Jom Follow

Khamis, 22 Mac 2012

Amok Kecil, Amok Besar Di Rumah DSM Pak Cha

Dari Kinrara terus ke Alor Ganda.
Terus ke rumah DSM Pak Cha.
Telah menanti kehadiran kami.
Ikan pekasam, sambal belacan,
ikan temenun masak sambal serta gulai ikan senangi.
Telah kosongkan perut sejak pagi.
Hajat nak mengamuk kat rumah DSM Pak Cha.
Fokus sepanjang perjalanan.
Hentian, kawasan rehat sepanjang highway plus,
buat-buat tak nampak dan dah tak penting bagi aku dan CDM Cmat.
sesuatu yang teristimewa sedang menanti kami.

Sampai je, solat dulu, sebelum mengamuk.
Mak Cha, keluarkan satu persatu musuh dari dapur.
Setiap kali musuh keluar, wow! baunya menusuk hidung.
semakin tak sabar, semakin ketar lutut.
Aku kuatkan hati, solat dulu sebelum berperang.
kalau berperang dulu, takut kena peluru sesat.
bawa maut, besar dosa tak solat.....

aku minta bebanyak maaf.
muka-muka musuh tak sempat nak abadikan dalam bentuk potret.
kelam kabut, tak teringat nak snap. lapar punya pasal.
sebaik doa dibaca. boom bang.boom bang.boom bang.
mana sempat elak kami elak. mana tak sempat kami rempuh.
rupa-rupanya musuh tak melawan sangat.
mudah kami menang. malah menang besar.
licin musuh. sehingga musuh baru tak muncul-muncul.
tak percaya tanya CDM Cmat.
mengamuk 'giler'. kenyang sesangat....

Masuk-masuk rumah DSM Pak Cha. Disambut dengan timbunan beras. Nak buat? Bagi kat orang kampung. Beginilah setiap bulan. 42 kampit beras setiap bulan. Aku dan Cmat pun dapat buah tangan beras ni semalam. tapi ingat beras ni tak tahan lama. hanya sebulan saja.

Lepas 'mengamuk besar' kat meja sebelah. Kini 'mengamuk kecil' pulak sambil sembang-sembang pasal laluan masa depan. Tak payah cari laluan lain. Laluan bersama Akademi Taipan181 dah laluan terbaik, nak cari lain buat apa.

Musuh seterusnya. beehun goreng, roti. air nira.


Traktor Pak Cha. Tak silap aku Pak Cha ada 5.
Lepas solat maghrib.
bergerak ke safira club.
lihat orang mengamuk lagi.



Akademi Taipan181.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger