat ikut kesesuaian kita. Masa ikut kita, kaedah nak tarik orang pun kena pandai. Jangan lupa MP sahaja. Lain-lain kita punya pandai sendiri sahaja. Bagaimana nak cari prospek itu kita punya pandai. Mula-mula kita meniaga, mungkin kita punyai senarai nama prospek. Lama-lama kita buat senarai nama tu dah habis. Mulalah kita kena cari stanger, masa ini amat penting untuk kita terus membesar meniaga kita.
18                DATANG MEETING DAN PROGRAM SYARIKAT’- meeting paling penting. Tak datang meeting, meniaga kita akan statik atau menurun. Mngkin besar tapi lambat naik. Naik pun tak berkembang-kembang. Orang berjaya, mereka suka datang meeting. Mereka wajibkan diri mereka datang meeting. Sudah menjadi tabiat mereka menghadiri meeting. Kesedaran dalaman yang penting. Datang bukan disuruh, diajak, dipujuk oleh upline. Semua aktiviti syarikat kena ikuti. Jangan harap belas ikhsan upline sahaja. Kalau bertiket, kita beli sendiri. Ini tidak tiket pun upline yang kena support. Kalau tak support, kita tak datang. Kalau ini sikap kita, kita tak akan berjaya. Ini wajib dan jangan pandang remeh. Tanyalah pada orang berjaya, mereka semua tak pernas miss. Bukan program syarikat malah program group juga kita kena hadir, baru kita boleh Berjaya. Bukan Berjaya sekejap, tetapi untuk selama-lamanya.
19                NEGATIF KE ATAS, POSITIF KE DOWNLINE’- kita jangan sampaikan berita-berita dan cerita negatif kepada rakan kongsi. Kita boleh sampaikan perkara negatif kepada upline sahaja. Jangan sekali-kali benda negatif turun ke bawah, walaupun kawan rapat anda sekalipun. Kesannya meniaga kita akan mengecut sedikit demi sedikit.
20                BERANI- tak boleh diukur oleh sesiapa pun.Tiada sijil atau ijazah untuk ukur keberanian. Orang yang berani memulakan sesuatu usaha, merekalah orang yang bakal kaya atau berjaya. Ramai orang takut nak buat sesuatu. Berani jumpa orang, berani tegur orang. Berani sahut cabaran. Berani berimpian. Berani mencuba. Berani.
21                KERJA KUAT- untuk berjaya. Amat penting.
22                PENGORBANAN’- korban masa, duit, dan banyak lagi perlu pengorbanan. Masa dengan anak-anak kurang. Kena pandai bagi masa. Ingat kita perlu korbankan minat kita, hobi, kawan kalau mahu Berjaya. Terutamanya pada peringkat awal kita meniaga. peringkat kita tanam benih. Lepas kita Berjaya, masa tu akan datang balik. Kalau mahu Berjaya kita mesti keluar dari zon selesa baru kita boleh Berjaya. Kalau tak mahu keluar dari zon selesa, jangan harap, cerita atau mimpi kejayaan. Dia tak boleh datang serentak. Kita buat, lakukan apa yang boleh mencapai impian kita. Mesti hilang sesuatu, kalau anda pilih kejayaan terhebat anda. Invest kena banyak dan hasilnya akan berterusan. Jangan takut nak buat pengorbanan kalau mahu Berjaya.
23                SOKONGAN STOKIS- sokongan sungguh padu dan telah terbukti selama. Sokongan dan motivasi cukup baik. Moral support. Stretegik juga boleh dibincangkan dengan stokis. Tapi stokes tak campur kita punya meniaga. dia buat kerja dia, kita buat kerja kita. Win-win situaian.
24                KERJA BERPASANGAN’- sebaik-baiknya. Boleh halang dari gossip liar. Kalau tidak kita akan hadapi masalah. Kalau buat dua-dua, pastikan satu kepala sahaja yang kita ikut. Kalau 2 2 nak campur, kesan jangka panjang terhadap group tidak baik. boleh jadi pecah dan berpuak-puak.
25                BANYAK MENDENGAR, KURANGKAN BERCAKAP- makin lama kita meniaga, kena makin kurang bercakap. Makin tinggi pangkat, kita makin diam. Banyak mendengar rakan kongsi bercerita. Cerita itulah dikatakan report mereka punya kerja. Lepas dengar, puji dengan usaha yang mereka lakukan. Jangan pulak kita menjadi jaguh dalam setiap perjumpaan kita. Berilah peluang bercakap kepada rakan-rakan kongsi kita. Itulah yang dinamakan beri kebanggan kepada downline. Kena puji downline dihadapan dia punya rakan kongsi. Kalau tidak dia akan besar kepala dan perasaan. Jadi malas nak buat kerja. Kalau kita puji depan dia punya rakan kongsinya, dia akan berasa bangga dan nak tunjukkan kehebatannya pada rakan kongsinya. Ingat banyak cakap puji dan jangan sekali-kali keji mereka. Jangan banyak mengajar api banyakkan sharing sahaja.
26                FAHAM PROSUDER UNTUK URUSAN LOAN- banyak bank, cara berbeza. Orang swasta tahu bank mana terima. Gaji setakat mana, bank mana bagi loan. Bagi kakitangan kerajaan lebih mudah. Banyak bank boleh beri loan.
27                GUNA SEPENUHNYA PRODUK HAI-O- jangan guna produk selain produk HAI-O. Sekarang ni produk dah bertambah. Guna la.
28                FIGHT TABUNG KERETA- tahu macamana nak buat. Selama 4 bulan berturut-turut. Kalau boleh bulan ke 2 dah layak. Kena buat, kalau tidak sampai cdm pun anda layak dapat bonus tabung kereta. Diberi dalam bentuk cash dan bergantung kepada volume kumpulan anda. 3% dari keuntungan syarikat.
29                FIGHT WAWASAN 6 KAKI- secepat mungkin dan cdm setiap kaki. Baru kita kerja lebih kuat lagi. Bukan mudah nak capai 6 kaki cdm. Jadi kita kerja dalam jangka masa yang lama lagi. Tak cepat puas hati.
30                DOA- setiap hari dan berulang –ulang kali. Jgn malas berdoa. Rezeki ni Allah yang bagi. So kena sentiasa berdoa. Doa panjang-panjang, mintak murah rezeki dan melipah ruah, umur panjang dan sentiasa bersyukur. Mana yang boleh kita tambah, kita mesti tambah.
31                SENARAI NAMA- kena ada. Sentiasa bertambah. Paling kurang 100 nama. Ramai yang main agak-agak je. Jangan buat keputusan bagi pihak orang lain. Jumpa dulu dan jangan bertangguh. Nak tunggu apa lagi. Peluang bagus kena sharing dengan seramai mungkin. Susah nak berniaga. Cepat habis prospek. Mustahil kalau kata tak ada kawan.
32                PROSPEK ADALAH PERCUMA- jangan kata tak ada prospek. Berlambak-lambak. Tak perlu bayar. Kena berani bukak mulut.
33                SERONOK/ FUN, TIADA PAKSAAN- buat MLM happy je, dan jangan tekanan kuat sangat.
34                TAK BANYAK GOSSIP- sibuk kerja. Jangan banyak berlonggok. Selalu berlonggok akan banyak gossip. Boleh jangan selalu. Nak cerita strategi pun kena berhati-hati. Jangan ada rakan kongsinya. Kita selalu cerita strategi pada lapisan yang ramai. Patut dia saja yang pi.
35                BANYAK MASA DENGAN RAKAN KONGSI SENDIRI DARI SIDELINE – ramai yang suka berlonggok-longgok dengan sideline. Tak ada untung pun.
36                PENDAPATAN BESAR DAN CEPAT- ini yang akan dapat. Dah banyak bukti. Boleh jumpa dan tengok mereka. Belum jadi.
37                LANDASAN UNTUK BERJAYA- SEMINAR BERTERUSAN- taipan seboleh mungkin akan membantu sesiapa yang ak berjaya. taipan buat seminar berterusan. Majlis ilmu telah menjadi biasa dalam taipan. Kuitplah sebanyak mungkin. Anda akan bejaya.
38                SAMA RATA UNTUK BERJAYA TIADA FIVE STAR DALAM GROUP- layan rakan kongsi sama rata. Jangan layan lebih, walaupun rakan baik kita. Jangan tunjukan kepada rakan kongsi lain. Baik boleh, jangan berlebih-lebih. Kat belakang itu terpulanglah. Jangan kita sayang mana yang meniaga besar, siapa yang lebih puji kita, siapa yang selalu kut kita. Semua kena saying, mereka semua dline kita. Semua kena bantu meniaga.
39                GENG DENGAN UPLINE DAN DOWNLINE- rahsia meniaga lama kena buat geng. Geng pun kena ikut upline jugak.
40                TOOLS- kena lengkap. Jangan tak cukup bila pi rumah prospek. Buat malu je.  
41                PRESENTATION- kena terbaik dan standart. Kita pakai yang sama untuk semua orang.
42                SELESAI SEGERA MASALAH- jangan simpan. Lama-lama akan meletup. Bila meletup kita akan mati.
43                BERSATU
44                TIADA DENGKI ANTARA GROUP
45                KONSEP REZEKI –jangan terlalu kecewa, kalau orang lari ke group orang lain. Dah bukan rezeki kita. Kita cari lain dan lebih ramai lagi.
46                MEETING GROUP SENDIRI- setiap CDM buat meeting sendiri. Kita boleh bina kepimpinan sendiri. Sentuhan tangan sendiri, bukan dengan orang lain. Masa nilah kita boleh asah leadership pemimpin kita sendiri. Dalam meeting besar sukar untuk kita nak asah leadership. Kena pandai bagi tugas. Bagi pada yang nak sahaja. Tak nak, jangan paksa. Siapa nak laju kita bantu supaya lagi laju. Nak santai-santai terpulang pada mereka. Dalam mlm siapa yang suka pada tugas-tugas, biasanya lebih Berjaya dan bertahan lebih lama.
47                SYARIKAT KUKUH BERSERTA PIHAK PENGURUSANNYA
48                HORMAT ANTARA SATU SAMA LAIN
49                SIAP SEDIA DAN TAK BERTANGGUH KERJA-  nak berjaya jangan bertangguh kerja. Benda boleh buat hari ini, jangan tangguh buat esok.
50                ANGGAP KERJA SEPENUH MASA- walaupun sebagai part time.
51                MUDAH DIHUBUNGI- kita kena mudah dihubungi. Jangan susah, nanti rakan kongsi menyampah. Nak rujuk apa-apa pun susah. Macamana meniaga nak berkembang. Asyik habis kredit sahaja. Bila mudah dihubungi, tanda kita sayang pada dline kita.
52                TAK BERHENTI MENAJA- darah MLM ialah new distributer. Kalau tak menaja, alamat meniaga dah nak mampus la tu. Menaja ni mungkin bukan direct line, mungkin kebawah-bawah rangkaian kita. Kita yang pi bantu mereka menaja. Pastikan menaja berterusan. Dalam akan melahirkan leader. Ini penting. Lebar akan hasilkan bonus lebih besar lagi. Kita kena pastikan dalam sampai 7 level dan kita kena pastikan ada leader yang lahir. Pada level 1 dah ada leader mungkin kita dah tak payah cari lagi kedalam-dalam. Apa yang perlu buat ialah bimbing atau nasihat. Kerja kita dengan dia ialah sentiasa ada komunikasi dengan leader tersebut. Mungkin sekali sekala kita perlu turun jumpa dengan networknya. Kalau nak berehat pun bila network siap iaitu dah ada 6 kaki dan semuanya dah jadi CDM. Cdm pun mesti hidup dan bukannya nywa-nyawa ikan saja. Cdm yang aktif dan masih ghairah untuk meniaga.   
53                BANYAKKAN KAWAN DARI BERMUSUH DENGAN SEMUA ORANG – sentiasa tambah kawan atau senarai nama. Seboleh mungkin kita tambah seorang kawan setiap hari. Setahun kita dapat kawan seramai 365 orang. Tak mustahil 10 orang akan bersama-sama kita menjalani perniagaan ini. 6 bulan meniaga memang dah habis kawan, untuk terus meniaga kita kena cari stranger pulak. Stranger adalah kawan yang belum kita jumpa. Buangkan sikap malu, takut untuk bertemu dengan orang yang tak dikenali.
54                3S JANGAN LUPA DIMANA ANDA BERADA
55                TEPATI JANJI. JANGAN BUAT BANYAK TEMUJANJI SERENTAK KELAK KITA YANG RUGI.
56                PERSAINGAN SIHAT, BOLEH BERTAHAN LAMA
57                PROGRAM PENGUKUHAN ELAKKAN KECICIRAN AWAL- sekali seminggu kat NG. meeting mingguan yang taipan buat lebih kepada BOP. Orang lama datang tak tahu nak buat apa. Jadi untuk meniaga lebih lama, orang lama akan diberi ilmu dalam kelas pengukuhan. Terpulang kepada siapa yang rajin untuk mencari ilmu dan ilmu yang mana mereka nak. ilmu mlm tak akan habis da tak boleh mendabik dada dah pandai. Pandai mestilah meniaga jadi dan dahramai group kita naik pangkat tertinggi. Kalau belum jadi, jangan ego. Pandai cakap tak semestinya pandai meniaga. Belajarlah dari orang dah berjaya dan bertahan lama. 
58                JAGA NAMA- jangan main-main nama baik. bila nama buruk susah nak baiki. Banyak janji, jujur dengan rakan kongsi, baik hati.
59                STRATEGI TERKINI- sentiasa upgreed. Tak boleh syok sendiri. MP tak akan berubah, tetapi strategi kena sentiasa update untuk memenuhi kehendak semasa. Kita tak boleh ego dan rasa dah terlalu bagus strategi tersebut hingga kita tak nak belajar dari kumpulan atau strategi terkini. Kena sentiasa peka dengan kehendak orang ramai, kalau dah kurang closing kita dah kena buat sesuatu terhadap strategi yang kita buat. Meeting dah tak ramai orang datang, strategi kena ubah. Strategi ini boleh dan perlu diubah kalau mahu meniaga besar dan bertahan lama. Kena banyak belajar dan tak malu bertanya. Penambahbaikan perlu sentiasa berlaku. Taipan sentiasa berusaha untuk menjadikan taipan sentiasa memenuhi kehendak semasa. Bila dah besar group, strategi pun kena pelbagai.
60                CAKAP DAN BUAT- bukan cakap je. kena buat serupa dengan apa yang kita cakap. Setengah orang suka cakap tapi tak suka buat. Cakap dan harap dline yang buat. Ini meniaga kita, mesti buat sendiri. Dline kita yang buat, itu meniaga dia. Tapi meniaga kita, kena buat sampai jadi. Dline akan buat apa yang upline buat dan bukannya apa yang kita cakap. Cakap dikaitkan dengan arahan. Suruh dline yang buat. Bawa prospek, buat appoietmen, datang meeting. Banyak cakap dikaitkan dengan penat bekerja. Bila dah penat buat mulahlah banyak arahan dan banyak salahkan dline. Penyakit harap adalah penyakit MLM. Makin banyak arahan, sebenarnay kita dah terlalu penat meniaga. Sepatutnya buat MLM semakin lama kita semakin mudah dan semakin cekap. Nak suruh dline bawa prospek ke meeting, kita sebagai upline yang bawa dulu prospek. Nak suruh dline sentiasa buat demo, upline kena buat demo jugak. Tetapi kebanyakan kita suruh dline yang buat, tapi upline dok goyang kaki sahaja. Tak jadi dan meniaga kita mengecil. Upline mesti buat dulu, baru dline akan ikut. Jangan banyak suruh tapi banyak buat baru dapat hasil.
61                SAYANG RAKAN KONGSI – jangan ada benci pada rakan kongsi anda. Walaupun rakan kongsi beli hanya sebotol shampoo.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger