Jom Follow

Rabu, 7 Julai 2010

akademi Taipan


salam. salam 1malaysia. baru sampai rumah. dok update blog dan tengok bola sekali. lepas pelancaran Akademi Taipan 181 tadi kami dan beberapa leader gi makan-makan dulu. tak lapar pun, tapi dah biasa makan. ikan singgam dengan petai. berbaloi makan. nak makan jugak padahal dah banyak makan pulut kuning tadi, kena pulak rendang ayam. sedap giler. apa lagi tibai sakan la.tengah lapar pulak tu.

malam tadi telah berlangsungnya pelancaran Akademi Taipan. sungguh tak kami sangka begitu ramai warga Taipan yang hadir. lebih 600 orang. dah 2,3 bulan tak lihat begitu ramainya warga Taipan datang kelas. tak muat, ramai berdiri dan duduk bersila. dah tak boleh buat apa lagi. kerusi pun dah habis. boleh dikatakan dari luar KL pun ramai yang hadir. dari penang.melaka, N9 dan beberapa negeri lagi. bersila sampai depan pentas. ada juga yang bersila atas pentas. cdm dan ddm tak boleh dok kat kerusi. kalau dapat pun mesti bagi pada warga Taipan yang lain-lain. panas jangan kira. ramai berkipas. tak kisah asalkan dapat ikuti kelas dengan sempurna. cdm lagi la. berkot lagi tapi demi meniaga panas pun panas la.

cdm-cdm awal lagi dah sampai.gi buat persediaan apa yang patut. susun gambar, susun kerusi, urusan belon, urusan komputer serta urusan PA. agar malam nanti tak ada masalah. cdm yang ada kerja lain je yang tak datang awal. terbayang kami, selepas ini kelas-kelas Taipan akan jadi sehebat malam ini. full semua tempat. tak mustahil dan meniaga akan naik semula. percayalah saat tersebut semakin dekat. buat jangan berhentinya, pasti berjaya.

akademi Taipan ditubuhkan untuk menjadikan pusat latihan dan bimbingan kepada seluruh warganya. nak menjayakan setiap orang yang join Taipan. nak jadikan warga Taipan, pejuang tulen. nak jadikan warga Taipan tahan uji. nak bimbing warga Taipan melakukan perniagaan ikut saranan syarikat. nak bimbing warga Taipan berintegriti. nak lahirkan leader yang jujur. nak lahirkan usahawan buat kerja, bukannya leader yang dok tunggu dline buat kerja untuk dia.

sebenarnya kelas malam ini ada sedikit pembaruan. nak tarik lebih ramai lagi orang datang kelas. datang kelas mesti masuk, bukannya dok sembang kat luar. ghairah meniaga mesti bangkit semula. digalakan setiap cdm komitee, hantar sms untuk ajak datang warga Taipan. bila 7,8 sms yang mereka terima. pasti teruja nak datang, kalau 1 sms atau tak ada langsung. rakan kongsi tak teruja nak datang. bagi kita, semua warga Taipan dah tahu, tak payah lagi dok hantar sms ajak datang kelas. lama-lama keghairahan menurun dan mulalah kerja bertanggung semakin jadi. lama-lama tak ramai yang datang kelas. meniaga kita pun menurun.

tuan hj hanim pun ada slot. terbakar habis. nak berniaga mesti buat betul-betul. tak boleh cincai-cinca. kalau cincai-cincai meniaga, usahlah mimpi mengapai impian. leader Taipan, seperti biasa; cdm kartini, cdm juliani dan cdm kak dah yang cakap. MCnya DDM Nizam. hebat dan amat kena dengan majlis malam ini. slide 7 faktor dah lain sikit. ada slide baru dengan tajuk berpindah ke planet jutawan. gambar-gambarnya esok akan diupload.

2 ulasan:

  1. TAHNIAH CDM...
    TAHNIAH TAIPAN....
    GO....GO...GO...TAIPAN

    Ble kirimkan slide 7 faktor yg terkini ke CDM utk kami di Sabah.....klo bole emailkan ke rlee682002@yahoo.com
    TQ

    BalasPadam

Powered By Blogger