Berita Gembira Tapi Sedih. |
Wow! Berita gembira tapi sedih. Tol turun separuh. Hanya bayar separuh. Separuh lagi tak payah bayar. Habis tu, separuh tu nak buat apa. Buat apa-apa la. Duit kita. Tak payah tanya. Tanyakan, ada yang nak kena marah. Tak payah ajar. Dulu bayar RM3.80 kini dah jadi RM1.90. Kalau seminggu kerja 5 hari, kita dah boleh jimat RM9.50. Kalau 1 bulan dah jimat RM38.00. Kalau 1 tahun dah jimat RM456. Kalau 10 tahun, dah jimat RM4560.00. Dah banyak tu. Itu kalau kita kira, pergi dan balik kerja sahaja. Belum kira yang kita jenis suka berjalan, berapa kali sehari kita kena tempuh tol. Kerja salesman, lagi kerap tempuh tol. Lagi banyaklah kita boleh save. Ingat sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Sepatutnya ini yang kita lakukan. Baru ada maknanya tol turun separuh. Bukan nak mengajar, sekadar suka-suka kira.
Lebuh Raya Cheras- Kajang. Terpikir juga aku. Dulu kerajaan kata, kerajaan tak boleh suka-suka turun tol. Syarikat konsesi marah. Syarikat konsesi akan saman kerajaan. Kalau nak turunkan tol, kerajaan kena bayar pampasan kepada syarikat konsesi.
Sedih juga. Aku jarang lalu jalan tersebut. Aku jarang guna jalan tu. Aku juga ternanti-nanti bila kerajaan nak turunkan tol Kesas(USJ) dan tol LDP(Puchong). 2 tol inilah yang aku wajib tempuhi pagi-pagi. Laluan aku hantar anak ke sekolah. 2 tol aku kena RM(2.20 + 1.60) = RM3.80. Tak nak turun pun tak apa. Asalkan jangan ada naik-naik lagi.
Akademi Taipan181.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan